Tuesday 5 August 2014

Syukur.. senggugut dah tak seteruk dulu...

Assalamualaikum dan hello :)

Gembira rasa hati bila kawan yang saya anggap dah macam adik bagitau ada perubahan positif sejak dia amalkan GLA Complex Shaklee..

Asalnya dia amal Set Kesuburan Shaklee (Set Medium) iaitu GLA Complex dan Alfalfa Complex sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.  Kawan tu dah berkahwin sejak 2011 tapi Allah masih uji pasangan ni. 

Ya, mereka belum lagi dikurniakan permata hati.

Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee
Saya sentiasa mengikuti perkembangan rawatan dan usaha kawan saya ni dari masa ke masa walaupun semasa saya belum re-join Shaklee lagi.

Dari berurut di sana sini sampai ke utara semenanjung, pembedahan buang fibroid, rawatan hospital, amal segala petua, makan segala macam yang orang suggest dan lain-lain lagi. Tanya aje apa yang dia tak pernah cuba, semuanya sudah..

Dan selalu saya titipkan juga doa lepas solat untuk dia mendapat zuriat yang diingini.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana Allah rezekikan saya mudah untuk dapat zuriat.  Bila kadangkala rasa penat menguruskan kerenah anak-anak yang mencabar kesabaran, cepat-cepat sedarkan diri dan istighfar dan mengingatkan diri ramai kat luar sana yang amat-amat mengharapkan kehadiran zuriat dalam rumahtangga mereka.. 

Apapun perlu bersyukur...

klik untuk imej yang lebih jelas

Kawan saya ni baru amalkan GLA Complex selama 2 bulan. Alhamdulillah walaupun masih belum hamil, perkembangan positif dirasai pada masalah senggugutnya.  

Kalau kena senggugut tak boleh nak buat apa

Sebelum ni teruk sangat senggugutnya.. Tapi lepas amalkan GLA Complex, walaupun senggugut masih ada tapi tak seteruk dulu.. Dan masih boleh berjalan shopping raya :)

Syukur syukur syukur...

In Sya Allah.. dengan izin Allah.. 
Saya berpesan juga padanya agar teruskan berusaha, berikhtiar dan berdoa kepada Allah.. Dan jangan sekali-kali putus harap pada rahmat Allah..

Memang itu pun tugas kita sebagai hambaNya.  Tugas Allah adalah mengabulkan doa hamba-hambaNya. Saya doakan masalah senggugut kawan saya ni dapat diatasi dan seterusnya direzekikan hamil oleh Allah.. 

Jom doakan kawan saya ni diberi rezeki zuriat-zuriat yang soleh solehah lepas ni...
Amiin...Ya Robbal 'Alamin..

No comments:

Post a Comment