Skip to main content

Huru-hara Kehidupan di Saat Kandungan 36 Minggu :)

Assalamualaikum dan hello :)

Selepas seminggu cuti raya, hari ni masing-masing dah mula bertugas di pejabat.

Perasaannya kalau boleh nak sambung aje cuti sampai bersalin hihii... Lately ni pun, rasa nervous semacam. Macam lah nak bersalin anak pertama. Tidur pun susah nak lelap. Selalu dekat 2.30 pagi baru terlelap. Entah ape la yang dirisaukan sangat.   

Nesting instinct - memang tiap kali pregnant ada naluri ni..

Naluri 'nesting' cam terlampau banyak pulak lepas raya ni. Asyik nak kemas rumah. Balik dari Kuala Selangor Khamis lepas start mengemas rumah, habiskan segala cucian baju-baju raya, cari segala barang baby, cuci baju-baju baby, selimut, cadar, towel, napkin, cloth diapers etc dan cuci dapur dan kitchen cabinet.  

oopppsss... bukan nesting style gini yer :)
Fuhh.. tiba-tiba ada extra energy pula. 

IT'S 36 WEEKS

Hari ni kandungan dah 36 minggu 3 hari..

i'm 36 weeks

Kesihatan diri Alhamdulillah.. 

Baby pun in syaa Allah ok je.. Pergerakan rasa lah gak kan..tapi sekarang bukan gerak banyak tapi mengeras dengan hebat.  Kalau ummy nye berjalan sikit aje pun asyik mengeras aje baby ni.. Dan mengeras yang sakit lah.. 

Tapi tak rasa macam contraction bersalin, so takde layan sangat. Maybe ini yang dinamakan Braxton Hicks tu.. Kalau sakit mengeras tu just tarik nafas dalam-dalam sambil usap-usap perut atau tepuk-tepuk perlahan. So lepas tu baby release lah 'pengerasan' badannya tu :)


Pregnant kali ni agak memenatkan juga. Mungkin disebabkan Ammar Naufal tu kecil lagi. 

Bulan ni pun Ammar baru 1 tahun 6 bulan. Agak lasak dan aktif dan kreatif dan pantas dan adeeee aje idea dia nak buat benda-benda 'ajaib' hihii.. Macam tak padan dengan umur pun ade juga. 

Kuat memanjat sana sini. Bergayut sana-sini. Even safety gate dah pasang kat tangga rumah pun Ammar boleh cari idea naik tingkat atas gak, melalui celah-celah ruang antara handrailing dengan anak tangga. Tau-tau aje dah sampai tingkat atas.

Ammar Naufal mengamuk nak turun dari troli.. suka berlari sana sini
Dengan ummy pun kuat lagi manjanya. Nak tidur beriba jugak tapi sebab perut ummy dah besar, tak selesalah Ammar. So kalau dia tak puas hati dipukul-pukul perut ummy. Tak pun ditanduknya perut ummy macam bola... waduhhh...

Penat derr ummy dan ayahnya nak layan.  Tapi kesian la jugak kan.. sebab kecik lagi dah ada adik pulak..

PERSEDIAAN BEG HOSPITAL

Hmmm.. 
Baru je buat list 3 hari lepas. Dan baru je shopping barang 2 hari lepas hihii..
Lambat! Semua last minute!


Checklist keperluan beg hospital tu saya refer balik kat entri saya masa mengandungkan Ammar dulu. Entri ni Persediaan Bersalin : Checklist Beg Hospital [klik sini].  In Syaa Allah rasanya macam lengkap juga. 

Walaupun kali ni booking bersalin bukan di HUKM tapi hospital lain, rasanya boleh guna checklist yang sama. Nanti kalau ada perubahan, saya akan create entri lain untuk hospital ni.

BAJU BABY ~ ZERO!

Oh hoo... baby ni bertuah banyak ni.. 

Sebabnya boleh kata 99% barang dan baju adalah baru bukan turun temurun dari kakak/abang-abang dia.. Sebabnya semua baju baby yang elok-elok dah disedekahkan pada mangsa banjir kat Kuantan dulu.. so everything kena beli baru huhuu... 

Tu la.. asalnya planning kalau nak tambah anak pun kononnya bila Ammar masuk umur 3 tahun.. 
Tapi.. hmmm....

NAMA BABY

Dah mula keluarkan buku nama-nama baby.  Husna pun ralit dok pilih nama untuk adik dia. Tapi semuanya kena reject dengan ummy dia ni.. 

Sebab nak total 2 perkataan 4 suku kata sahaja. Macam A-liff Ray-yan & Am-mar Nau-fal.. Paling banyak pun 5 suku kata macam Asy-ra-ni Hus-na. 

Takmo panjang-panjang sebab taknak orang panggil nama yang di'pendekkan' sesuka hati.. :)

Nama macam biasa start dengan huruf 'A' jugalah kan... bila tiba-tiba husband suggest nama start dengan 'Siti'.. my respond jadi 'what??' apesal la pulak tiba-tiba tukar ni.. nama aweks mana pula yang dia berkenan ni? Tak tau la pulak.  Dulu masa Husna, kononnya nama junior dia (ye kerrr??? haha!!)

So pilih-pilih nama perempuan.. sebab 2 kali scan doktor kata maybe perempuan.  Tapi bila kawan-kawan ada yang kata cam lelaki sebab bentuk perut cam 'tajam', aduhai.. susah hati la pulak.. 

Tapi takpe.. fokus! 
Baby girl.. baby girl.. baby girl.. 
amin huhuu.. 
Alo lo lo.. comeyy
girl.. girl.. girl... ! :)



Nak sangat Husna ada kawan.. Kesian Husna asyik kena buli dengan 2 orang adik lelaki :)
~ Moga dipermudahkan segala urusan..Aminn....~

Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …