Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Menggalas Senapang Itu Tidakku Mampu

Assalamualaikum wbt dan salam merdeka!
Merdeka!  Merdeka! Merdeka!
Patriotik sikit hari ni..
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!
Entah kenapa, pagi hari ni tergerak hati nak buka channel tv1 untuk tonton siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan kita.
Saja nak ajak Husna dan Aliff tengok kemeriahan sambutan tu walaupun hanya dari kaca TV.
Kalau tahun-tahun sebelum ni kurang perasaan nak tengok pun.. lagi pulak tu aje antara hari yang boleh rehat lebih sikit. Biasanya tak buka pun TV. Teruk betul! ;)
Tapi bila tengok ramai juga pengunjung yang bawa ahli keluarga tonton sendiri secara live di Dataran Merdeka, terus terasa teringin nak bawa anak-anak tengok live sambutan Hari Kemerdekaan tahun hadapan.  
Tu pun kalau diadakan di KL/Selangor ni lah kan.. 
KU BERSYUKUR TANAHAIRKU MASIH AMAN  
Alhamdulillah... Saya rasa bukan saja saya, malah ramai kita yang memang bersyukur dilahirkan dan membesar setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
Terima kasih diucapkan buat semua perajurit yang menggadaikan …

Bila Baby A bercerita...

Assalamualaikum dan hello!

Saya Baby A..

Hari ni Baby A dah 38 minggu 4 hari dalam rahim ummy..
BELUM keluar lagi..
Ummy sebenarnya dah tak terlarat dah nak bawa badan atau drive kereta, tapi Baby A suka duduk diam-diam dalam rahim ni.. hihii..

Masa ni kakak & abang-abang Baby A semua dah lahir..

Kakak Husna - 35++ minggu
Abang Aliff - 36++ minggu
Abang Ammar - 38 minggu
Baby A - ?????

Hari tu ummy harap-harap baby A keluar tarikh cantik 08.08.14
Sori ummy, Baby A takmo.. ;)
Ramai kawan-kawan ummy suruh tunggu Mesyuarat Warga 12.08.14
Baby A nak join jamuan raya BSFJ..
Siap dapat lucky draw lagi :)


Then ummy harap another tarikh cantik 14.08.14
Pun tak kesampaian
Baby A nak join Jamuan Raya KKR :)
Nak makan kambing golek, apam balik, laksa sarawak, mee kolok, sate, lemang, buah, cendol, char kue tiow dll..

Baby A tau, ummy kalau boleh nak Baby A lahir sebelum jamuan/kenduri makan-makan nenek 17.08.14
Tapi Baby A kesian kat nenek nanti takde orang nak tolong nenek masak...
Nenek sia…

Koleksi Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri 1 Malaysia

Assalamualaikum dan hello :D


Walaupun puteri sulung saya baru je darjah 1 tahun ni, ada juga anak-anak rakan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ni..
Justeru, kebetulan saya terjumpa info yang amat-amat berguna ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua koleksi soalan UPSR Peringkat Negeri 1 Malaysia.
Semoga, apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT NEGERI SATU MALAYSIA
Koleksi soalan-soalan ini In Syaa Allah sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak kita untuk menhadapi peperiksaan sebenar.  Biasanya solan-soalan percubaan selalunya lebih sukar berbanding soalan peperiksaan sebenar.
Oleh itu, jom kita galakkan anak-anak kita untuk berlatih atau berulang kali cuba jawab soalan-soaln percubaan ni..
Jika mereka boleh jawab semua soalan ini, In Syaa Allah urusan menjawab soalan peperiksaan sebenar lebih mudah..
Saya doakan segala urusan anak-anak kita dipermudahkan Allah.  Dunia dan akhirat.
Wassalam
* Jika anda rasa…

Syukur.. senggugut dah tak seteruk dulu...

Assalamualaikum dan hello :)
Gembira rasa hati bila kawan yang saya anggap dah macam adik bagitau ada perubahan positif sejak dia amalkan GLA Complex Shaklee..
Asalnya dia amal Set Kesuburan Shaklee (Set Medium) iaitu GLA Complex dan Alfalfa Complex sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.  Kawan tu dah berkahwin sejak 2011 tapi Allah masih uji pasangan ni. 
Ya, mereka belum lagi dikurniakan permata hati.
Saya sentiasa mengikuti perkembangan rawatan dan usaha kawan saya ni dari masa ke masa walaupun semasa saya belum re-join Shaklee lagi.

Dari berurut di sana sini sampai ke utara semenanjung, pembedahan buang fibroid, rawatan hospital, amal segala petua, makan segala macam yang orang suggest dan lain-lain lagi. Tanya aje apa yang dia tak pernah cuba, semuanya sudah..
Dan selalu saya titipkan juga doa lepas solat untuk dia mendapat zuriat yang diingini.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana Allah rezekikan saya mudah untuk dapat zuriat.  Bila kadangkala rasa pe…

Huru-hara Kehidupan di Saat Kandungan 36 Minggu :)

Assalamualaikum dan hello :)
Selepas seminggu cuti raya, hari ni masing-masing dah mula bertugas di pejabat.
Perasaannya kalau boleh nak sambung aje cuti sampai bersalin hihii... Lately ni pun, rasa nervous semacam. Macam lah nak bersalin anak pertama. Tidur pun susah nak lelap. Selalu dekat 2.30 pagi baru terlelap. Entah ape la yang dirisaukan sangat.   

Naluri 'nesting' cam terlampau banyak pulak lepas raya ni. Asyik nak kemas rumah. Balik dari Kuala Selangor Khamis lepas start mengemas rumah, habiskan segala cucian baju-baju raya, cari segala barang baby, cuci baju-baju baby, selimut, cadar, towel, napkin, cloth diapers etc dan cuci dapur dan kitchen cabinet.  

Fuhh.. tiba-tiba ada extra energy pula. 
IT'S 36 WEEKS
Hari ni kandungan dah 36 minggu 3 hari..

Kesihatan diri Alhamdulillah.. 
Baby pun in syaa Allah ok je.. Pergerakan rasa lah gak kan..tapi sekarang bukan gerak banyak tapi mengeras dengan hebat.  Kalau ummy nye berjalan sikit aje pun asyik mengeras aje baby ni.…