Friday, 27 June 2014

Pengalaman Kena Urinary Tract Infection (UTI) Ketika Hamil : Simptom, Penyebab, Cara Mencegah



Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal pengalaman kena Urinary Tract Infection (UTI) ketika hamil.


Sepanjang pregnant Husna dan Aliff tak pernah pulak kena UTI ni.. Tapi masa mengandungkan Ammar, didiagnos kena UTI.

APA ITU "UTI" ?

UTI atau nama penuhnya Urinary Tract Infection adalah jangkitan yang berlaku pada saluran pembuangan air kecil/kencing. 

sistem 
Simptom UTI ni biasanya adalah :

  • Kerap buang air kecil
  • Kencing tak lawas
  • Kencing rasa sakit/ngilu



Saya biasa dengar UTI ni kena pada wanita yang baru  berkahwin sebab doktor kata masa baru kahwin tu aktiviti 'bersama' suami tu agak kerap dan jika kita tidak kencing dan cuci selepas waktu 'bersama', jangkitan UTI ni mudah berlaku.

So pesanan untuk isteri, tiap kali selepas bersama suami terus gi buang air kecil dan cuci kemaluan bersih-bersih sama ada sebelum sesi ulangan  ;) atau tidur..

Biasanya doktor akan bagi ubat dalam bentuk serbuk yang dibancuh dengan air untuk diminum..

contoh ubat yang saya pernah dapat
PENGALAMAN SAYA : URINARY TRACT INFECTION (UTI) KETIKA HAMIL

Sebelum ni saya tak pernah dengar UTI semasa mengandung
Tapi bila kali pertama kena tu rasa pelik gak..

Saya takde simptom UTI yang biasa macam yang diterangkan kat atas tadi..
Memang Doktor tanya ada tak berlaku simptom2 tu?
Saya katakan takde..

Saya pergi ke klinik kesihatan tu pun disebabkan muntah-muntah yang tidak henti-henti selama 24jam. Memang sudahnya saya tak makan atau minum apa-apa sepanjang 24jam sebab semuanya keluar semula. 

Kalau tak silap masa tu kandungan dah 32 minggu.
Pelik juga masa tu.. takkan ada istilah late morning sickness kot kan? :)

So doktor suruh saya buat ujian urin.  Keputusan ujian memang menunjukkan UTI. Tapi doktor tak terangkan pada saya macam mana UTI semasa pregnant ni berlaku..

Daripada pembacaan saya, UTI untuk wanita hamil ni biasanya disebabkan perubahan hormon

Selain tu, bila baby membesar dalam rahim, baby akan menekan pundi kencing yang boleh menyebabkan bila buang air kecil, tak keluar habis sepenuhnya.  Jadi, urin yang tersisa tu boleh jadi penyebab jangkitan UTI. 

baby semakin membesar menekan pundi kencing

Kalau berlaku cepat-cepat dapatkan rawatan sebab kalau dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang pula..

Sudahnya saya terpaksa duduk di klinik kesihatan kena masuk air 1 botol sebelum balik.  Kalau ikutkan keputusan ujian, saya dah sepatutnya masuk wad hospital (sebab sangat dehydrated) untuk masuk air tapi macam biasa saya tak nak.  

So cuba dulu masuk air 1 botol di klinik kesihatan.  Kalau masih muntah-muntah, saya perlu serah diri ke hospital.  Alhamdulillah.. kesihatan makin baik lepas masuk air tu jadi tak perlu lah saya ke hospital..

Saya cari maklumat tentang UTI melalui pakcik Google..

UTI ni boleh je jangkit pada sesiapa tapi paling common berlaku kepada wanita terutamanya yang telah berkahwin/ kerap aktiviti persetubuhan dan wanita hamil..

MENGENALI SIMPTOM-SIMPTOM URINARY TRACT INFECTION (UTI)

Rupanya banyak juga simptom UTI

Antara simptom UTI adalah :

  1. Rasa sakit semasa buang air kecil
  2. Kerap rasa nak buang air kecil tapi yang keluar sikiiiiitttt aje
  3. Rasa sakit pada bahagian bawah perut
  4. Warna urin (air kencing) keruh, macam pink ke merah atau bau busuk
  5. Rasa sakit pada sebelah belakang tempat buah pinggang berada
  6. Ada demam
  7. Mabuk-mabuk dan muntah-muntah

sakit belakang di bahagian buah pinggang

Cepat-cepat berjumpa doktor bila ada simptom-simptom tersebut bila anda juga :

  1. Ada demam, mabuk dan muntah-muntah, atau sakit di belakang badan di bahagian buah pinggang
  2. Penghidap diabetes, masalah buah pinggang, atau sistem imun lemah
  3. Berumur melebihi 65 tahun
  4. Hamil

Doktor akan arahkan untuk buat ujian urin untuk check samada ada germs penyebab jangkitan bladder tak..

ujian urin boleh menentukan jangkitan ada atau tak

BAGAIMANA CARA MENCEGAH URINARY TRACT INFECTION (UTI) ?

  1. Buang air kecil setiap kali selepas melakukan persetubuhan (sexual intercourse) bersama suami
  2. Setiap kali samaada selepas buang air kecil atau air besar, basuh kemaluan dari bahagian depan ke belakang.  
  3. Minum banyak air untuk elak dehidrasi
  4. Minum jus cranberry atau mana-mana jus limau
  5. Gunakan jenis kontraseptif selain diaphragm dan/atau spermicidal jelly.
  6. Elakkan dari mandi buih sebab boleh menjadikan jangkitan tu lebih menyakitkan

minum banyak air untuk elak dehidrasi
AKHIR KATA :)

So itulah pengalaman saya pertama kali kena UTI semasa hamil.. Tak dapat dinafikan pengalaman tiap kali mengandung dan bersalin tu memang unik.  

Masing-masing anak dengan masing-masing ragam dan dugaannya.. Syukur Alhamdulillah.. pengalaman macam tu bila diingat-ingat semula akan buatkan kita rasa extra sayang kat anak.  

Betapa selama dalam kandungan macam-macam yang kita ibu ni berkorban dan sanggup lalui demi melahirkan zuriat yang sihat sempurna dengan izin Allah :)

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca :)

Sila 'like' dan 'share' sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat buat rakan-rakan lain :)

No comments:

Post a Comment