Monday, 23 June 2014

Hari sukan sekolah Husna ~ Teringat zaman sekolah pulak :)



Assalamualaikum...

Semalam merupakan hari sukan di sekolah Husna.  

Mulanya rasa macam pelik je kenapalah buat sukan hari Ahad. Sabtu dah ada sekolah ganti. Ahad kena datang lagi..
Berat betul rasa hati nak pergi. Almaklumlah, jarak sekolah dengan rumah je dalam 55km, paling kurang ambil masa 1jam nak sampai.

Itula siapa suruh sekolah jauh-jauh :)
InsyaAllah, memang perancangan akan tukarkan sekolah Husna dan Aliff. Cuma kalau camtu, ummy pun kena tukar tempat kerja. Sama ada kerja berdekatan atau WAHM!!

antara ibubapa yang hadir
cikgu-cikgu busy susun medal
Tapi sebab Husna sendiri dah ajak pergi, rasa tak sanggup nak kecewakan perasaan dia tu.  Dulu-dulu masa sekolah dah rasa perasaan kecewa tu bila parents tak nak pergi apa-apa event kat sekolah, takkan nak ulangi kot kan ? :)
 
Rumah sukan Husna adalah rumah biru atau rumah Nilam.  Dulu-dulu masa sekolah rendah kat Assunta 1, saya pun rumah biru, Samudera!!!

Asyrani Husna
So saya dan husband pakat-pakat pakai t-shirt biru yang dapat masa Mega Gathering X-UtmViking di Cherating Mei [klik sini] lepas.. Semuanya sebab nak bagi sokongan untuk Husna :)

Bila tengok khemah-khemah rumah sukan tu memang mengimbau kenangan masa lampau betullah!
Teringat masa zaman senior (alah darjah 6 aje pun), masa hari sukan terpekik terlolong lah depan khemah rumah sukan kan.. nak kasi support pada kawan-kawan se team. Mujur aje la Assunta tu sekolah perempuan je.. takdelah rasa malu terjerit-jerit tu hihii...

Khemah rumah sukan
Sementara menunggu ketibaan NYDP PIBG selaku tetamu kehormat, ada la pasang lagu-lagu.  Tiba-tiba ada lagu Bara Bara Bere Bere... Cehh, mulala rasa nak berbara-bara ni hihiii.  Agaknya ada cikgu yang pernah pergi program DAO kot :)

Hari sukan dimulai dengan perbarisan... diketuai dengan pelajar yang membawa bendera kejohanan, kemudian pasukan Puteri Islam, kemudiannya rumah sukan kuning (topaz), biru (nilam), hijau (green mermaid) dan merah (delima).

Bersedia untuk perbarisan
Tabik hormat
Puteri Islam
Antara semua rumah sukan ni rumah hijau paling menarik perhatian. Masing-masing pakai topi bentuk sotong dan siap ade mermaid yang diusung. Comel betul budak tu. Dan kredit untuk cikgu-cikgu sebab memang super kreatif lah.. thumbs up!!
Mermaid berambut pink dan sisik kuning :)
Lepas perbarisan, nyanyian lagu Negaraku sambil menaikkan bendera kejohanan. 
Dan kemudian ada persembahan kawad kaki oleh pasukan Puteri Islam.  Pasukan ni akan bertanding dalam pertandingan kawad kaki antara sekolah pada minggu ini. 1st time tengok persembahan kawad kaki. Menarik! :)

Ada persembahan tarian dari pasukan tarian pula. Dalam hati, kalau Husna ni memang kesukaan dia la part tarian ni..

Persembahan tarian
Dan kemudiannya acara sukaneka untuk Pra Sekolah.

Sukaneka pra sekolah
Biasanya kalau hari sukan camni, acara kemuncak aje macam olahraga/ balapan, perbarisan yang dipertandingkan.  Biasanya markah-markah dah siap terkumpul dari aktiviti sukan sebelum tu.. Yelah, kalau nak pertanding semua darjah, 3 hari 3 malam kot baru habis ;)

aiseyman... rumah nilam paling last ni...
Saya pun tak tunggu sampai semua acara habis, even tak tahu pun rumah sukan mana yang menang. Sebab pukul 12 tengah hari Husna dah ajak balik.. Dah keletihan, muka pun dah monyok + sunburn lagi.. letih sangat dah kot sebab 7 hari berturut-turut sekolah.. kesian dia...

Mujurlah hari ni sekolah ambil cuti peristiwa.  Dapatlah rehat sekejap walaupun petang dah kena pergi sekolah agama pula..

Dari sekolah, terus pergi ke kenduri kahwin rakan husband di Cheras.  Tidak pula diberitahu lebih awal sebab rupanya dia plan nak pergi sorang-sorang je.. macam orang bujang.. ;p

So saya takde bawa baju yang sesuai, baju anak pun sama.. Pakai aje lah t-shirt biru yang dah memang sedia pakai dan sudahnya satu keluarga ber t-shirt biru hihii... macam boria la pulak :)

Kami rumah biru!!
Sesudah kenduri, terus shoot balik rumah.  Masing-masing dah keletihan. Husna, Aliff dan Ammar terus lena sepanjang perjalanan.. :)

No comments:

Post a Comment