Tuesday 27 May 2014

Seminar OMG - Online & Offline Marketing Strategy & 3 Tips Bisnes

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..
Weekend lepas Allah beri kesempatan kepada saya untuk sama-sama join satu seminar yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) iaitu Seminar Online & offline Marketing Strategy atau nama glamornya Seminar OMG.



Seminar ini dianjurkan oleh leaders Shaklee kami dalam Empayar Maria Firdaus ni khas untuk ahli-ahli yang berdaftar dibawah susur galur kami.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik/tips/strategi dalam menguruskan bisnes kami. Beruntung sungguh kami anak didik dalam susur galur ini, dapat banyak ilmu dari mentor-mentor yang berusaha menjadikan kami berjaya dalam bisnes ini..

Mari saya kongsikan TIGA TIPS TERPENTING  :)

[TIPS 3 - WAJIB ADA MENTOR]

Dalam menjalankan bisnes, kami acapkali diingatkan untuk mempunyai mentor yang betul dan tepat!

Ini adalah untuk mengelakkan kita dari menjalankan bisnes secara membuta tuli, langgar dinding/tembok berkali-kali.
Kalau kita nak jalankan bisnes dobi, carilah mentor yang sangat berjaya dalam bisnes dobi. Kalau nak berniaga nasi lemak, carilah mentor yang memang hebat dalam bisnes nasi lemak :)

Mentor-mentor ni merupakan orang yang dah punya pengalaman banyak dalam bisnes yang kita ingin usahakan. Mana laluan 'berlubang' atau 'tembok' yang perlu dielak, mereka dah arif!

Tugas kita hanya tiru dan tiru rapat-rapat apa yang mentor ajar. Kalau kita tak punya mentor yang bagus, kita akan 'termasuk' pula dalam 'lubang', melanggar 'tembok' yang patutnya dah dapat elak dari awal-awal.

So rules utamanya wajib ada MENTOR!


[TIPS 2 - KEUTAMAAN SOLAT SUNAT DHUHA]

Mentor kami Master Firdaus setiap pagi sebelum memulakan seminar akan bertanya pada kami..

"Dah solat Dhuha?"

Dalam group kami Empayar Maria Firdaus, kami sentiasa diingatkan untuk instiqomah dalam menyempurnakan 'Master Checklist' iaitu amalan kerohanian setiap hari seperti zikir-zikir dan semestinya Solat Dhuha.

Antara sebab UTAMA yang membuatkan hati saya terpaut untuk join Empayar Maria Firdaus adalah bila mana terbaca post FB dari Master Maria berkenaan kewajipan solat sunat dhuha yang diterapkan dalam Empayar MFMS ini.


Solat dhuha selalu dikaitkan dengan limpahan rezeki dari Allah.. Kalau nak rezeki, laksanakanlah solat sunat dhuha setiap hari.

Mentor kami turut mengatakan,kebanyakan jutawan muslim yang beliau jumpa dan tanyakan tips, pasti mereka akan menyarankan solat sunat dhuha 4 rakaat setiap hari.

Kalaulah jutawan sendiri pun masih melaksanakan solat dhuha, kenapa  kita yang belum jutawan ini tak mahu malah ada yang malu nak solat dhuha?? 

Patutlah kita belum kaya :)

Alhamdulillah saya mula berjinak-jinak solat dhuha sejak Ramadhan tahun lepas.. dan sejak join Empayar MFMS, saya lebih komited untuk laksanakan solat dhuha, malah kalau selama ni tak pernah tahajjud, syukur Allah beri kesempatan kepada saya untuk mendirikan solat tahajjud sekarang ni :)
[TIPS UTAMA - NIAT KERANA ALLAH]

Kalau diikutkan memang baaaanyak lagi tips yang diajarkan kepada kami. 

Tapi yang paling UTAMA adalah NIAT kita menjalankan bisnes tu yang akan menentukan sama ada kita BERJAYA atau tidak.

NIAT kita menjalankan bisnes WAJIB KERANA ALLAH bukan untuk mendapat wang semata-mata.

Jadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain..
InsyaAllah Allah akan melorongkan rezeki kepada kita..


Rezeki kita tak penah salah alamat..
Rezeki kita tak pernah diambil orang lain..
Usahakan kerana Allah..
Serahkan kepada Allah untuk membalasnya.. 

No comments:

Post a Comment