Tuesday 27 May 2014

Seminar OMG - Online & Offline Marketing Strategy & 3 Tips Bisnes

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..
Weekend lepas Allah beri kesempatan kepada saya untuk sama-sama join satu seminar yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) iaitu Seminar Online & offline Marketing Strategy atau nama glamornya Seminar OMG.



Seminar ini dianjurkan oleh leaders Shaklee kami dalam Empayar Maria Firdaus ni khas untuk ahli-ahli yang berdaftar dibawah susur galur kami.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik/tips/strategi dalam menguruskan bisnes kami. Beruntung sungguh kami anak didik dalam susur galur ini, dapat banyak ilmu dari mentor-mentor yang berusaha menjadikan kami berjaya dalam bisnes ini..

Mari saya kongsikan TIGA TIPS TERPENTING  :)

[TIPS 3 - WAJIB ADA MENTOR]

Dalam menjalankan bisnes, kami acapkali diingatkan untuk mempunyai mentor yang betul dan tepat!

Ini adalah untuk mengelakkan kita dari menjalankan bisnes secara membuta tuli, langgar dinding/tembok berkali-kali.
Kalau kita nak jalankan bisnes dobi, carilah mentor yang sangat berjaya dalam bisnes dobi. Kalau nak berniaga nasi lemak, carilah mentor yang memang hebat dalam bisnes nasi lemak :)

Mentor-mentor ni merupakan orang yang dah punya pengalaman banyak dalam bisnes yang kita ingin usahakan. Mana laluan 'berlubang' atau 'tembok' yang perlu dielak, mereka dah arif!

Tugas kita hanya tiru dan tiru rapat-rapat apa yang mentor ajar. Kalau kita tak punya mentor yang bagus, kita akan 'termasuk' pula dalam 'lubang', melanggar 'tembok' yang patutnya dah dapat elak dari awal-awal.

So rules utamanya wajib ada MENTOR!


[TIPS 2 - KEUTAMAAN SOLAT SUNAT DHUHA]

Mentor kami Master Firdaus setiap pagi sebelum memulakan seminar akan bertanya pada kami..

"Dah solat Dhuha?"

Dalam group kami Empayar Maria Firdaus, kami sentiasa diingatkan untuk instiqomah dalam menyempurnakan 'Master Checklist' iaitu amalan kerohanian setiap hari seperti zikir-zikir dan semestinya Solat Dhuha.

Antara sebab UTAMA yang membuatkan hati saya terpaut untuk join Empayar Maria Firdaus adalah bila mana terbaca post FB dari Master Maria berkenaan kewajipan solat sunat dhuha yang diterapkan dalam Empayar MFMS ini.


Solat dhuha selalu dikaitkan dengan limpahan rezeki dari Allah.. Kalau nak rezeki, laksanakanlah solat sunat dhuha setiap hari.

Mentor kami turut mengatakan,kebanyakan jutawan muslim yang beliau jumpa dan tanyakan tips, pasti mereka akan menyarankan solat sunat dhuha 4 rakaat setiap hari.

Kalaulah jutawan sendiri pun masih melaksanakan solat dhuha, kenapa  kita yang belum jutawan ini tak mahu malah ada yang malu nak solat dhuha?? 

Patutlah kita belum kaya :)

Alhamdulillah saya mula berjinak-jinak solat dhuha sejak Ramadhan tahun lepas.. dan sejak join Empayar MFMS, saya lebih komited untuk laksanakan solat dhuha, malah kalau selama ni tak pernah tahajjud, syukur Allah beri kesempatan kepada saya untuk mendirikan solat tahajjud sekarang ni :)
[TIPS UTAMA - NIAT KERANA ALLAH]

Kalau diikutkan memang baaaanyak lagi tips yang diajarkan kepada kami. 

Tapi yang paling UTAMA adalah NIAT kita menjalankan bisnes tu yang akan menentukan sama ada kita BERJAYA atau tidak.

NIAT kita menjalankan bisnes WAJIB KERANA ALLAH bukan untuk mendapat wang semata-mata.

Jadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain..
InsyaAllah Allah akan melorongkan rezeki kepada kita..


Rezeki kita tak penah salah alamat..
Rezeki kita tak pernah diambil orang lain..
Usahakan kerana Allah..
Serahkan kepada Allah untuk membalasnya.. 

Thursday 22 May 2014

Jagalah Kesihatan Sendi Kita

Assalamualaikum..

Minggu lepas masa sampai rumah mak lepas kerja, mak bagitahu suruh bawa ayah ke klinik lepas isyak.
Katanya ayah tak boleh berdiri siang tadinya.
Bila saya jenguk ayah di bilik, kelihatan ayah berbaring je.. Mungkin sakit..


Cepat-cepat saya hubungi hubby suruh balik on-time so hubby boleh bawa ayah dan mak pergi klinik untuk pemeriksaan.

Tapi kemudiannya ayah taknak kami hantar. Dia hanya nak mak je yang temankan ke klinik. Mujur juga mak saya boleh memandu kereta. Jadi kami beralah, cuba memahami kehendak ayah. Mungkin malu nak tunjuk kesakitan tu pada anak menantu.

Kesokkan paginya, hubby call mak tanya keadaan ayah. Kata mak, doktor sahkan sakit kaki dan lutut tu disebabkan pelincir dilutut dah kurang.

Kiri : lutut yang masih ada pelincir, Kanan : pelincir lutut dah kering akan menyebabkan kesakitan lutut
Terus masa tu saya teringat kisah pembedahan lutut yang dialami oleh ibu rakan saya yang saya baca di blog.  Baca kisah tu saja pun dah buat bulu roma meremang. Seakan-akan terasa kesakitan tu..

kiri : lutut yang sihat, kanan : tulang atas bergesel dengan tulang bawah
Patutlah lutut ayah terasa sakit.  Tulang bahagian atas sudah mula 'bergesel' dengan tulang dibahagian bawah. Kesannya ayah dalam kesakitan dan kesukaran untuk berjalan seperti biasa sekarang.

Ayah pun tak pernah nak ambil sebarang supplemen untuk membantu membaiki pelincir/lendiran lutut. Biasalah, masyarakat kita hari ni terutamanya orang Melayu memang tak minat nak ambil supplemen. Tunggu sakit baru nak cari penyelesaian.  Bukankah mencegah lebih baik dan murah dari merawat?..

Malah menurut kata seorang doktor di seminar kesihatan yang saya hadiri semalam, bangsa Melayu hanya akan datang ke hospoital untuk rawatan bila keadaan kesihatan pada tahap kritikal. Bukan pada tahap-tahap awal. Contohnya pesakit kaser payudara Melayu hanya datang bila kanser dah tahap 4. Pada masa tu kebanyakan pesakit gagal diselamatkan kerana lewat mendapat rawatan.  Berbanding pesakit dari bangsa Cina dan India, ramai yang dapat diselamatkan/survive dari kanser kerana tindakan awal mereka untuk mendapatkan rawatan.


Memandangkan ayah tentunya tidak mahu kesakitan berlarutan dan seterusnya sekiranya masih juga sakit, terpaksa pula membuat pembedahan menukar kepala lutut seperti yang dialami oleh ibu rakan saya, saya menyarankan ayah untuk mengambil Set Kesihatan Sendi Shaklee disamping ubat yang dibekalkan doktor dan saya dan hubby akan pantau perkembangannya.  Namun sekiranya sakit masih berlanjutan, saya akan bawa lagi ayah untuk pemeriksaan lanjut.

Set Kesihatan Sendi Shaklee ni terdiri dari Advance Joint Health Tablet (AJHT), Omega Guard & Ostematrix



Malah untuk pencegahan awal, sekiranya anda sudah berusia 40 tahun keatas, anda boleh mencuba produk Advance Joint Health Tablet (AJHT), supplemen sendi PALING HOT! dari Shaklee.  Bukan setakat HOT, memang selalu OUT OF STOCK!




Disini saya kongsikan lagi 10 Kebaikan AJHT :

1) Menyokong keselesaan sendi
2) Membantu kekalkan tulang rawan
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat
4) Melancarkan pergerakan harian
5) Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
6) Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7) Anti radang semulajadi
8) Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
9) Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan
10) Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)


Omega Guard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung

Ostematrix pula bertindak sebagai sumber kalsium terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.

Semoga, perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua :D

Sekiranya anda ingin menghadiahkan ibubapa anda dengan Set Kesihatan Sendi Shaklee, 
sila hubungi kami okay :)


Monday 19 May 2014

Homecooked Ala-ala western :) : Resipi Mixed Herbs Roasted Chicken, Sos Black Pepper, Grilled Vege, Mediterranian Rice & coleslaw


Assalamualaikum...

Dah lama tak masak set ala-ala Nandos.  Dulu-dulu pernah try buat set ala-ala Nandos ni [klik sini].  Kali ni teringin nak buat tapi tukar style sikit.  Kali ni tak guna sos Nandos, ganti dengan sos black pepper pulak.  


 Aliff Rayyan memang pandai ambil hati Ummy dia ni.. asyik cakap "sedapla ummy masak, terima kasih ummy".. suruh dia tukar, cakap Alhamdulillah dulu, syukur pada Allah dulu baru berterima kasih pada makhluk.. walaupun ibu sendiri :D

Ammar Naufal pun berselera makan (Ammar memang suka makan). Tapi yang paling dia suka, coleslaw! Siap kena sorok bawah meja (kami makan bersila, meja rendah ala-ala jepun).  Ammar nampak coleslaw dalam pinggan orang lain pun dia boleh 'kaut' terus masuk mulut.. hihiii..

So saya share resipi disini.. boleh olah ikut selera masing-masing :)

Resipi ni Alhamdulillah boleh kata ngam-ngam untuk kami 2 dewasa 3 kanak-kanak. Cuma nasi ada berlebih sikit. Semua pakat ratah lauk je :)

###################


Mixed Herbs Roasted Chicken

Tak pasti nak bagi nama roasted ke grilled.. Tapi saya masak guna pemanggang/kuali ajaib HIG tu


1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian
1 tbsp herba campuran kering (mixed herbs)
1 tbsp serbuk bawang putih
2 tbsp sos tiram
sedikit garam

Cara :
Gaul/ratakan ayam dengan bahan perap
Masukkan dalam pemanggang ajaib, tutup dan masak dengan api perlahan
Selepas dalam 8 minit, terbalikkan dan teruskan memasak sehingga ayam masak sepenuhnya

Notakaki : Boleh potong kecil semasa menghidang macam style nasi ayam atau biarkan je seketul besar. 

Mixed Herbs - beli kat Tesco. Serius saya rasa memang sedap buat perap ayam atau apa-apa western food


###################
Black Pepper Sauce

  

1 peket Perencah Berlada Hitam (Black Pepper Mix) Maggi
2.5 cawan air
2 tbsp sos tiram
1 tbsp sos tomato
1 tbsp tepung jagung + 2 tbsp air (optional)

Campurkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung (sekiranya guna), dan masak sehingga mendidih.
Kecilkan api dan biar reneh dalam 5-8minit sehingga agak-agak pekat.

Notakaki: sos nampak cair bila panas. tapi akan lebih likat/pekat bila dah sejuk 

Kalau buat sos black pepper saya suka guna yang ni berbanding yang botol. Tak pun buat from scratch je.. Sos lebih tu boleh simpan makan ngan burger ke..sandwich ke.. masak daging black pepper ke..


###################

Grilled Vege


1 batang timun jepun (zucchini) - hiris
1 batang lobak merah saiz kecil - hiris
1 labu bawang holland (bawang besar kuning) - potong dadu besar
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu besar
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
1 tbsp mentega
secubit garam
secubit serbuk lada hitam

Panaskan mentega dan tumis bawang putih dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana kecil
Masukkan semua bahan lain dan gaul rata
Tutupkan pemanggang ajaib, kecilkan api dan biar masak dalam 3-5 minit sehingga agak-agak layu sikit.

###################




Mediterranian Rice

2.5 pot beras - dibersihkan
Air secukupnya - seperti masak nasi biasa
1 cawan sayur campuran beku (frozen mixed vege)
1 tsp serbuk stok ayam (optional)
3 tbsp mentega
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
Setitik pewarna kuning telur (optional)
Garam secukup rasa

Cairkan mentega dan masukkan bawang putih
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak seperti biasa.

Coleslaw

Kobis - hiris halus
Lobak merah - hiris batang mancis halus
Mayonis - secukupnya
Gula - secukup rasa

Gaulkan semua bahan
Simpan dalam peti sejuk sehingga masa menghidang

Notakaki : coleslaw sedap dihidang semasa sejuk

###################

Tu aje :D
Selamat mencuba..

Friday 16 May 2014

Hari Guru 2014 : Hadiah untuk Cikgu

Assalamualaikum...

Hari ni 16 Mei 2014.. Hari Guru..

Husna dan Aliff akan meraikan guru-guru mereka hari ini..

Semalam dok fikir dan google pinterest idea-idea untuk gift cikgu.  Banyak gak yang menarik walaupun simple je.. Tapi pening gak nak pilih mana satu.. Nak pulak bila minta pendapat member, buka cerita cikgu adiknya siap pesan awal-awal taknak hadiah pen, cawan dan apa lagi entah.. sebab kononnya dah banyak dapat. Hadiah lain ok tapi kalau nak bagi pen ke, takyah bagi hadiah pun takpe/lagi baik.. 

Aikk menyirap gak darah tiba-tiba.. teremosi pulak.. Rasanya tak kisah la kalau murid tu sekadar mampu nak beri pen ke cawan ke... mungkin tu aje pun yang termampu disediakan oleh parents tu.. Kalau siap demand, emmmm tak sesuwaii...

Sudahnya member kata, masa hari guru tu adiknya taknak pergi sekolah..


Sebagai ibu, perasaan saya adalah untuk beri anak saya rasa keterujaan untuk memberi sesuatu atau hadiah kepada seseorang yang lain terutamanya kepada orang-orang yang dia hormati atau sayangi. Jadi pada perasaan seorang anak kecil, tentu tak tahu nilai mahal murah sesuatu benda yang nak diberi. Janji ada hadiah yang dia boleh beri, walaupun sekadar sekeping kertas yang dilukis/warna, dia akan rasa sangat-sangat happy.  Sebab pada mereka, itu adalah sesuatu yang besar (rasa dihargai)..  

Saya berharap, cikgu-cikgu anak-anak saya tidakla berfikiran 'sempit' begitu.. insyaAllah tak semua guru camtu.. :D

Sebab saya pun sediakan gift yang simple aje. Tak besar & tak berat so anak-anak saya yang masih kecil tu boleh bawa ke sekolah.

Tahun ni saya sediakan 21 gift untuk 21 cikgu Husna dan Aliff.. Ada yang beri pendapat bagi pada guru kelas aje.. tapi since kemungkinan besar tahun ni je Husna dan Aliff akan bersekolah di sekolah sedia ada masing-masing (tahun depan tukar sekolah), so takpelah sediakan untuk semua cikgu yang mengajar mereka.

Jadi, ini la hadiah yang saya sediakan. Frame gambar dengan kad ucapan. Simple aje kan? :D.

Hadiah Hari Guru 2014 - Selamat Hari Guru


Ideanya memandangkan frame ni boleh letak gambar dikedua belah depan-belakang, cikgu-cikgu boleh letak gambar keluarga ke kat meja guru dan biarkan kad ucapan tu dibelakang.  Tapi kalau nak letak gambar di kedua-dua belah pun takpe. Kad tu boleh dikeluarkan untuk disimpan berasingan.

Aliff bersemangat nak bantu Ummy sediakan hadiah hari guru.. Husna sampai rumah terus tidur.. ngantuk sangat barangkali..

21 hadiah hari guru 2014 untuk cikgu-cikgu Husna & Aliff

Ni untuk guru kelas aje.. Cikgu Rosnani & Ustazah Ayu.  Tambahannya Surah Yassin dengan fabric cover. Pun DIY :)


Biru & Hijau warna untuk cikgu-cikgu Aliff

Kuning Pic warna untuk cikgu-cikgu Husna


Semalam lunch hour rush pergi Ikea beli frames ini.. Barang-barang lain dah memang ada di rumah.. Ingatkan nak buat warna-warni tapi rupanya stok kertas warna yang ada kat rumah hanya beberapa warna aje.. Sampai rumah hampir pukul 10malam, terus mulakan projek ni.. sampaila hampir pukul 1 pagi..

Memborong di Ikea.. kalau buat doorgift wedding pun ok ni


##################

Selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar saya dari dahulu hingga kini..serta buat semua insan yang pernah menyampaikan ilmu kepada saya walaupun bukan tugas hakiki sebagai guru..

Untuk guru-guru sekolah juga :
Tadika Kemas Taman Dato' Harun
SRK (1) Taman Dato' Harun
SRK (1) Assunta
SRA Taman Dato' Harun
SM (P) Sri Aman
MRSM Jasin (Tun Ghafar Baba)
UTM Skudai
UiTM Shah Alam - Kelas Bahasa Korea



Untuk cikgu-cikgu kelas bukan akademik :)
Bagus Shah Alam - Kelas Basic Deco Buttercream
Chef Asma - Kelas Kuih Talam
Loveliana Cakes - Kelas Cake Decoration
ICCA Kota Damansara - Kelas Cakes Baking
Chetam - Kelas Coklat
Lynn Hassan - Kelas Kek
Kak Faridah - Kelas Tat Nanas Bentuk Buah
Kak Nomie (Piqa Bakery) - Kelas Macaron
Mamazieza - Kelas Roti

Untuk mentor-mentor motivasi/bisnes dan bisnes Shaklee
Dr. Azizan Osman
Presidential Master Shareeza
Master Firdaus & Master Maria
Mummy Kam Haryatie & Daddy Kaulat
Tuan Zuhairi Nopiah

Penulis-penulis buku motivasi, penceramah-penceramah agama dan motivasi dll
 

Thursday 8 May 2014

Kebaikan Mealshake Shaklee Kepada Kanak-kanak


Assalamualaikum..

Anak-anak kita terutamanya untuk ibubapa bekerja akan dihantar di taska atau di rumah pengasuh.  Kanak-kanak memang kerap dijangkiti penyakit terutamanya bila dah bercampur ramai-ramai tu.. Demam, selsema, batuk.. semuanya berulang-ulang..

Tambahan pula anak-anak ni suka explore macam-macam.. pegang situ.. pegang sini.. tangan kotor, pegang makanan masuk mulut.. 

Macam anak bujang saya sorang tu, Ammar.. semua benda nak dimasukkan dalam mulut.. pernah mak saya kata dimasukkannya duit, skru, jarum peniti pun ada.. Astaghfirullah.. mengucap panjang saya.. Tapi Alhamdulillah, memang sempat dikeluarkan sebelum tertelan.. Allah sahajalah yang melindungi Ammar dari tercedera dengan habit dia tu..

Kalau depan mata kita memang la boleh kita kawal. Tapi dibelakang kita? kat nursery? tak terkawal la rasanya penjaga yang ada tu nak tengok satu-satu perangai anak-anak kita ni... Tau-tau je dah kena jangkitan, demam.. tak sihat.. Mak ayah kena la ambil cuti pulak untuk jaga anak sakit...


Kalau ada anak kecil-kecil ni cuti tahunan mesti tak cukup. Macam saya, tiap tahun baki cuti tahunan mesti negatif, so tolak gaji. Bukan cuti untuk holiday sana sini pun.. banyak ambil cuti untuk jaga anak sakit je.. Kan best kalau cuti tahunan tu kita spend masa dengan anak-anak bercuti ke.. buat aktiviti sama-sama ke... Mesti anak-anak seronok..

Setiap kali ke klinik kanak-kanak, jarang klinik kosong.. Sepanjang masa penuh tak kira hari..tak kira masa..

Kos untuk perubatan kanak-kanak pun mahal. Lagi pulak kalau bawa ke klinik pakar kanak-kanak. Jarang lah kurang dari RM50 setiap kali datang tu..

Kami kalau anak-anak memang bawa ke klinik kanak-kanak sebab kalau hantar ke klinik biasa, kadang-kadang ubat yang diberi terlampau banyak jenis. Ubat demam, batuk, selsema,kahak, angin la.. semua asing-asing.. Tak sedap pulak tu..


Kalau jenis macam Aliff yang susah nak makan ubat, lagi la bersilat mak ayah nak memberi ubat. Kalau ubat tak sedap lagi la.. silap-silap terus muntah aje.. Kalau klinik kanak-kanak tu dapat la kot 1 - 2 jenis ubat je.. dan boleh nak request ubat perisa tertentu.. senang sikit nak beri ubat pada anak.

Tapi tu la.. kos pulak tinggi.. :(

Namun, sekarang ni kesedaran ibubapa dah tinggi.. Kalau boleh apa-apa yang bagus untuk anak mesti tak kisah spend duit janji anak sihat, ceria, cerdas dan lain-lain..

Kat pasaran sendiri dah banyak produk bagus-bagus untuk kanak-kanak.. Tinggal kita je pilih mana yang terbaik, semulajadi, halal dan mendapat kelulusan KKM

Antaranya produk Shaklee!

Dalam range produk Shaklee, antara produk yang sangat popular dikalangan ibubapa disebabkan kebaikannya kepada kesihatan anak-anak adalah Mealshake..

Kenapa Mealshake ni bagus?



Bukan setakat tu aje...

Banyak lagi khasiat Mealshake ni untuk anak-anak kita..

Antaranya adalah :
  • Membantu mengurangkan ekzema
  • Membantu tumbesaran
  • Membantu meningkatkan perkembangan minda
  • Membantu meningkatkan selera makan anak
  • Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  • Membantu anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Membantu meningkatkan berat badan anak
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma
  • Membantu mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  • Diambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, dengan rasa vanila yang sedap, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
Dan

Alhamdulillah..

berita baik buat ibubapa diluar sana.  Bulan September ni ada promosi Mealshake.. Beli 3 canister/tin dapat PERCUMA 1 canister/tin Mealshake.. Tak pernah dibuat Shaklee sebelum ni. Kiranya beli 6 percuma 2 canister!!

Boleh borong!! :D



Ibubapa yang berminat untuk mendapatkan Mealshake dan vitamin-vitamin lain untuk anak-anak, boleh hubungi kami okay :D

FREE CONSULTATION!
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Wednesday 7 May 2014

Menaikkan Berat Badan Secara Sihat

Assalamualaikum wbt..

Saya nak berkongsi pengalaman seseorang dalam Group MFMS kami (beliau meminta namanya dirahsiakan :)) yang telah berjaya menaikkan berat badan beliau daripada 41kg pada Disember 2013 sehingga 51kg pada Mei 2014.

Katanya sebelum ni berat beliau hanya pada 41kg - 42kg sahaja.  Malah doktor menyarankan agar beliau menaikkan berat badan. 

Beliau amat berpuas hati dengan kenaikan berat badan sehingga tahap yang diimpikan.  Kalau dulu katanya hanya tulang tapi sekarang terasa 'ada isi' :).  Malah katanya suami turut suka dengan perubahan beliau..

Alhamdulillah.. Beliau telah mencapai berat badan impian dengan Set Weight Gain (Menaikkan Berat Badan) Shaklee yang halal, mendapat kelulusan KKM serta diperbuat dari bahan-bahan semulajadi (bukan sintetik).  Selamat dan berkesan.. InsyaAllah dengan izinNya.

Testimoni Set Weight Gain
Set Weight Gain Shaklee terdiri daripada Mealshake, Vitalea dan B-Complex.



Sekiranya anda ingin mendapatkan Set Weight Gain Shaklee atau mana-mana produk Shaklee, boleh lah hubungi kami seperti maklumat yang tertera..

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi kami untuk:-

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Monday 5 May 2014

Mega Gathering X-UtmViking 2014 @ The Legend Resort, Cherating

Assalamualaikum...

Cuti Hari Pekerja lepas, kami sekeluarga bertolak ke The Legend Resort, Cherating, Pahang untuk sama-sama memeriahkan Mega Gathering X-UtmViking 2014

X-UtmViking ni adalah nama group yang diberi kepada semua ahli dan bekas ahli/alumni pasukan kayak/ sukan air UTM Skudai dari batch super duper senior sampailah adik-adik yang masih lagi bergelar mahasiswa di UTM sekarang.. 

Tak sangka juga yang hadir haritu super duper senior dari batch tahun 1992 lagi.. Saya pula dari batch tahun 2000.  1st time jumpa senior-senior ni..

Kami bertolak hampir 12 tengah hari.. Dan tak konvoi dengan sesiapa.. Jalan sendiri-sendiri.. Maklumla anak-anak ni ragamnya lain-lain. Taknak ada yang terpaksa menunggu kami pula.. Alhamdulillah selamat tiba di hotel hampir jam 5.00 petang.  Bilik memang amat selesa.. cuma banyak staff tak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia sebab bukan orang tempatan.


Malam pertama lepas dinner di Coffee House, ada taklimat program dan sesi memperkenalkan ahli-ahli yang hadir serta pembahagian goodie bag.  Setiap ahli termasuk anak-anak dapat t-shirt, mug & fridge magnet juga pendrive tajaan Greenfinder SB. T-shirt, mug & fridge magnet adalah hasil kerja oleh X-UtmViking sendiri iaitu pasangan Ayu Haris & Uzaini yang mempunyai biz design & printing ini iaitu NIA Custom Print






Hari kedua 
lepas breakfast, macam biasa, anak-anak ajak main kolam dan pantai la... Awal-awal lagi dah beli penyodok, baldi untuk main pasir tu kat Ikea.  Puas hati diorang dapat main pasir.. tapi nampak gaya macam ayahnya yang lebih excited :)

Lepas main kolam nak main pantai
Lepas main pantai nak main kolam pulak..
Ikutkan anak-anak, seharian pun mereka sanggup berendam dalam pool tu :)






Ammar mula tak berselera makan/minum masa pagi hari kedua.. Asyik menangis aje.. Memang tak tau nak buat apa.. Bila hubby check, nampak macam sakit sebab tumbuh gigi geraham atas (dua belah).. Kesian sangat tengok sebab dia lapar, nak makan, tapi bila makan je nangis je.. sudahnya pegang aje makanan tu. Ammar tak bagi ambil pula.. sedih sangat tengok.. So bagi die minum air yang sejuk-sejuk je bagi lega sikit..

Ammar nak makan kek batik yang auntie munirah buatkan.. tapi sakit.. huhuu

Petang 2nd day ada sukaneka..
Game untuk kanak-kanak
Game untuk ayah-ayah/lelaki
Game untuk mak-mak/wanita


Kategori 1tahun ke bawah cam Ammar kena duduk tepi je :)

Ammar jadi photographer aje la..

Game untuk ayah-ayah, makan kacang wasabi + tembikai & pecahkan belon yang diikat di kaki

Ammar leka tengok si Akmal makan kacang wasabi

Hubby kena 'dera' makan kacang wasabi hehe...

Lepas makan kacang, kena makan tembikai pulak..

Penutup aktiviti.. main layang-layang.. Mujur ada je simpan layang-layang dalam kereta..
Malam, BBQ dinner dan penyampaian hadiah..
Makanan nampak berlebih-lebihan..
Tapi sayang sekali dewan tu agak panas tanpa kipas (walaupun open air)..
Tapi layankan aje.. :)
Hadiah sukaneka kanak-kanak :)
Hari ketiga
Lepas breakfast anak-anak sambung main kolam. Saya packing barang untuk balik ke KL.

Rakan-rakan lain plan ziarah rumah salah seorang ahli X-UtmViking di Kemaman. Tapi kami sekeluarga decide balik lebih awal memandangkan Ammar makin tak sihat dan mula demam. Ada tanda-tanda ear infection pula..

Kalau anak-anak tak sihat, memang hilang mood nak berjalan ke sana sini.. nak sampai rumah secepat mungkin untuk bagi anak-anak rehat saja..

Alhamdulillah semua program berjalan lancar seperti yang dijadualkan.. syukur...
Terima kasih kepada semua sponsors untuk majlis kali ni..
Saya doakan rezeki anda semakin melimpah ruah, insyaAllah :)