Wednesday 16 April 2014

[Dedikasi Seorang Guru]


Assalamualaikum...

Saya sangat hormat pada orang yang bergelar guru.. Satu profesion yang tak semua orang mampu galas.

Dua kali saya berpeluang hantar Husna ke sekolah (biasanya ayah Husna la). Sangat kagum dengan PK HEM ni. Setiap pagi tanpa gagal beliau akan tunggu dan sambut pelajar-pelajar di pagar sekolah. (Husband cakap, kalau PK HEM takde, Guru Besar yang akan terpacak kat pagar sekolah ni..)

Dan pagi semalam, keadaan jalan sesak di luar pagar sekolah disebabkan ada insan kurang prihatin meletak kenderaan yang menghalang kelancaran trafik. Cikgu ini dengan rela hati mengawal trafik di situ bagi memastikan pelajar-pelajat selamat dihantar ke perkarangan sekolah oleh ibu bapa masing-masing..

Serius, sangat terharu..

Semoga Allah beri balasan kebaikan kepada PK HEM, Guru Besar, guru-guru SKKL & keluarga mereka..
Juga kepada guru-guru di luar sana yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk pelajar-pelajar mereka..



Sekolah Husna ni bukanlah satu sekolah yang hebat atau well known, sekali sebut nama sekolah orang dah tau, macam sekolah rendah saya dulu.. sekolah ni pun dipilih atas faktor dekat dengan rumah mak dan pejabat husband sahaja.

Pada saya tak kisah la sekolah tu glemer atau hebat atau berprestasi tinggi pun.. saya sebagai ibu hanya nak anak saya dididik agar punya peribadi positif dan disiplin yang tinggi.  Saya sendiri pun berusaha mendidik anak dengan unsur-unsur positif sahaja..

Sekiranya guru punya dedikasi dan ikhlas dalam melaksanakan tanggung jawab, rasanya semua tu akan terlahir dari perbuatan dan usaha yang ditonjolkan guru tersebut kepada ibubapa..

Memang mendidik pelajar zaman sekarang super mencabar, tapi bukanlah satu alasan.. Saya sangat sedih dan kecewa sekiranya ada rakan-rakan saya yang bergelar guru update status Fb dengan ayat dan bahasa negatif terhadap pelajar dibawah tanggungjawab mereka.. 

Teringat ceramah yang Prof Muhaya pernah sampaikan di Ikim Fm.  Beliau menyaran agar guru-guru mengganggap pelajar-pelajar bukanlah sebagai mencabar atau dugaan atau bebanan sebaliknya anggap pelajar tu sebagai pencen kubur, ladang pahala..sebagai satu jihad.  Kenapa? sebab didikan betul yang diberi kepada pelajar tu boleh jadi sahaja akan menjadikan mereka orang-orang soleh dan memberi manfaat kepada ummah suatu hari nanti. Bukankah guru tu sendiri akan mendapat 'saham pahala' dari itu?

Sungguh mulia kerjaya guru itu.. 
Semoga semua guru diberi kekuatan oleh Allah untuk memberi yang terbaik :)
InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment