Monday 27 January 2014

Pertukaran...

Huhuu...


Hold la pulak?
Kenapa la diorang ni making things complicated.. huhuuu...
Nak tukar... nak tukarrrr.. huwaaa

Wednesday 8 January 2014

Azam 2014 - Home Organizing

Assalamualaikum..
Selamat tahun baru!
Lama tinggal blog ni.. tak tau nak post apa pun..

Tahun baru ni saya berazam untuk fokus pada Home Organizing je.. Hmm nampak sangat rumah tu tak tersusun. Most of the time macam kapal pecah aje.. Selama ni tak ambil berat sangat hal susun atur ni maybe sebab tak dibesarkan dalam persekitaran yang tersusun teratur so tak pernah ambil port.  Sampailah masa blog walking jumpa satu blog adik ni (tak ingat nama), newly wed dan telah punya perancangan susun atur rumah yang bagus. Dan bila tengok gambar dapur sorang kawan sekolah ni kat FB, memang superb macam majalah, macam tak pernah masak je.. and anniversary post yang dia tujukan pada wife dia yang dia gelar OCD, memang sangat kagum dan tak pernah terfikir pun ada orang yang sangat kemas, tersusun teratur ni..  jakun jap.. :)

nota : *semua gambar-gambar adalah dari hasil Google*


so pasang azam nak pastikan rumah tu teratur.  Walaupun bukan macam dalam majalah, kira boleh laa.. orang kata 'sedia menerima kunjungan tetamu' hehe.. Dan kalau boleh, tanya aje barang apa, dah tau kat mana nak cari. Setiap ahli rumah tau. Kalau tak selama ni, boleh kata setiap masa kami tak ingat pun mana letak barang ni atau barang tu.. Biasa masa tak nak guna, jumpa aje.. Tapi bila masa nak guna je selalu tak jumpa.. Hehe..


So saya mula dengan cari maklumat tentang organizing ni.. antara laman yang saya suka jenguk ialah i heart organizing dan a bowl full of lemon (ABFOL). Dan banyak lagi blog-blog dan gambar-gambar inspirasi/idea untuk organizing.. 


Nak mulakan projek mega ni memang banyak dugaan jugak. Dah mula tapi nak maintain berterusan pun ada cabaran-cabaran jugak. Sorang maintain 4 orang lagi tak membantu boleh merencatkan juga niat murni tu huhu...

Maka dengan berpandukan panduan bagaimana nak mula dari iheartorganizing dari Program Home Organization 101 dari ABFOL, antara ruang yang sedang diusahakan :
Bilik anak-anak cum playroom - 80%
Bilik utama - 75%
Ruang kerja/kraf/jahit - 45%

Yang masih belum 'sentuh':
Dapur
Ruang tamu & makan
Bilik kerja husband
Bilik utiliti/baking
Garaj
Almari Anak
Almari Utama
Entryway

Hmm.. masih banyak yang perlu diusahakan.. takpe, sikit demi sedikit.. Target 1 bulan 1 ruang ok? :)


5S = Sisih - Susun - Sapu - Seragam - Sentiasa Amal
Sort - Sell/ Donate/ Recycle/ Toss

Rasanya perkara yang paling sukar nak buat adalah Sisih tu.. Proses nak clearkan bilik utama tu sudahnya dengan berat hati, 1 almari baju kurung/tudung/kemeja/baju anak dll saya 'hulurkan' pada mangsa banjir hari tu.. hmm.. rupanya benda-benda yang kononnya sayang tu yang buat semak.  Dan banyak juga yang perlu di 'toss'

Moga-moga cukup momentum sampai bila-bila.. :)