Skip to main content

Bantu mangsa banjir di Pantai Timur : bantuan & doa

Salam Jumaat penghulu hari..

Terpanggil untuk share..

Memandangkan sekarang sibuk orang memperkatakan tentang musibah banjir di pantai timur terutamanya di Kuantan.. ditambah pula dengan respon-respon yang negatif di FB.  Saya nak berkongsi antara intipati kuliah Jumaat hari ni.. Iaitu berkenaan musibah.  Allah telah menerangkan secara terperinci bagaimana ciri-ciri musibah ditimpakan kepada kita.. dan Allah beri juga panduan cara/bagaimana harus kita sebagai hambaNya memberi respon..

...dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 155-157)

Maksudnya:
155. Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.
156. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inaalilllahi wa inna ilaihi raji'un"
157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk 

Maka kata ustazah tu, sebagai orang yang ditimpa musibah, kita ucapkan dulu kalimah istirja' (pernyataan kembali kepada Allah) dan ditambah dengan doa yang Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kita berdasarkan hadis :

Dari Ummu Salamah sesungguhnya telah berkata telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu 
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا - 
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Allahumma ajirni fi musibati wa akhlif li khairan minha‘  
'Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah.  Ya Allah! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai dan gantikan yang lebih baik'. 
 Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik" 
Musibah yang menimpa saudara-saudara kita di negeri lain barangkali adalah disebabkan dosa-dosa kita juga (yang tak ditimpakan musibah itu).  Jom kita ajak semua yang terlibat baca doa ni dan kita juga membantu apa yang perlu samaada dari segi material atau sokongan moral. 

share dari FB page Telekung Project:





UNTUK YANG MENCARI TEMPAT NAK HANTAR BARANG DONATION:
Seketeriat ABIM Bangi (24hours open)
No 15-a , jalan 1/4A, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi –
Dalila 0193653019 & Yasir 01121282023

Sekretariat ABIM Pusat
No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
Tel: 019-2881300/ 019-3836700 / 03 - 4108 4500

boleh juga hantar mana2 cawangan ABIM yang terdekat dengan rumah masing2
- ABIM berusaha menghantar barang2 yg didermakan, setiap hari
- Sabtu dan Ahad ni pun buka (tapi kena check ngan cawangan dulu)
- Barang2 yang boleh didermakan, selain drpd apa yg Kak Azila bagitau tu, makanan ringan (biskut), air mineral, roti, pun mereka terima.

Yayasan Salam Malaysia No 22, Jalan Changgai 6/22, 46000 Petaling Jaya, Selangor . Tel: 603-79584021

USJ 14 Subang Jaya - Idham 0166479835

Sungai Buluh - Cik Zuli 0127110737

Ampang - Puan Vimmi 0163411273

DATARAN MERDEKA - 6 dec 2013 (jumaat) 2-10PM .. fatyhah 0138260950

DEWAN MERBAU MBSA SEK 17, SHAH ALAM - (Jumaat-Ahad 9am - 5pm) .. Haslina 0133743283

***they NEED WATER TO DRINK! sekarang harapkan air tangki jer, imagine little kids drinking poluted water? please lets help as much as we could!! ****

Just to gv u some idea what to donate:
Telekung Solat
Kain Pelikat
Sejadah
Selimut
Diaper - any size
Sanitary pad
Pakaian kanak2 or adult
Sweaters
Socks - new
Toothbrush - new
Toothpaste
Towel muka
Tudung
Kain ela - utk buat tirai pisahkan setiap keluarga supaya ade sedikit privacy utk kaum wanita n ibu2 breasfeeding.
Mineral water
penyapu lantai,
mop lantai,
pencuci lantai,
sabun basuh
goodie bags yg ada berus gigi, ubat gigi, sikat, sabun

**will update post if ade more updates

Sekian wassalam





Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …