Monday, 14 October 2013

JANGAN guna "check in" di Facebook




.. dan mana-mana laman sosial yang ada aplikasi check in ni...

Salam Isnin.. 
Gambar ni saya terpandang masa selak-selak akhbar Metro pagi ni.. so nak share dengan rakan2..

Kat FB memang ada aplikasi ni.. dulu selalu saya tengok orang guna Foursquare.. check in sana.. check in sini... 
Seingat saya la saya belum pernah guna benda check in ni sebab saya tak berminat nak bagitau saya gi mana or saya ada kat mana... Kebetulan masa Mesyuarat Warga Bahagian saya, ada jemput penceramah dari Cyber Security Malaysia.  Dalam ceramah tu banyak gak senarai2 benda yang tak patut dibuat/ditulis/di upload kat FB.  So salah satu yang ditegaskan adalah JANGAN GUNA 'CHECK IN'.  

Sebabnya? 
macam gambar kat atas nun lah.. itu aje.. memang sebab utama adalah KESELAMATAN.

Jangan check in kat rumah and bagitau sorang la..
Jangan check in kat sana, check in kat sini... orang tau 'rumah' sekarang kosong ni..
Jangan check in kat sana then check in sini pulak then check in sini lak... orang boleh trace pergerakan/rutin perjalanan...
Kalau bercuti/holiday sana sini pun kalau nak update sangat cerita, sila update HANYA SELEPAS holiday tu berlalu.. bukan masa tengah kat Maldives ke terus upload gambar/update status.. sebab orang akan tahu rumah anda akan kosong selama sekian2 masa... 

Kata penceramah tu, dulu ada satu laman web yang menyenaraikan rumah2 yang 'kosong' untuk dirompak siap sorting ikut lokasi.. Kalau pencuri/perompak tu berminat area Taman ABC, taip aje, keluarlah senarai rumah2 yang sesuai untuk dirompak.. semuanya disebabkan aplikasi 'check in'.. Tapi pihak Cyber Security Malaysia dah block laman web tu sekarang ni..
 
Sekian untuk perkongsian... So sama-sama kita berhati-hati ok :D

hmmm kalau ikut ceramah aritu, macam nak tutup aje akaun FB tu...

2 comments:

  1. Betullah. Stakat ni xpernah guna app check in check in ni.. bahaya tul. Selamat hari raya aid8ladha liza. Blk mana? Liza beraya di kl ja.

    ReplyDelete
  2. so true...disebabkan FB mcm2 perkara boleh berlaku..mmg kena extra careful

    ReplyDelete