Friday 11 October 2013

Cabaran hentikan tabiat menjerit kat anak

Salam Jumaat..
Lama tak update jugak ni seminggu kesibukan hal audit SPB kat bahagian. Sebagai urusetia kena full standby untuk serve auditor.. :)

Semalam terbaca satu link yang dikongsi oleh rakan sekolah dulu.. http://theorangerhino.com/10-things-i-learned-when-i-stopped-yelling-at-my-kids/.  


Ianya tentang cabaran nak kurangkan atau langsung takde tabiat 'menjerit' kepada anak... Memang sekarang dalam proses mengubah tabiat/perangai 'huduh' dalam proses keibubapaan.. 

Perkara yang saya sedang buat sehingga sekarang ni adalah untuk tidak menggunakan perkataan 'JANGAN' pada anak.  
jangan panjat,
jangan gaduh, 
jangan pukul, 
jangan lompat, 
jangan tu jangan ni.. 

Terlalu banyak jangan tapi masih jugak tak dengar2...

Apa yang saya buat sekarang ialah cuba terangkan apa yang perlu diorang buat sepatutnya.. Dan terangkan kenapa diorg kena buat begini bukan begitu... Walaupun sebelum terangkan/cakap elok2 kat diorang tu kena tarik nafas dalam-dalam/ basuh muka banyak2.. sebab nak elakkan 'meletup' :)

Saya pun dah bincang dengan husband untuk sama-sama perbaiki diri kami tapi ada masa 'tersadung' gak.. Kena sentiasa sentiasa dan sentiasa ingat-mengingati...

Sekarang nak tambah fokus untuk tak MENJERIT.. Rasanya sepanjang saya cuba ubah penggunaan perkataan JANGAN tu kebanyakan masa memang dapat tenangkan hati sebelum terrmarah kat anak-anak. Tapi kali ni nak buat cabaran pada diri macam cikpuan Orangerhino ni...  Cabaran 365 hari tanpa ada sesi jerit menjerit kat anak-anak.. lucu jugak baca catatan2 sebab boleh relate dengan keadaan sendiri jugak.. lagilah kan nak handle 4 orang anak lelaki yang lasak bagai.. kami ni yang 3 orang pun fengsan dah ni... 

Kenapa tiba2 nak ubah? 
Bila duduk fikir sendiri, anak2 dah semakin membesar. Diorang takkan kekal jadi kanak-kanak je.. Kena usahakan tunjuk kasih sayang tak berbelah bagi dari masa kecil so diorang takde kenangan masa kecil yang menyedihkan.. Tengok perangai anak2 memang diorang tiru bulat2 apa yang kita buat pada diorang. Kalau mak ayah biasa menjerit, nanti anak yang besar jerit kat adik, adik jerit kat kakak.. huhu.. 

Anak tu cerminan ibubapa.. 

Ingin menjadi ibubapa yang berakhlak baik supaya anak2 pun punya akhlak yang baik...

1 comment:

  1. info terbaik..tq share
    semoga kita terus menjadi ibubapa yang terbaik..

    ReplyDelete