Thursday, 16 May 2013

Projek Guna-semula : T-shirt lama --> seluar panjang Aliff



AsSalam...

Selepas mengambil 'hadiah' pada Jumaat lepas, memang berkobar2 sangatlah semangat nak mulakan projek.. macam-macam nak dibuat/dicuba..


Selepas menyelongkar plastik2 dalam 'stor', rupanya ada banyak gak baju2 lama yang tersimpan. Biasanya kalau baju dah buruk/lusuh sangat mak saya selalu jadikan 'kain buruk' untuk lap-lap la kan.. so saya pun simpan baju lama2 kat 'stor' kot-kot nak jadi 'kain buruk' di suatu hari nanti.. 

Tapi lepas saya discover projek guna-semula ni, saya ambil keputusan untuk gunakan t-shirt/baju2 lama saya/husband untuk di 'transform' jadi apa-apa yang boleh digunakan semula..

Saya mendapat inspirasi guna-semula ni selepas terjumpa banyak website luar yang mengaplikasinya sebagai satu kebiasaan.. Memandangkan saya pun lebih kurang macam mak saya yang suka la nak menyimpan lagi baju2 lama kot-kot boleh muat balik lepas kurus ke yang macam takde harapan pun.. :(, saya decide nak gunakan untuk guna-semula.. 

Projek pertama saya adalah 'Seluar Panjang Untuk Aliff'
Nak cari/beli seluar panjang untuk Aliff  memang satu masalah jugak sebab saiz Aliff ni bukan saiz 'standard'. Dia tak boleh pakai baju/seluar umur 4 tahun. Kadang2 baju ngam 3 tahun, seluar 2 tahun.. cam tu la.. Dan nak cari jual seluar panjang sahaja untuk lelaki macam agak rumit sikit.. 

Alaaaa takat nak pakai untuk tidur atau mandi kolam ke pantai ke, aci lah kann :)

Nota : Warna gambar2 tidak menggambarkan warna sebenar.. sebab kamera yang sebelum ni rosak dan telah dihantar untuk repair tidak lagi menghasilkan kualiti gambar seperti asal huhu..

Aliff with 'new' long pants

So, untuk projek 1st ni saya guna t-shirt lama saya je..


Caranya :
1) T-shirt dilipatkan dua..
2) Gunakan seluar sedia ada yang 'ngam' saiz.. Lipatkan 2 dan tekap pada t-shirt tadi (untuk dijadikan pola).. 
3) Lakar bentuk seluar pada t-shirt (guna kapur kain) dengan meninggalkan jarak 1/2inci untuk basi jahitan.. dan lebihkan 1 inci di bahagian atas pinggang untuk ruang letak getah..
4) Potong t-shirt
Bahagian bawah t-shirt, saya tak lebihkan 1/2inci sebab saya ambil hem/kelim sedia ada untuk jadi kaki seluar terus (takde nak jahit2 lagi)

nota : lupa nak snap gambar kepingan2 nye.. sorii..

Jahit..

Kebanyakan website tunjuk guna mesin serger (jahit tepi) aje untuk gabungkan kepingan seluar ni.. tapi saya takde serger ni pun... boleh aje guna mesin jahit biasa untuk kain t-shirt sebab die jenis tak berbulu2...


Dan pasang getah untuk pinggang..

Bergaya dengan seluar 'baru' :)

14 comments:

  1. bagus idea ni, jimat & tak membazir :) untungkan org pandai menjahit ni...

    salam perkenalan dr sy sue, jemput ke blog saya ye sihatitunikmat.blogspot.com.salam ukhuwah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah sue..
      semoga bisnes sue berkembang & maju..

      alhamdulillah, menjahit tu takla pandai.. mesin yg tolong jahitkan :)

      Delete
  2. cayalah liza! hehe..
    aku ni dulu berkobar nak menjahit..sejak ngandung aaron,terbantut jap usaha menjait.ni nak menyambung semula,kelemauan lagi...

    *dush* apa daaaa aku nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      biasala.. kalau ada masa/mood baru boleh nak buat benda2 ni.. aku pun sejak pregnant ammar dah tak pegang hook untuk mengait.. lemau gak lagi ni hehe..
      *dush* kat aku jugak hehe.. :)

      Delete
  3. Wahhh.. Hebatnya akak. *Kagum*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenn!
      dok la pikir sape ni.. hehe..
      happy teacher's day!! :)

      mane de hebat.. tengah belajar2 ni.. ;)

      Delete
    2. Tq2..ok la tu kak. Sy ni lame2 mesin jahit tu karat sendirik.. uhuhuhu

      Delete
  4. liza....wahhhh...syoknya...dah menjahit plak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu,
      baru ade mesin so baru nak aktif jahit.. :)

      ayu dah nak bersalin ye, semoga semua selamat..insyaAllah

      Delete
  5. Liza....akhirnya dah ada mesin jahit...selamat menjahit...
    Happy sewing! :)

    ReplyDelete
  6. wah....kreatif, bagus dan boleh dicontohi.. :)..duit budjet utk baju leh simpan untuk masa depan :)

    ReplyDelete
  7. waahhh hebat la ummi Liza ni ;)

    ReplyDelete
  8. makin hencem aliff... (eh.. lari tajuk lak...a) pasni saya pulak mengikuti jejak menjahit ni.. he

    ReplyDelete