Skip to main content

Life's changed!.. moga dipermudahkan..

Assalamualaikum..

note : 
entri ni telah di draf semasa ammar baru berusia 2 bulan.. tapi tak publish lagi.. so ada sikit2 update/perubahan :)

Ammar Naufal ~ Almost 3 months old already :)

Emmmmm..

Ada anak 3 orang rupanya banyaaaak beza dari masa 2 orang.. Masih lagi perlu menyesuaikan diri.. Ohhh amat kelam kabut sekarang :). Tabik spring pada ibu2 yang ada anak ramai dan masih dapat memenuhi tanggungjawab anda.. Tetiba sekarang rasa cukupla ade anak 3 ni.. dah takmo dah kot..huhuu

Asyrani Husna :

Alhamdulillah Husna banyak berdikari even dia la yang paling banyak tolong ummy nya ambilkan itu ini.. sampai keluar soalan "Husna ni pelayan ke ummy?" hehe... Disebabkan masa pantang Husna menjadi pelayan peribadi ummy ni, ummy dah janji nak bawa dia ke Kidzania. Dia kata nak jadi nurse kat situ :)..  

update : janji akan tetap ummy tunaikan.. but nak kene tunggu Ammar besar sikiit lagi a.k.a kurang meragam kat luar.. or maybe anytime aje kot :)

Cuma kadang2 perangai mengada2 Husna timbul gak.. suka mencabar kesabaran saya dan hubby. Maybe cara dia untuk dapatkan perhatian tapiii grrrrr....

Aliff Rayyan :

Sejak ada Ammar, banyak betul ragam dia ni.. semua nak ikut cara dia.. But kalau Ammar menangis Aliff akan nyanyi lagu Erti Al-Fatihah/ Zikir Subhanallah-Alhamdulillah-Allahuakbar/ Lagu2 dodoi nenek dia (my mom punya fav song). Memang terpengaruh dengan nenek :)

Problem sekarang Aliff belum fully potty train. Entah kenapa susah sangat dia nak cakap sebelum poopoo. Dah melepas baru bagitau. Kalau buang air kecil die boleh lak cakap...Haihhh... 

update : Aliff sedang gigih nak train diri dia gak.. kadang2 still terlepas.. kesian die asek kena marah ngan atok/nenek.. :(

Ammar Naufal :

Getting better.. dah pandai nak senyum gelak tunjuk lesung pipit kat dua2 belah pipi die tu :)
fuhhh agak lega... 

update : sekarang dah gigih berusaha untuk meniarap.. sikiiiiiiit aje lagiii.. :)

Akhirnya..terpaksa jugak langgar pantang tak pakai buaian. Husna dan Aliff takde masalah tak berbuai. Ammar lain sikit fi'il dia.. Ammar jenis susah nak tidur tapi senang sangaaaat terjaga.. Banyak tidur2 ayam aje.. So nak tidurkan kena suasana gelap & senyap..

Masa pantang bersalin aritu makan pun kadang2 tak sempat, masak apetah lagi.. mandi pun kalau dapat 2 kali sehari tu memang heaven sangat la.. dapat mandi & makan tu dikira nasib baik la.. pasalnye sikecik tu nak ngempeng 24jam. Walaupun dah tertido sambil menyusu, bila kita lepaskan je terus dia terjaga. Kalau tidur pun tinggalkan bilik 5minit je dah nangis.. fengsannn.. Try bagi pacifier (walaupun tau risiko nipple confusion tu) but Ammar memang takmo. Sikit pun taknak.. Paling stress bila malam nak tidurkan perlu 4jam dodoikan (dukung ke sana sini). Biasa ayahnya la yang kena buat sebab ummy nye dah sakit kepala tak cukup rehat dari siang..

Dah sebulan lebih tu suggest kat hubby try letak Ammar dalam buaian. Surprisingly dia boleh tidur. Lega.. Tapi ada time jugak kalau dia taknak tu memang tak boleh buat apa la.. 

update : sekarang dah tak berapa nak berbuai, only bila kat rumah mak aje die tido dlm buaian. kat rumah nak berkepit dengan ummy die aje :)

Car seat pun dia tak berapa suka. Baru drive beberapa minit dia dah mengamuk. Tak taula  nak buat camne..feninn feninn..

Ummy & Ayah :

Still struggling to adjust ourselves dengan kehidupan baru..

Ahli baru dalam keluarga dan lokasi kediaman yang baru.. Baru 2 minggu berpindah dari Sunway ke Batu Arang. Rumah pun belum berkemas. Nampak gaya memang tunggu weekend aje.. Perjalanan bertambah jauh untuk ke pejabat. Perlu gerak jam 6.00-6.15 pagi ke Sunway untuk hantar anak2 dan saya akan teruskan perjalanan ke KL pula lepas tu. Masuk kerja 8.30pagi. Penat memang penat.. mungkin kena berkorban sikit sampai akhir tahun sementara Husna habiskan penggal tadika dia di Sunway dan baby besar sikit maybe 6 bulan ke baru hantar ke taska. Since taska yang ada dekat rumah baru beroperasi cam kurang konfiden nak tinggalkan Ammar :)

Semoga Allah permudahkan urusan harian kami.. amiin.. Rabbi Yassir Walatu'assir...

Comments

  1. huhu.. sama perangai dengan iskandar!!!.... agaknya liza banyak sangat baca pasal iskandar masa amar dalam perut jadi dia pon rasa best dan nak ikot..... saya memahami kesusahan liza tu.. semua terkejar2.. tido pon nak melekat ngan ibu.. owh.. tak dapat digambarkan dengan kata2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nak buat camne..
      lain anak lain ragamnya..
      lagi ramai lagi laaa..

      cabar mencabar minda tercabar.. haha!! motto masa zaman U dulu :)

      Delete
  2. setiap anak mmg lain feel nyer... cuma kena lebih bertabah la biler anak da bertambah ni, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! :)

      2 anak, bertabah 2 kali ganda..
      3 anak, kena tambah la ketabahan tu jadi 3 kali ganda hehe :)

      Delete
  3. Liza, mesti rasa mcm xcukup masa kan? Sabar2, nanti dpt la sesuaikan diri. Ni yg rasa kena jarakkan lagi nh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaii.. kalau ade extra beberapa jam setiap hari alangkah bagusnya :)
      InsyaAllah, lama2 akan lali dah dengan rutin harian ;)

      Delete
  4. semoga dipermudahkan perjalanan ye liza..
    walaupun hidup kita lain2,cabarannya pun lelain kan..tapi part besarkan anak...
    betapa kesabaran teruji kan..tapi di sebalik tu,merekalah penyeri kita suami isteri dengan keletahnya...buat kita sesama ketawa suami isteri

    moga anak2 kita sihat dan menjadi anak soleh dan solehah.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..
      tiap yang berlaku ada hikmahnya..
      Allah mengatur semuanya yang terbaik untuk kita hambaNya..syukur Alhamdulillah..

      amiin..
      semoga semua anak2 kita sentiasa menjadi anak yang soleh/solehah.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …