Skip to main content

Semangat baru untuk breastfeed : new cooler bag :)

Isnin baru ni survey nak beli cooler bag baru. Cooler bag lama tu dah bersemadi dalam en.tong.. dah koyak sana sini dah.. dah uzur pun beli sejak 2007 lagi...

Rasanya bertahun tak bukak mana2 online shopping web untuk barang2 baby ni.. Tengok dah bermacam2 jenis cooler bag dijual. Memang rambang mata lah makcik.. Dan memang rezeki betul lah kan sebab few website memang tengah ade buat sale.. macam LittleWhizFabulousMom e-mumshop...

Tapi sebab cooler bag ni urgent sangat2 nak guna. Kalau boleh memang terus gi kedai and beli direct. Dah tengok kat Babyland SS2 tapi tak banyak pilihan dan mahal2 pulak tu.. Beli online ni nak kena tunggu few days pulak... So antara kedai2 yang rasanya dalam lingkungan boleh pergi ni LittleWhiz & FabulousMom

Jenguk LittleWhiz..  berkenan few design brand Autumz ni... LittleWhiz punye sale until 14 April 2013




Showroom die kat Setia Alam.. fikir2 macam tak sempat nak rushing ke sana pulak waktu lunch break. Kalau lepas kerja pun takut tak sempat sebab tutup pukul 7pm. (maklumat showroom disini)

Try pulak tengok FabulousMom lak.. sale until 7 April 2013.. Brand JungleJingle aje yang ade.. Hmm kalau ade Autumnz kan terbaekk sebab harga lagi murah 

Lokasi pun ok.. nak pergi yang dekat MRR2 tu tak pandai jalan pulak.. so pergi branch di TTDI je..

Mula2 pilih yang ni sebab murah hehe dan terberkenan jugak dengan ruang yang besar dan ade 2 compartment berasingan.. tapi salesgirl tu cakap sejuk tak berapa lama sebab lapisan yang kekalkan kesejukan beg tu agak nipis.. alahaiii... dah cun sangat dah ni.. walaupun rupa tu tak mengancam laa :)


Belek2 yang ni pulak... hmm kalau nak sumbat pam + botol2 + icepack macam tak cukup besar aje ni... Tapi die ade corak cantik2 :)


Selepas dekat setengah jam membelek, membanding... akhirnya pilih cooler bag ni.. ada 4 pilihan warna




Ada 2 compartment berasingan. Bahagian atas boleh letak parts pam Medela Harmony saya dan few bottles 5oz. Kalau nak kemana2 kursus ke seminar ke jalan2 ke, boleh letak wallet/handphone/pen etc.. cuma wap sejuk tu masuk jugak dlm compartment atas tu, lapik aje la dengan pape.. 

Bahagian bawah boleh letak 6 botol + 3 icepack. Memang just nice. Without icepack boleh muat 8 botol 5oz tu.. tapi saya lagi suka kalau beg ni lebih lebar (banyak songeh tull) :)


Comments

  1. Hehe..haruslah beli kan.baru rasa semangat ke keje.
    Btw,ko da dapat masuk permanent ke.ingat dulu ko kata masa ngandung ammar,ko duk risau2 kan.alhamdulillah kan..rezki tu pasti ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.
      aku still pekerja kontrak. buat masa ni kontrak sambung sampai end of this year. maybe sementara ni keje sambil cari keje lain. dah 4tahun kontrak.
      maybe Allah nak suruh hijrah tempat lain yg lebih baik kot tu sebabnye interview tak pernah lulus :)

      Delete
  2. Liza....beg yg ko beli tu sama dengan yg aku nak beli kononnya, tp x jadi. Aku beli kt OneBabyWorld, dah survey kt kedai online dia tp xtau la kenapa bila sampai kt kedai aku jd blur, last2 aku beli yang paling simple je rupe bentuknya dan paling murah...hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. aku pun plan lain tapi beli lain lak :). lari bajet aku.. kalau bukan salesgirl tu bagi penerangan mesti aku dah rembat hat yg murah tu je hehe...

      Delete
  3. fyi...little whiz dekat ngn umah sy...suka pegi situ best sgt2...klu nk cepat leh pesan je kt sy...sedia bantu kwn2..hehehe...dulu ozleen suka pesan kt sy la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii lupe sangat kak siti dok area sana la.. hihii tenkiu tenkiu sebab offer belikan pape ye.. saaayang kak siti :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cant…

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …