Wednesday, 27 February 2013

Ammar Naufal : Batuk kahak selsema..



Assalamualaikum...
Hari ni Ammar Naufal dah berusia 45 hari.. means ummy die dah abeh time pantang yeehuuu :)


But 2 minngu sebelum ni memang agak serabut dan ummy ni takde gaya orang pantang.. sebabnya? Ammar tiba2 kena batuk kahak selsema ni 16/2 baru ni, just hari yang sama dia ambil imunisasi 1 bulan kat klinik. Uhuuu super duper stress dan Ammar jadi sangat meragam sampai la ke hari ni... ummy die pun sampai makan pun ntah kemana, mandi pun kadang2 tak sempat huhuuu...


Ammar harini.. Bila diriba baru boleh tidur.. kalau tak memang menangis aje la kejenye

3 hari lepas batuk dia tak baik2, kami bawa ke klinik kanak2.. tapi doktor pun tak advice untuk bagi ubat sebab Ammar baru 1 bulan..terlalu kecil nak bagi ubat. Tapi dia bagi gak Fluimucil A 100, sejenis serbuk perlu larutkan dalam air and bagi Ammar sekali sehari. Ni untuk cairkan kahak. Saya cuba delay kan dari bagi ubat, dan praktiskan nasihat doktor tu dulu macam tinggikan kepala Ammar masa baring/tidur, atau cuba tidurkan meniarap (tapi Ammar tak suka). Tapi sebab takde perubahan, cubalah bagi ubat tu.. Dah bagi few days tapi tak nampak kurangnya even malam tadi menjadi2 pulak batuknya.. asyik terjaga dari tidur dan nangis.  

Hari ni saya google info pasal hospital sebab nak ready utk hospital visit dah ni.. terjumpa pulak satu blog pasal teknik tepuk Dr. Nadir ni.. Blog Jiha : Steaming Dr.Nadir Style . Terus teringat seorang kawan saya pun pernah post kat wall FB dia masa dia bawa baby dia jumpa doktor ni.. so ingat nak try la dulu.. 

Memang sebelum ni google ramai yang suggest untuk duduk dalam bilik air berdua dengan baby dan pasang water heater bagi macam mandi wap tapi malangnya water heater rosak pulak hmm.. dalam blog Jiha tunjuk guna rice cooker je..haihh apesal la tak terfikir langsung? otak ni dah over serabut kot tak dapat nak berfikir lagi.. nak try sekarang tapi rumah lak takde letrik.. dah lapor kat TNB, harapnya letrik cepat le ade... karang habeh la EBM kat freezer tu cair.. 



Cepat sembuh ya Ammar Naufal...

5 comments:

  1. wiwittt tahniah liza... baru tau ko da bersalin.. da nk abes pantang pon.. ihihi...
    sian nyer ammar... speedy recovery yaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks yani.. aku pun dah lama tak jenguk 'rumah' ko.. sowiii naa..nanti ade masa leh 'melawat' :)

      Delete
  2. Mogaammarcepat sembuh ye..
    Tak pe liza..ikhtiarkan mana yang baik k. Samada secara sains atau homeopati which ya g ko trusted.bagi u at ni pun kena yakin.

    Lagi satu,normal babybanyak kahak.tapi kena control coz batuk,inflamasi,kahak semua related to jangkitan paru paru.lead to pneumoniaor asthma.aku ni jaga anak sendiri kan..macam pengalaman n info da belajar..lain anak lain..

    Since ammar pun kecik lagi,ikut nasihat terbaik doc k.kalu da besar sket,kahak yang banyak ni,kena amik nebuliser bagi cepat cairkan,n kembangkan paru paru tuk mudah nafas.yup..mmg tak le tido dibuatnya baby.

    Sabar k.aku pantang aaron pun sendiri.da tak kuasa nak pk pantang.aku berlasak je jaga anak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ashra..
      aku pun banyak cari info pasal ubat,dosage,kesuaian dan petua utk home remedy. anak2 aku semua refer paed dulu apa2 hal sebab aku nak konfemkan penyakit apa. cam ammar pun aku bawak nak tau kot die ade sign asthma/pneumonia tu but doktor konfem takde.

      tp tu la baby kalau dok batuk selsema ni kita tengok pun seksa. aku try buat wap tu nampak lega sikit die. boleh tido 2-3 jam.kalau tak, memang 5 minit pun die tak boleh tidur.

      memang cam tak pantang pun ni.. anak tak sihat lagila benda lain tak penting.memang fully concentrate kat baby je ni..hehe.. :)

      ko jaga anak full time lagi macam2 ilmu ada kan? :) memang jadi mak ni proses belajar hal anak2 ni tak pernah berhenti :D

      Delete
  3. Bagus tu liza..
    Kena refer dulu paed kan..aku pun sama.kalu da confirm ok,baru leh try petua petua lain...
    Tamau nanti makin melarat sbb tatau apa penyakit sebenar kan..

    Mudahan da sembuh sepenuh ya ammar ye

    ReplyDelete