Skip to main content

Penantian itu adalah.... sangat boring!

Salam Jumaat..

38minggu (or 37minggu 5hari ikut EDD HUKM)..arrgh tak kesah la kan... beza 2 hari aje pun..

ok, still belum bersalin.. huhu.. ini le tempoh pregnancy paling lama yg pernah dilalui hehe.. ek eleh orang lain siap overdue takde hal pun :).. saya tak pernah melepasi 37 minggu so bila experienced sampai 38 minggu ni mak aiii dasat gak perasaan nye.. sekarang dah merasa semua kesakitan kat badan ni. Jalan pun ala-ala penguin dah.. turun naik tangga macam penyiksaan je sekarang ni..

Rasa nak apply cuti awal aje.. Dalam keadaan tak larat ni pun bos kecik besar macam buat taktau aje.. siap macam berkejar2 nak bagi kerja soh setelkan sebelum bersalin. Jadi stress pulak. Bagi hari ni nak siap esok, nak segera. Grrr geram lak.. Soh baby A kuar awal sikit, die cam takmo dengar lak..

Minggu ni over stress sikit hal kerja.. siap orang2 dirumah terkena tempias jugak la dengan angin puting beliung saya minggu ni.. sorry lah yer.. huhuu..

yeay! hari ni husna dapat uniform tadika :D (eh tetibe lak ;p)

Comments

  1. haha.. rilek2.. akulah org yg suke sgt overdue tu eh.. huhu.. baby nk tunggu 12 rabiulawal kot Liza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaii.. kalau camtu kira full term la..
      tapi sadisnya aku dah tak larat nak bawak perut ni huhuuu...

      respek la ko tiap kali pregnant asek overdue yer..tabah betul.. :)

      Delete
    2. ha ah kan liza... kalo dah lebih dari biasa tu memang amat stress... kalau tetiba keluar masa time tengah bz tu alangkah bestnya.. huhu... say tengok adik ipar saya kalo da overdue tu asyik nak marah orang je keje dia. huhu..

      ha ah la ayu... memng tabah betul.

      Delete
    3. hehe..
      memang la kalau boleh nak bersalin cepat2 sikit. dah malas nak melayan kerenah org2 kat ofis ni.. dengan badan tak kuat mana ni memang jadi stress la kalau org buat perangai pelik2 ni..
      huhuu..

      Delete
  2. hmm.. alhamdulillah lah tiga2 kali tu ok je wlupon overdue.. kaki pon xbengkak sgt.. sbb tu kot dpt bahagian kene overdue.. heheh.. kau taukan liza tips nk cpt bersalin... ML pon bleh mencptkn sbb dpt merangsang bukaan tu. aritu ms aku nk brsalinkan Iman, msk labour kul 6 lebih pastu 8.30am still duk kat 6cm. dr mcm pelik je.. pastu dia kate nk mintk izin bantu skit. bile dia seluk je, xdan dh aku rs nk terkeluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ML tu menatang mende ayu?
      otak aku tgh bengong sekarang ni..hehe..

      Delete
  3. make love kot org putih kate.. heheh... aku ace kat group..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!! yg tu aku taww hihiii..
      aku pun ade terbaca somewhere.. :)

      Delete
  4. Hehe....sabar menanti ye.mgkn sbb husna aliff da awal,expectation ko pun awal kot...
    Aku dulu aleesya 40minggu....so anak2 mmg expect lmbt dlm perkiraan.hehe.

    Papepun,mudahan selamat dan sihat k.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cant…

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …