Skip to main content

30th Birthday, 6th Wedding Anniversary and....

Assalamualaikum...
woot woot... lama sudah blog ni sunyi sepi... alahai.. salahkan FB.. dulu2 tak rajin buka FB so rajin membelog.. sekarang malas sudah membelog... akan kugagahkan jua huhu...

source : google
Banyak benda berlaku kebelakangan ni... Saya dah dengan rasminya memegang nombor baru untuk umur saya iaitu 3 haha.. sudah 30 daaa pada 5 Jun lepas... pun ulangtahun perkahwinan yang ke 6 pada 3 Jun lepas... Dua-dua hari penting ni berlalu begitu aje tanpa ada apa2 sambutan huhu... sedih sedih... 

Mana tak nye, saya sendiri pun tak hengat disebabkan melayan mabuk kepayang yang agak teruk... Kiranya hadiah yang Allah beri untuk kedua-dua hari ni adalah my 3rd pregnancy... oh minggu ni baru je 9 minggu huhu... lama lagi daaa..... tapi morning sickness saya dah mula sebelum detect pregnant lagi... cepat betul hormonal changes ni.... Sehingga hari ni saya dah ambil cuti 10 hari sebab tak larat nak ke pejabat.. dan memang kena ambil pil tahan muntah setiap 5-6jam. Doktor beri pil Dimenhydrinate 50mg.  Sebelum2 ni punya pregnancy selalu saya dapat Metoclopramide atau Domperidone.. Dua-dua ni kurang berkesan untuk saya. Tapi Dimenhydrinate ni ok la cuma saya tak boleh biar perut kosong lama, kalau tak, makan ubat pun tendang balik... 

9weeks : pic from babycentre.com
Kalau cerita hal morning sickness, compare masa Husna paling teruk. Sickness berlarutan sampai bulan ke-5. Masuk wad masa bulan ke-3 kena drip 5 botol. Tiga bulan pertama turun 5kg. Memang tak boleh makan/minum walau setitik.. Tapi masa tu memang rasa gagah jugak la sebab masih muda kott... tapi hari-hari ambil half day leave sampai MD pun komplen hehe...

Masa Aliff alhamdulillah tak lama.. Sickness teruk 2 minggu.. hari-hari lain very mild. Masa tu mungkin Allah mudahkan saya sebab baruuu aje tukar tempat kerja. So takkan awal2 kerja dah berderet ambil cuti kan :).. Cuma dugaannya bila masa 36weeks doktor detect saya ada diabetes. Kene tahan wad and ambil insulin.. Itu ler.. bila takde alahan, makan tak jaga pula... 

Kali ni memang saya berdoa Allah mudahkan.. maklumlah pertengahan bulan 12 nanti saya akan dengan rasmi tamat kontrak kerja di JKR. Taknak tinggalkan JKR dengan rekod haru biru. Ni pun dah rasa bersalah banyak kerja tertangguh sebab saya cuti. Tapi mungkin sebab den pun dah tuo, badan pun tak kuat sangat. Mudah letih. Apapun saya sangat bersyukur sebab En.somi bantu semuanya... Sejak sickness menyerang, satu hape benda pun saya tak buat kat rumah, serius takde kederat. Semoga en.suami tetap sabar dan sabar...insyaAllah 2nd trimester life akan kembali seperti biasa..amiinn...

Comments

  1. patut la tgk muke ko pucat lesi je semalam... anyway congratss ye.. n take care beb...

    ReplyDelete
  2. aku dah agak.. org jarang update blog mesti dalam perut ada isi.. tahniah and take care!!

    ReplyDelete
  3. yani: tenkiu..gagahkan jugak ke ofis..kerja menunggu :)

    reza: ye ke camtu? ;)..neway thanks :)

    ReplyDelete
  4. Wow!!!! Congrats Liza....excitednye ;)

    ReplyDelete
  5. ninie : tenkiu :)

    ija: hehe..aku ade 2 anak CFS la nanti :).. btw, tq :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah liza..bestnyer..hehe

    ReplyDelete
  7. Congrats liza...
    Bestnya...nak masuk 3.hehe

    Aku tiga tapi dua :)

    Take care k

    ReplyDelete
  8. Eh lupa laks..hepi besday..moga panjang umur murah rezki bahagia selalu... ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …