Skip to main content

Seronok Main Air di Taman KLCC

Tempat ini memang memberi kesan lama kepada anak-anak saya Husna & Aliff.  Memang selalu sangat minta pergi ke sini lagi..

Kali pertama pergi 28 Januari 2012, kebetulan adik saya, Ayu ajak dinner malam sebelum tu di Bukit Ampang dan bermalam di bilik dia di The Zon.  Me and my sis jogging 2 round taman tu. My sis boleh aje teruskan but saya ler yang dah lemau. So join kanak-kanak riang ni kat playground. Pagi-pagi tu pekerja taman tengah busy mencuci kolam tu. Turun awal sebab tak sure pukul berapa bukak kolam tu untuk public.  Tengok kat dia punya signage, lerrr pukul 10 baru buka.. Tunggu lagii...

Ayah dah boring tunggu.. :)

Comot nye ummi..


Aiyooo baru 9.49 pagi... lamanyeee...

Wokkehhhh... lagi dua tiga minit nak pukul 10, dah siap-siap tukar baju Aliff & Husna.  Pukul 10 tepat terus menerpa masuk kolam... Tak sempat pak guard nak bagi kebenaran haha!! Seronok ya amat kanak-kanak riang ni.. 

Tengok aje lah gelagat diaorang ni... macam-macam gaya ada..








wah.. wah... Aliff siap ada peminat pulak tu.. nak main + mandi bersama...


awek pertama...
awek kedua.. hehe..

Ayah dengan setia jadi lifeguard kat kolam tu.  Ibu bapa or penjaga tak dibenarkan berpakaian mandi kat situ.  Sekadar boleh mundar mandir kawal anak masing-masing. Tak dibenarkan join kanak-kanak kat situ.. But ada juga seorang mak ni siap duduk berendam dalam tu dengan baju mandi nya.. kena priiittt priiiitt (tiup wisel) lah dengan pak guard di situ suruh keluar... Haihh... kurang sensitif dengan keadaan sekeliling... patutnya tengok aje pun dah tau tak boleh buat camtu...

Ayah jadi lifeguard :)

Makin ramai orang bawa anak-anak mandi.. meriah!!

Sampai ke hari ni.. ada lah 3 kali kot bawak Husna & Aliff mandi manda kat situ..
Sudahnya sampai ke hari ini banyak kali diaorang tanya bila nak pergi kolam lagi... Sementara Ayu masih stay di The Zon, haruslah saya bawa lagi ke kolam ni... Kalau nak gerak pagi-pagi dari Sunway ke KLCC memang entah bila la nak sampai nya...

Waktu petang lagi ramai orang.. but cuaca agak panas lah kan..




Tak puas mandi di taman, sambung pulak mandi di kolam renang The Zon..


Khas untuk kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.
Dibuka setiap Selasa - Ahad (Isnin tutup) dari pukul 10 pagi hingga 7.30 malam
But if Isnin tu cuti umum, kolam akan dibuka and Selasa akan tutup pula..

Pakai pakaian bersesuaian, but saya tengok ada yg bogelkan aje anak dia.. sungguh la takde perasaan malu haihh...

Since Aliff & Husna sangat suka dengan air, saya rasa should hantar diaorang belajar swimming... 
kat mana ye yang sesuai??

Comments

  1. tak pernah bawa lagi budak2 ni mandi manda kat situ walhal dari rumah ayu sungguh la dekat..hehe..

    ReplyDelete
  2. @ayu : kalau dekat mmg tak pergi punya. rumah sy dekat dgn sunway lagoon tapi tak pernah bawak budak2 ni gak =D

    ReplyDelete
  3. ari tu penah bwk amsyar gi pusat akuatik shah alam..byr 2.50 tp amsyar xkena la..adult pun can swim there..kt entrance ctu ada la 2,3 kaunter info & pendaftaran kelas swimming...not bad la..ce try

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …