Skip to main content

Beriadah di Taman Metropolitan, Kepong

Dah lama berhajat nak pergi ke Taman Metropolitan Kepong a.k.a Taman Layang-layang ni. Semenjak Yani ada tulis entri tentang taman ni, memang terniat di hati nak pergi. 

Kebetulan bila tiba-tiba Husna kata nak main layang-layang, terdetik hati untuk ke sini. Tapi kami pergi pagi sebab tak nak terlalu sesak.  Kalau petang memang parking pun tak ada malah orang ramai siap parking di tepi-tepi jalan..

Disebabkan belum ada layang-layang, malam sebelumnya en.suami dengan gigihnya buatkan satu layang-layang untuk Husna. Punyalah lama sampai dekat 3 jam baru siap. Habis terkorban sekeping kertas minyak saya untuk bakar kek hehe..

dengan gigih!!
Perjalanan dari Sunway memakan masa hampir 1 jam juga.  Tiba di sana pun agak lewat, pukul 9 lebih. Tengok kiri kanan, tak ada siapa pun yang main layang-layang. Cuma ramai yang beriadah dan bersenam di sini. 

So breakfast dulu..



Ada peralatan bersenam. Menarik!!

Ada yang main badminton

Berbasikal pun ada.. sila abaikan yang 'dating' tu :)

Ok! dah tiba masa untuk test layang-layang ayah


Mahu juga terbang ya.. tapi sekejap & rendah aja..pastu jatuh..


Giliran Husna pulak




Aliff dengan amoi mana ntah

Nampak satu orang sudah bukak bisnes jual layang-layang






Berjaya beli jugak

Brader yang jual layang-layang ni kata petang-petang baru ada angin nak main layang-layang. Kalau masa yang kami datang tu memang kena berlari sana sini lah...

Sejak hari itu, sudah dua kali kami pergi ke Taman Metropolitan ni. Tapi masih tak dapat nak main layang-layang sebab pergi pagi. Kali kedua pergi dapat joging sepanjang trek yang disediakan ditemani si Husna. Jadinya sekejap joging sekejap jalan, sebab Husna kepenatan.. itulah nak ikut sangat... 

Menarik untuk pergi lagi tapi agak jauh juga.. berhajat nak pergi petang pula untuk sesi main layang-layang..

Comments

  1. hehe.baru dapat jengah blog ko ni..
    tgk aliff da besar da rasanya..berlari2 kat padang permainan,seronok laks die..

    dulu2 duk tgk die meroti dgn husna kat umah.. =p

    ReplyDelete
  2. ashra :
    hehe.. memang kurang rajin dah nak update blog... ko pun dah ada sepasang.. sebijik betul muka adik kakak =D

    ReplyDelete
  3. liza..rindu la dgn coretan liza...

    best juga kat main layang2 kat situ..tak sempat pergi lagi..harus gak pergi ni..^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …