Skip to main content

Aidiladha 2001

Assalamualaikum... selamat hari raya aidiladha semua...

Tahun ini buat julung kalinya kami menyambut Aidiladha di Kelantan. Ya, sejak 5 tahun kahwin, belum sekali pun balik Kelantan untuk Aidiladha. Sebab musababnya termasuk banjir, jalan runtuh, cuti habis, dan akhir sekali mertua menunaikan haji. Tahun ini, sama juga.. cuti saya habis, jadinya cuti tanpa gaji la. Mujur saja 1 hari :)

Perjalanan seperti dijangka, jam teruk. Tapi lebih teruk dari balik raya puasa sebelum ini. Raya puasa 12jam perjalanan, kali ni 15jam perjalanan.  Husna & Aliff tak begitu meragam dalam kereta, bersyukur sangat.  Kali ni saya tak drive langsung, pergi atau balik. Dok saja kat belakang, crochet! haha!!..

 :: Husna nak memanjat tingkap @rumah mok cik ::

 :: Tertidur on the way ke Kg Jintan, Pasir Mas ::

 :: Anak saya jakun tengok angsa/ayam hehe.. ::

:: Ami Tok Cik..::

Ahad dan Isnin kerjanya makan daging korban kat rumah orang (okay 2 rumah aje pun :)).  Semuanya lauk daging. Kalau dihidang 10 jenis lauk, 10 tu lah lauk daging : masak singgang, gulai, black pepper, sup, kunyit dan macam-macam lagilah.. Hebat!! =D

Balik semula ke KL hari Selasa pukul 4pagi (walaupun plan asal 3pagi). Perjalanan ke KL Alhamdulillah, 8jam aje. Tapi kat Lipis, entah kenapa aircond tak sejuk pulak. Berhenti beberapa kali untuk check tapi takat check aje pun, bukan pandai repair pun hehe. Dan perjalanan ke KL seterusnya kena bukak tingkap hehe.. Sampai KL lepas rehat-rehat kejap, hantar kereta ke pusat servis untuk check. Dah siap repair pun :)

p/s:: Saya selalu dengar orang kata raya haji di Kelantan meriah berbanding raya puasa. Kenapa saya tak merasai kemeriahannya tu ya?? Dimanakah kemeriahannya tu? kot org kelantan boleh explain sikit...

Comments

  1. bukan org kelantan, maka tak leh le komen mengenai kemeriahan itu..btw, teruk gak jem balik hari tu ye

    ReplyDelete
  2. sana meriahkan sambutan aidiladha..
    =)

    nasib baik husna dan aliff jenis tak meragam kan naik kereta jejauh2.ada setengah budak,cranky sket.aleesya pun takat 3 jam leh tahan lah...belum pernah lebih dari tu.

    ReplyDelete
  3. ayu: memang kalau festive season confirm jam.. expected tapi 15jam tu lamee sangat =D

    ashra : actually diorg jenis kuat meragam gak, especially aliff sbb rimas dok carseat berjam2. tapi sebab ada entertainment boleh la.. tu yang bersyukur sgt sebab diorg tak meragam.macam miracle jugak la =D

    ReplyDelete
  4. dlu memang meriah.. mcm raya puasa tp skrg bg sy dah xmeriah lgsg..

    ReplyDelete
  5. nurul:
    o ye ke?? sayangnye.. nak jugak rasa kemeriahan tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …