Friday, 25 November 2011

Work In Progress (WIP) & MadeByLiza



Salam Jumaat...
Nak tunjuk saya punya WIP yang baru.. errr actually tak la baru sangat, cuma saya saja yang tak siap-siap lagi benda ni.. Apa dia?? Tungguuuuu.....

Hari ini saya create satu blog lagi tentang hasil kerja saya berkaitan seni yarn atau buat masa ni lebih spesifik kepada seni crochet (kait jarum satu).  Blog baru ni saya namakan "madebyliza". what do you think? ok ke?  Tapi mungkin saya hanya akan letak gambar finished products. Gambar2 progress kerja (WIP) saya post kat personal blog ni la kot. Saya pun sedang explore another side of yarn arts iaitu knitting :).   (Sama macam blog kek/cupcakes yang saya buat iaitu "berryliciouscakes").

Saya masih lagi sedang kemaskan setting layout dah isi blog. Buat masa ni masih nampak serabut :).

O ya, saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua umat Islam.. Salam Maal Hijrah =D

Thursday, 10 November 2011

Aidiladha 2001



Assalamualaikum... selamat hari raya aidiladha semua...

Tahun ini buat julung kalinya kami menyambut Aidiladha di Kelantan. Ya, sejak 5 tahun kahwin, belum sekali pun balik Kelantan untuk Aidiladha. Sebab musababnya termasuk banjir, jalan runtuh, cuti habis, dan akhir sekali mertua menunaikan haji. Tahun ini, sama juga.. cuti saya habis, jadinya cuti tanpa gaji la. Mujur saja 1 hari :)

Perjalanan seperti dijangka, jam teruk. Tapi lebih teruk dari balik raya puasa sebelum ini. Raya puasa 12jam perjalanan, kali ni 15jam perjalanan.  Husna & Aliff tak begitu meragam dalam kereta, bersyukur sangat.  Kali ni saya tak drive langsung, pergi atau balik. Dok saja kat belakang, crochet! haha!!..

 :: Husna nak memanjat tingkap @rumah mok cik ::

 :: Tertidur on the way ke Kg Jintan, Pasir Mas ::

 :: Anak saya jakun tengok angsa/ayam hehe.. ::

:: Ami Tok Cik..::

Ahad dan Isnin kerjanya makan daging korban kat rumah orang (okay 2 rumah aje pun :)).  Semuanya lauk daging. Kalau dihidang 10 jenis lauk, 10 tu lah lauk daging : masak singgang, gulai, black pepper, sup, kunyit dan macam-macam lagilah.. Hebat!! =D

Balik semula ke KL hari Selasa pukul 4pagi (walaupun plan asal 3pagi). Perjalanan ke KL Alhamdulillah, 8jam aje. Tapi kat Lipis, entah kenapa aircond tak sejuk pulak. Berhenti beberapa kali untuk check tapi takat check aje pun, bukan pandai repair pun hehe. Dan perjalanan ke KL seterusnya kena bukak tingkap hehe.. Sampai KL lepas rehat-rehat kejap, hantar kereta ke pusat servis untuk check. Dah siap repair pun :)

p/s:: Saya selalu dengar orang kata raya haji di Kelantan meriah berbanding raya puasa. Kenapa saya tak merasai kemeriahannya tu ya?? Dimanakah kemeriahannya tu? kot org kelantan boleh explain sikit...