Skip to main content

I am hooked!!

Assalamualaikum!!
Ya, saya nak umumkan saya dah jumpa hobi baru = Crochet!!

Alkisahnya, saya pun tak ingat dah macam mane boleh terminat nak belajar crochet. Asalnya saya nak belajar jahit2 aje.. tapi memandangkan bajet untuk membeli mesin jahit belum ada, saya fikir nak belajar mengait. Niat asal nak belajar kait jarum 2 (knitting) dan niat nak buat bunga kait banyak-banyak buat hiasan kat kepala Husna tu. Bila survey nak buat bunga tu banyak yang guna crochet. So tukar pula la nak belajar crochet (kait jarum 1).

Jadinya pada 23 September lepas, dengan semangat membaranya, saya ke Daiso Pyramid cari hook dan benang. Saya tak tahu pula benda2 ni boleh beli kat kedai jahit hehe.. Lagipun kat Sunway ni saya belum jumpa lagi kedai alat jahitan.

Kat Daiso cuma ada hook buluh. So saya beli 2 yarn dan 1 hook. Cakap dalam hati, kalau tak berjaya belajar benda ni, kira cancel lah.. Beli buku Crochet (dlm BM) kat MPH Pyramid tu (cari buku2 English takda stok pulak). Balik rumah dok mengkaji stitch nya. Belek2 buku, haih tak faham caranya. Camne ni?? Terus on laptop, google video basic stitches.

:: chain ::


:: main belasah aje single crochet (sc), double crochet (dc) & triple crochet (tc) ::

Sudahnya belajar ikut Youtube aje.. Lepas try ikut Youtube, baru faham arahan dalam buku tu.
Lepas berjaya buat basic stitches, saya terus tengok pattern bunga dalam buku tu. Hehe..langsung tak cuba pattern2 lain, berlagak sungguh =D. Mula2 tak jadi, bukak balik, tengok diagram pattern tu baru faham. Akhirnya jadila bunganya. Gembira ya amat.. Malam tu dok la menerai buat bunga aje... hehe..

:: 1st bunga ::

Lepas berjaya buat tu, bersemangat saya mencari pattern2 crochet.. sekarang dah beberapa benda saya buat. memang addicted dah... lunch hour pun tak keluar makan hehe.. Projek pasni nak buat market bag =D

Comments

  1. ayu:
    hehe betul betul.. hobi baru :)

    ashra:
    baru tau ke'best'an nye juga :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …