Skip to main content

Semua orang dalam rumah saya sakit mata hoho...

Ya, seperti tajuk di atas.. semua orang dalam rumah saya (bukan rumah mak saya ye..) sakit mata.. last sekali kelmarin mata Husna dah merah.

Al-kisahnya, sakit mata mula dari Aliff.. ade sekali tu saya tulis pasal Aliff demam (Khamis 30/6) sekembalinya kami dari Kelantan.. esoknya (Jumaat 1/7)) selepas kami bawa Aliff ke klinik tu, mata Aliff banyak tahi mata..melekat tak leh nak bukak mata die.. mula2 ingatkan sebab cuaca panas ke, so biar je dulu.. Balik kerja tengok makin merah pulak mata Aliff, so Sabtu (2/7) pagi2 kami terus ke klinik. memang la sakit mata... Berjangkit dari Atok & Makngah kat kampung Kelantan aritu... ingatkan takde sape yang berjangkit sebab dekat seminggu baru Aliff kene.. so saya buat assumption, Aliff demam sebab nak kene sakit mata..

:: lepas kali pertama ke klinik.. mata Aliff dah kecik sebelah..::

Isnin (4/7) sampai Khamis (7/7) saya outstation di Tampoi & Ulu Tiram, JB. Husband call cakap dia pulak berjangkit sakit mata. Dan Aliff pulak dari sebelah mata dah jadi 2 belah pulak.. haih pening lalat saya dibuatnya.. Balik dr JB memang mata husband dah merah sangat dah.. dan memandangkan Aliff takde rupa cam nak surut sangat, kami bawa balik ke klinik Sabtu pagi tu (9/7).
:: kali kedua pergi klinik.. Aliff dah tak leh nak bukak mata sangat ::

Sabtu tu majlis tunang saudara, tak hadirla kami.. Ahad kenduri syaaban kat kampung saya, wajib la balik.. dan sepanjang masa la husband berkacamata hitam =D.. last2 ade org komplen kat saya nape husband pakai sunglasses masa baca paper.. hehe tergelak jap...baru ku tau ade soksek kat belakang rupenye.. kalau tak pakai karang semua org takut tengok mata die..

:: dah jangkit 2belah mata dah tambah pulak asek berhingus and mata berair ::

:: husband kesana kesini dengan kacamata hitam =D ::

Dan..kesian sangat kat Aliff.. boleh tak bayangkan die main bola sambil mata tertutup? pastu siap duduk depan TV ade rancangan TomTomBak, sama2 sorak lagi tapi matanya tertutup?.. adoi adoi.. kesiannyee..

Sekarang, husband dah kene 2belah mata, Aliff pun 2belah..

Dan kelmarin tengah hari, Husna mengadu mata die dah merah sebelah.. adoi.. tepuk dahi lagi...

Sekarang tinggal ummy aje lom kene.. pening wooo... 3 org sakit mata sudaaa... tak lama la ni...

Comments

  1. aku dh 3 hari cuti sbb fahry sakit mata..xkan nk hntr kat umah pengasuh kan. kang kene budak lain gak

    akupon dpt rasekan giliran aku jgk nie,...dh strt pedih2 cm kene tiu ngan angin

    ReplyDelete
  2. alamak..siannye...

    muge2 sume2 cpt la semboh...

    ReplyDelete
  3. nozie: aku pun ade feeling sama gak la... tinggal aku sorang aje pun. silap2 org2 kat rumah mak aku pun jangkit skali..

    ReplyDelete
  4. akish: thanks.. harap semua cepat2 baik.. rasa cam lama sangat dah

    ReplyDelete
  5. alahai..
    siannya..berjangkit2 plak ye.dugaan tu liza.

    mudahan2 semuanya cepat sembuh.mudahan ko tak berjangkit.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …