Skip to main content

April's Birthdays..

Cerita ni dah peram lama. Kes malas nak edit gambar hehe..

Birthday makcik saya (adik mak) yg ke-46 pd 1/4 aritu daa.. keluarga kami memang suka celebrate birthday. Dalam setahun mesti tiap2 bulan ade buat kecuali bulan 3 & 11 sebab takde ahli keluarga yg lahir dlm bulan tu. Oo another family member yg sambut birthday bulan April ialah my cousin Fathin, tomorrow daa.. 14/4.. Happy birthday dear =D. Also Jeehan, my another cousin pada 24/4..

Bila buat birthday, kira peluang untuk semua ahli keluarga berkumpul sama2.. dulu2 standard la takat potong kek, makan2.. huha huhaa.. Few years back, ayah saya buat syarat, kene ada pengisian dalam majlis, bukan setakat makan aje..kalau makan aje, die takmo pegi hehe.. so pastu2 pengisiannya kami buat baca yasin/tahlil, kalau sempat, buat solat berjemaah gak..

Saya suka bila keluarga berkumpul ramai2 camni.. best!!





Kek ni saya buat. Kek vanilla buttercake dengan chocolate mousse layer. Try resipi baru. Family saya suka kek coklat je so kalau nak CSI kek pelik2 kompem tak laku hehe.. Sebab last minute, deco pun simple aje.. fresh roses tu pun beli masa on the way nak gi rumah makcik hehe.. cucuk pun dekat parking area rumah die =D..

Ade kes masa buat kek makcik saya ni.. mula buat agak lambat la sebab kami keluar siang tu.. so dekat kol 11 baru start buat.. bila siap bakar, kek tu tak jadi..bantat..so kene buat balik.. masa start bakar balik tu pun dah kol 2.00pagi. husband saya dengan setianya teman saya berjaga sebab kalau tak mesti hangus jadinye..(dah beberapa kali terrjadi). Tapi saya mmg ngantuk gile, mintak husband jaga and kejutkan bile timer bunyi hehe.. sudahnya dekat pukul 4.30 baru boleh tidur..

husband memang selalu jadi 'timer' saya.. berkorban tak tidur supaya kek istri tak hangus.. sangat appreciate okehh..tenkiuuu bebeh..

:: okeh.. baru leh potong kek =DD::

:: roses are red! ::

Okay next family gathering adalah this Saturday di Kajang.. sangat tak sabar sebab nak CSI brownies =D

Comments

  1. meriahnye april..hehe.syiok kan kalu kumpul ramai2 gtu.

    cantiklah kek ko.aku kek birthday gni blum pernah try wat.ala2 berat la plak nak try..skil pun takder.tp,one day mmg aku nak jadi terror cam ko.

    aritu aku try wat bun kacang cam ko.tgn aku ni kurang senilah..tak cantik.huhu.tgk ko,da macam roti kat kedai.hehe..tu yang tak masuk blog tu.aku kena try smpi cantik baru masuk blog.keke

    ReplyDelete
  2. ashra: aku pun amek masa nak jadi mahir. start pun dari tak tau mende.. tapi part jahit mmg aku surrender.. tak ade bakat langsung hehe..

    roti tu selalu gak aku buat tak jadi.. yg tak cantek pun aku tak letak dlm blog. pilih yg jadi dan cantik aje =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …