Skip to main content

Stressful weekend!!

Weekend ni mencabar minda sikit pasal dua2 hero dalam rumah ni demam. Demam masing2 dekat 40degree.. haihh.. dugaan tol.. nasib Husna tak demam sekali.. Husband demam dah masuk 2 hari, pun tak kebah2 lagi ni. Langsung arr tido aje la...rehat..

Hmm.. maybe tak cukup rehat pun.. hari2 kerja balik 10-11mlm.. sabtu ahad pun selalu gi keje gak dari pagi sampai ke malam.. saya saman AESB ni kangg!! =p

Aliff pagi ni saya (sorang2 drive gi Kota Dmnsr) bawak gi klinik balik sebab Dr. dah pesan aritu soh bawak balik kalau demam datang semula. Sikit punya awal la pergidalam 8lebih sebab ingat klinik bukak kol 9am.. Sampai2 tengok, rupenye hari Ahad bukak kol 10 daa.. dahtu gi la McD KD tu nak breakfast la kununnya.. sekali tengok..mak aiii ramainye manusia..

setiap kaunter ade dalam 30 org berbaris.. hehhh org2 KD ni mmg dasattt... so pegi masuk kereta balik, beratur utk drive thru aje daa.. nak makan kat situ tak dapek la kot..dahle kami berdua aje, mane nak dokong aliff, dengan takde org boleh reservekan meja lagi..huhu.. sudahnya beli, parking depan klinik, makan dlm kereta aje daa..

so kami org pertama harini jumpa doktor =D.. and dpt la antibiotik arini.. Dr. pesan gak kalau demam jugak lepas 3 hari, kene datang balik gak sebab mungkin ada penyakit lain.. oh no no... harap demam saje laa...

Sekian. takde gambar..

Comments

  1. tingginya suhu...doktor xbg ubat bontot ke?cepat ckit hilang panasnya...

    ReplyDelete
  2. Dr ada bagi utk standby la. memang terus bagi ubat montot. alhamdulillah harini nampaknya dua2 hero pun dah ok =D

    ReplyDelete
  3. lega dgr arini da ok semuanya..
    demam ni mmg kita pun penat kan..ye la..nak tak nak kita lah isteri dan ibu kena gagahkan diri..sakit ening kita pun terpaksa tolak tepi jap..

    ReplyDelete
  4. semoga sihat sumanya liza..hero2 demam..ko la jadi hero gantian..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cant…

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …