Monday 3 January 2011

~Jamuan Akhir Tahun Level 10~

salam....

Selamat tahun baru!!.. oh ok.. sudah 2011 sudah.. aiseyman.. bertambah setahun umur ku huhu..

harini pun bermula episod baru untuk anak2 dan mak bapak yang anaknye baru masuk sekolah.. dan bermula balik lah episod sangkut dalam traffic jam selepas sekian lama memandu dengan nyamannye hehe..

dan hari ni pun bermula episod baru kat unit baru. sekarang saya dok unit jambatan lak.. sebelum ni dok handle part management aje..ni baru nak masuk part teknikal.. tapi selepas buat 2 analisis soal selidik baru2 ni, ade rase nervous gak nak dok sini.. urghhh..

ok, ni cerita dah outdated.. jamuan akhir tahun cum farewell untuk kami2 yang akan tukar unit pada 28 Disember lepas. Kitorang buat style pot luck.

Unit saya gabung dengan UPPJ Utara bawak main dish & kuih muih.. kami decide untuk main dish makan nasi putih then masing2 bawak lauk sorang sikit. so saya bawak ayam sweet sour, sayur brokoli+cauliflower dan 50pcs cupcakes. lauk memang banyak jenis dari ikan pari asam pedas, rendang ayam, ayam goreng berempah, daging itam, ikan rebus goreng, gulai ayam, ayam sweet sour, sambal belacan, tomyam campur & sardin.

Lain-lain menu ade roti jala, dadih, koktel, buah2an, chiffon pandan, puding jagung, apam dll.. err tak dapat nak ingat semua pun.. lastly air ribena & laici sponsored by unit ukur bahan.

BTW, tukar unit ni bukan kami suka sangat pun.. tapi dah top management nak wat camtu nak wat camne kan.. tapi takpe, deal dengan macam2 jenis bos ni jadi tambah pengalaman lebih la kan..

thanks untuk semua ahli2 unit KPI..minta maaf untuk sebarang silap dan salah. nak makan free, sila la ajak kami yerr =D







3 comments: