Thursday 29 December 2011

MInggu terakhir 2011

Assalamualaikum...
Lama sangat saya tak jengah blog.
Minggu ni last untuk 2011. Dan last saya berada di unit jambatan ni.. Next week saya akan bertukar ke unit selatan.

Tahun ni belajar part jambatan. Next year insyaAllah part jalan pulak. Syukur kepada Allah, walaupun dengan taraf kontrak ni banyak yang saya miss tapi sebaliknya saya untung juga. Untung dengan ilmu2 baru.. Sayang jugak nak keluar dari unit jambatan ni sebab terlalu banyak yang boleh dipelajari dan masih banyak yang belum saya tahu. But since kontrak hanya sambung sehingga end of next year and no more lagi, saya perlu grab peluang untuk belajar yang lain pulak...

:: pandangan dr atas pier cross head Bridge 2, Nusajaya ::

Ughh, still ada kerja pending perlu disiapkan esok jugak and nota serah tugas!! aiyaa!!

Friday 25 November 2011

Work In Progress (WIP) & MadeByLiza

Salam Jumaat...
Nak tunjuk saya punya WIP yang baru.. errr actually tak la baru sangat, cuma saya saja yang tak siap-siap lagi benda ni.. Apa dia?? Tungguuuuu.....

Hari ini saya create satu blog lagi tentang hasil kerja saya berkaitan seni yarn atau buat masa ni lebih spesifik kepada seni crochet (kait jarum satu).  Blog baru ni saya namakan "madebyliza". what do you think? ok ke?  Tapi mungkin saya hanya akan letak gambar finished products. Gambar2 progress kerja (WIP) saya post kat personal blog ni la kot. Saya pun sedang explore another side of yarn arts iaitu knitting :).   (Sama macam blog kek/cupcakes yang saya buat iaitu "berryliciouscakes").

Saya masih lagi sedang kemaskan setting layout dah isi blog. Buat masa ni masih nampak serabut :).

O ya, saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua umat Islam.. Salam Maal Hijrah =D

Thursday 10 November 2011

Aidiladha 2001

Assalamualaikum... selamat hari raya aidiladha semua...

Tahun ini buat julung kalinya kami menyambut Aidiladha di Kelantan. Ya, sejak 5 tahun kahwin, belum sekali pun balik Kelantan untuk Aidiladha. Sebab musababnya termasuk banjir, jalan runtuh, cuti habis, dan akhir sekali mertua menunaikan haji. Tahun ini, sama juga.. cuti saya habis, jadinya cuti tanpa gaji la. Mujur saja 1 hari :)

Perjalanan seperti dijangka, jam teruk. Tapi lebih teruk dari balik raya puasa sebelum ini. Raya puasa 12jam perjalanan, kali ni 15jam perjalanan.  Husna & Aliff tak begitu meragam dalam kereta, bersyukur sangat.  Kali ni saya tak drive langsung, pergi atau balik. Dok saja kat belakang, crochet! haha!!..

 :: Husna nak memanjat tingkap @rumah mok cik ::

 :: Tertidur on the way ke Kg Jintan, Pasir Mas ::

 :: Anak saya jakun tengok angsa/ayam hehe.. ::

:: Ami Tok Cik..::

Ahad dan Isnin kerjanya makan daging korban kat rumah orang (okay 2 rumah aje pun :)).  Semuanya lauk daging. Kalau dihidang 10 jenis lauk, 10 tu lah lauk daging : masak singgang, gulai, black pepper, sup, kunyit dan macam-macam lagilah.. Hebat!! =D

Balik semula ke KL hari Selasa pukul 4pagi (walaupun plan asal 3pagi). Perjalanan ke KL Alhamdulillah, 8jam aje. Tapi kat Lipis, entah kenapa aircond tak sejuk pulak. Berhenti beberapa kali untuk check tapi takat check aje pun, bukan pandai repair pun hehe. Dan perjalanan ke KL seterusnya kena bukak tingkap hehe.. Sampai KL lepas rehat-rehat kejap, hantar kereta ke pusat servis untuk check. Dah siap repair pun :)

p/s:: Saya selalu dengar orang kata raya haji di Kelantan meriah berbanding raya puasa. Kenapa saya tak merasai kemeriahannya tu ya?? Dimanakah kemeriahannya tu? kot org kelantan boleh explain sikit...

Friday 28 October 2011

Crochet lagi : Topi pink Nur Farah Hana

Assalamualaikum...

Another topi using the same pattern as previous post.

Disebabkan frust dengan hasil pertama, saya try out pattern yang sama but of course warna yang berbeza. Tapi kali ini, saya minta ukurlilit kepala Hana dulu dari mama nya. Masih lagi try and error ni.. Tapi at least memberi semangat jugak la untuk saya teruskan crochet ni.

Yarn yang saya guna adalah dibeli dari Daiso, Sunway Pyramid. Dan hook pun guna hook buluh pun dibeli dari tempat yang sama. Masa tu hook aluminium habis stok. Belasah aje apa yang ada dulu.. :)



:: Hana with Tok Andak ::

More to come..
Mode: sedang gila crochet :)

Thursday 27 October 2011

1st crochet project : Beanie Cap Hat

Assalamualaikum..
Semalam cuti umum sempena Deepavali.. Hari ini for sure ramai yang malas nak pergi ofis kan kan? =D

Ni cerita 1st project crochet yang saya buat. Saya pilih Stripe Crochet Beanie Cap Hat, pattern dari Teresa (Crochet Geek). Dia ada letak pattern dan video juga. Pada saya video memang amat membantu sebab untuk amatur macam saya, baca pattern memang buat saya confuse sangat..
Tapi sebab saya asyik tak dapat tengok video nye (asek hang aje..), saya belasah2 sendiri tengok pattern.. so mula2 hasilnya macam ni la..


Saya tengok langsung tak nampak rupa hat nye.. so try lagi bukak videonya, rupanya ada kesilapan.. so kene bukak balik semua row sampai yang ada tanda benang hitam tu..

:: bukak sampai camni ::

Ikut balik macam video, baru nampak rupa topi :).. gembira dah ni...


Akhirnya siap seperti pattern :)..

Tapi masih ada kesilapan, sebabnya saya tak check gauge nya dan tak ukur pula lilitan kepala Aliff... haih sayang sungguh...

Topi kecikkk dari kepala Aliff...
Ingat nak ubahsuai balik tapi belum ada mood nya sebab nak mula balik dari zero.. huhuhu...

Thursday 20 October 2011

Aliff Rayyan masuk hospital..

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran. Macam-macam hal berlaku baru2 ni... memang tak dan nak bukak blog.

Saya kurang gemar buat audit jambatan/culvert. Bukan pasal tak minat, tapi boleh kata setiap kali saya balik dari audit tu, mestila Aliff demam. Mungkin la kebetulan je..

Biasa2 demam Aliff tak teruk sangat. dalam 3 hari komfem surut. Tapi balik dari Seremban demam berlarutan pulak. Kena pulak ke Terengganu 1minggu. Mintak excuse, bos kecik tak bagi, takde org replace. Yela, sape la yang nak outstation sampai 1minggu. Komfem takmau. Demam Aliff turun naik, bila panas tu mencecah 40degree. Badan lembik betul, takde selera makan, minum pun taknak. Asyik muntah pulak. 3 hari saya kat Tganu, saya balik dgn flight. Siapkan semua kerja part saya cepat2 dan balik. Tak tenang hati saya mengenangkan Aliff.

2 hari saya jaga Aliff, keadaan masih sama. Demam dah baik tapi masih muntah, taknak makan/minum (mungkin trauma sbb asek muntah). Sabtu saya bawak semula ke hospital. Ambil ORS tapi muntah balik. Masuk air 2jam, still lemah aje, so Dr. tahan wad untuk continue drip tu.

:: kat emergency pediatrik ::

:: Husna tertidur, taknak tinggal rumah nenek, nak tengok Aliff sihat katanya ::

:: kat wad pediatrik, ambil gas cairkan kahak. masa sedut kahak (pukul 1.30 pagi), dengar Aliff menjerit2 "jangan!! taknak!!".. adoi luluh hati dengar ::

:: pagi Ahad, dah mula ceria ::

:: ambil suhu badan.. good boy ::

:: siang Ahad, still ceria. tengah malam pulak muntah semula.. ::

Hari Isnin Aliff keluar wad. Masih muntah jugak tapi Dr. allow keluar sebab takde masalah lain. Lagipun rumah lebih selesa.

Saya dapat MC 2 hari. Bukan sebab jaga anak sakit, tapi saya pulak sakit. Petang Ahad lepas makan malam, badan rasa seram sejuk dah. Minta husband belikan panadol. Tangan pun dah mula menggigil, makan panadol, tidur. Husband tolong jaga Aliff. Bila saya sedar, dah almost pukul 10malam. Husband balik rumah. Tak lama lepas tu, saya muntah. Minum ORS Aliff tu. Few minutes lagi, muntah lagi.. dan lagi dan lagi.. sampai 5 kali muntah malam tu. Dekat pukul 12 malam, call husband minta datang semula ke wad. Aliff pulak berak cair, saya cuba nak bangun tapi susah sangat, macam nak tumbang. Try jugak cucikan punggung Aliff guna wet tissue aje, tak larat nak angkat ke tandas. Belum sempat buang diaper Aliff, tiba2 Aliff muntah pulak, menangis tak henti2.. call nurse tolong. Husband sampai, saya minta dia uruskan Aliff. Saya memang nak pengsan dah, angkat kepala pun tak boleh. Dalam pukul 1.30 pagi, nurse suruh pergi emergency sbb saya memang tak larat sangat. Tak boleh nak jalan, guna wheel chair. 2.30pagi baru dapat jumpa Dr. Sebab musabab, jangkitan virus kat wad pediatrik, mungkin uruskan anak cirit birit, basuh tangan tak cukup bersih.. macam tu la.. Katanya tak boleh nak buat apa, just kene minum banyak air aje. Dapat painkiller, ubat tahan muntah and ORS. But ORS habis pulak, pharmacist tu suruh ganti dengan 100plus. Husband hantar balik rumah mak dekat pukul 3pagi tu, and balik semula ke wad untuk jaga Aliff. So dapatla MC 2 hari.

Syukur Aliff dah baik, and saya juga sihat Alhamdulillah..

Wednesday 19 October 2011

I am hooked!!

Assalamualaikum!!
Ya, saya nak umumkan saya dah jumpa hobi baru = Crochet!!

Alkisahnya, saya pun tak ingat dah macam mane boleh terminat nak belajar crochet. Asalnya saya nak belajar jahit2 aje.. tapi memandangkan bajet untuk membeli mesin jahit belum ada, saya fikir nak belajar mengait. Niat asal nak belajar kait jarum 2 (knitting) dan niat nak buat bunga kait banyak-banyak buat hiasan kat kepala Husna tu. Bila survey nak buat bunga tu banyak yang guna crochet. So tukar pula la nak belajar crochet (kait jarum 1).

Jadinya pada 23 September lepas, dengan semangat membaranya, saya ke Daiso Pyramid cari hook dan benang. Saya tak tahu pula benda2 ni boleh beli kat kedai jahit hehe.. Lagipun kat Sunway ni saya belum jumpa lagi kedai alat jahitan.

Kat Daiso cuma ada hook buluh. So saya beli 2 yarn dan 1 hook. Cakap dalam hati, kalau tak berjaya belajar benda ni, kira cancel lah.. Beli buku Crochet (dlm BM) kat MPH Pyramid tu (cari buku2 English takda stok pulak). Balik rumah dok mengkaji stitch nya. Belek2 buku, haih tak faham caranya. Camne ni?? Terus on laptop, google video basic stitches.

:: chain ::


:: main belasah aje single crochet (sc), double crochet (dc) & triple crochet (tc) ::

Sudahnya belajar ikut Youtube aje.. Lepas try ikut Youtube, baru faham arahan dalam buku tu.
Lepas berjaya buat basic stitches, saya terus tengok pattern bunga dalam buku tu. Hehe..langsung tak cuba pattern2 lain, berlagak sungguh =D. Mula2 tak jadi, bukak balik, tengok diagram pattern tu baru faham. Akhirnya jadila bunganya. Gembira ya amat.. Malam tu dok la menerai buat bunga aje... hehe..

:: 1st bunga ::

Lepas berjaya buat tu, bersemangat saya mencari pattern2 crochet.. sekarang dah beberapa benda saya buat. memang addicted dah... lunch hour pun tak keluar makan hehe.. Projek pasni nak buat market bag =D

Friday 7 October 2011

My Aliff Rayyan

Saya sangat down. Aliff Rayyan demam dah 1 minggu. Klinik kanak-kanak malah hospital pun dah pergi. Aliff saya lemah sahaja... Suhu paling tinggi yang saya check 40.5degree. Suhu terakhir 38.7degree.

3 hari lepas birthday Aliff yang ke-2 tahun tapi.. demam pula..


ALiff, cepat sembuh ok sayang..

Thursday 22 September 2011

Raya Ep2 : Hari Lahir Husna

Salam..
Hari ni baru masuk ofis. Semalam EL, rasa letih sangat. Isnin Selasa saya di Machang, untuk audit penyerahan jambatan Sg. Kweng Hitam. Lepas naik cuti raya tak henti2 dengan audit sana sini. Lepas raya seminggu di Terengganu, next week 3 hari di Seremban pulak. Naik menyampah pun ade, nasib la...

hari ni try layout blogger yg baru ni..

Sambung cerita raya? episod 2 lak...

Kali ni just nak tulis pasal birthday Husna yang ke-4.  Untuk tahun ketiganya birthday Husna jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun ni 26 Ramadhan.  So saya decide nak sambut on 1st raya.  Husband cam tak setuju sebab katanya tak sempat nak buat, almaklumlah kene wat kek cupcakes untuk kakaknye kan.. tapi saya nekad jugak, demi anak saya.. lagipun dah lama janji dengan Husna nak celebrate birthday dia kat kampung. Anak sekecil itu pun tahu erti janji kan.. 

:: Not a purple cake ::

So tengah hari lepas dah kurang busy melayan tetamu yang datang beraya, saya terus start hias kek.  Tak sempat nak buat yang fancy2..ala kadar aje.. simple aje.  Husna komplen takde kaler purple, sebab die nak cake kaler purple.. alahai.. tak sempat le ummy nak buat segala.. apa yang ada aje and yang sempat capai.. asalkan janji celebrate birthday tu tercapai ;D.

 :: Husna with Aliff & cousins ::
 Sepupu2 Husna tak semua ada, takat Alia Maisara. Danish & Zakir. Tu pun mengejar sebelum diorang bertolak balik ke kampung biras. Ipar2 lain beraya kat belah keluarga pasangan masing2.  Husband and adiknya berhempas pulas nak pam belon (guna pam beskal lagi..haha..). Saya mintak siapkan 10 belon jadi laa.. sambil tu saya goreng ayam goreng, fries & nugget buat syarat untuk party hehe..


 Untuk puteri kesayangan saya ni.. Asyrani Husna, ummy & ayah sentiasa mendoakan agar Husna hidup dalam keredhaan & rahmat Allah.. semoga Husna sentiasa dilindungi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.. Ummy dan ayah sentiasa sayangkan Husna sampai bila2.. =D

:: Asyrani Husna ::







Tuesday 13 September 2011

Cerita Raya episod 1 (dah outdated pun =D)

Assalamualaikum....

Selamat hari raya semuaaa..
kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan perbuatan harap dimaafkan ye..

Dah masuk 2 minggu raya baru nak update blog.
Bulan puasa memang kurang bukak blog pun. Lepas raya, ni la baru bukak blog ni. Sorryla.. blog kawan2 pun saya tak dapat jenguk =D.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raya tahun ni 8 hari 8 malam saya di Tanah Merah, Kelantan, kampung suami saya. Alhamdulillah 12 jam perjalanan pergi, 9 jam perjalanan balik ke KL lancar dan tiada masalah.
Barang banyak tak hengat, yang banyaknya barang-barang nak buat dan hias kek.

Cerita pasal kek ni, mula-mula saya stress gak pasal kena buat kek & cupcakes ni sebab asalnya saya ingat kena buat satu set cupcakes untuk hantaran kahwin aje. Tengok-tengok ahad malam, seminggu sebelum raya, kaka ipar confirmkan kene buat kek 2 tingkat, cupcakes 2 set hantaran & tat nanas bentuk buah (utk 2 set hantaran juga). Rupanya ada majlis tunang & kahwin sekali, and semua kene buat 2 set..mak aiiii...

Tepuk dahi jugakla.. sebab rasa macam tak sempat nak buat semua2 tu dalam masa singkat. Ditambah pulak persiapan raya langsung tak mula lagi. Biskut raya pun tak siap lagi huhu...
dann helllooo, cuti raya okayy.. nak berehat2 sambil menziarah saudara mara la kan?? tauke2 kek lain semua pun cuti maaa.. hehe..

So minggu yg stress tu, 3 hari (isnin - rabu) spend untuk cari & beli barang kek (maklumlah nak dekat raya byk dah takde stok), isnin pas kerja pergi PKNS shah alam cari baju anak (baju mak ayah takde tahun ni..), 2 malam (selasa & rabu) spend buat tat nanas & warnakan. Balik kerja jumaat baru start packing barang/baju, and gerak pukul 2.30 pagi tu. Serius rasa cam kerja gila la.. saya lebih suka plan tersusun kalau nak berjalan jauh2/lama ni.. tak suka kelam kabut macam ni.. Mintak husband tunda satu hari utk siapkan semua dengan tenang, tapi memang tak dapat laaaa kannnn... walaupun bini kelam kabut tak cukup tangan & masa, takde makna la nak kompromi pun...dah namanya balik kampung diee.. huhuu..

Biskut raya terus stop production. so tahun ni sempat buat 2 jenis aje yg banyak, choc chip & snow almond. (biasa2 buat 6-7 jenis ). mazola & makmur buat sebalang aje utk mak. Untuk mak mertua takde, pasal tak sempat nak buat hehe...

Ahad pagi-pagi, saya dan husband ke pekan Tanah Merah, pergi pasar borong untuk beli barang2 keperluan juadah raya, dan stok2 barang dapur yang perlu. Dan husband akhirnya decide untuk cat dinding rumah yang penuh dengan 'hasil kreatif' anak saudaranya Alia Maisara =D. So bekerja keras la husband dan adiknya untuk cat ruang tamu selama 2 hari berturut2 =D.

:: gigih gigih.. ::

Tahun ni menu raya adalah... nasi ayam orang KL hehe.. aparaaa, kita balik kelantan nak rasa masakan diorg dok, tapi kita lak kene jadi chef. Malam raya tu buat semua sorang2, rebus ayam 4 ekor tu, masak sup, potong segala tomato. salad timun, perap ayam, buat sambal cili..
Teringat2 kalau raya kat K.selangor malam raya ramai2 gotong royong buat itu ini sampai kol 4-5 pagi baru tidur untuk siapkan juadah raya.. terkilan gak bila tengok masing masuk tidur aje..terkontang kanting ku didapur huhu.. sadis sadis..ni raye ke tak raye wehh!!

Subuh raya mak mertua tolong sekali ngan my husband masak nasi and potong ayam yang dah goreng. Baru ade semangatt!! =D.. Baru le rayee =D

Okla.. layan gambar2 masa raya.. tak banyak snap gambar.. ramai saudara mara yang berkunjung..


:: sempat beli baju anak2 je.. tu pun capai mana yang sesuai aje.. ummy pakai baju raya 3 tahun lepas, ayah pakai baju nikah hahaha!! ::

:: haaaa..kan dah comel dinding kat belakang tuu =D ::

:: my kids dengan 3 cousins, Danish, Zakir & Alia ::

bersambung... (pada bila2 masa rajin hehe...)

Wednesday 3 August 2011

Dugaan baru..

Hal mata..

Alhamdulillah.. keadaan mata semakin baik. Saya pun dah mula masuk kerja hari ni. Walaupun belum 100% sembuh tapi doktor kata ok untuk pergi kerja.. (dah tak dapat MC kene la kerja dok? =D). Kesan sampingannya, pandangan mata kiri saya kabur. Maybe kesan sampingan ubat mata tu. Even husband saya pun sama.. dan lebih teruk sebab die dua2 mata. At least saya sebelah aje yang teruk. So syukur dengan izin Allah, semua ahli keluarga dah baik dari sakit mata. Masih perlu continue guna ubat sampai 2 weeks.

Bulan puasa mengajar erti bersabar..

Dugaan baru..

1 Ramadhan, pukul 4 pagi husband sakit perut lagi (last week pun sama), gi klinik 24jam, inject painkiller. Gi SDMC pas zohor, problem dengan insuran tak selesai2 sampai dah masuk maghrib pun, so tak jadi masuk wad..(perabeh duit membayo aje bulan2..tapi haprakk).

Kol 9 mlm, tengok husband still kesakitan, ajak gi hospital. Tinggalkan anak2 kat rumah mak, saya drive ke Trauma & Kecemasan, PPUM. Register, check blood pressure, jumpa doktor, tunggu result sample urine, ambil ubat, dapat surat refer ke pakar... selesai kol 1.30pagi.

Singgah rumah mak nak ambil anak2, takde sape bangun utk bukak pintu. So, balik aje.. (kesian anak saye..mesti tunggu.. mesti Aliff nangis nak uyu (susu))..
Sebab dah kol 2 pagi, saya try berjaga.. takut tak terbangun sahur. So tak tidola... Pas siap2kan sahur, kejut husband untuk sahur, rasa ngantuk lak.. try lelapkan mata kat kerusi (sambil duduk)..lelap teros hehe...

So paginye (semalam la) kami gi PPUM. Saya appointment kat Klinik Oftalmologi (mata), husband jumpa pakar.. Next appointment husband, pada 18hb (scan) & 25hb (jumpa doktor).

Penyakit husband : Batu karang..

Doktor bagi ubat painkiller & ubat syrup untuk cairkan 'batu' tu. Tengok aje la scan 18hb nanti.. harap ade improvement & tak perlu surgery..


Saturday 30 July 2011

{{ Ramadhan Ya Ramadhan }}

Syukur Alhamdulillah...
Allah mempertemukan Ramadhan kali ini kepada kita.. semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sentiasa bertemu dengan bulan yang barakah..

Ramadhan tahun ini, saya berhasrat untuk lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.. semoga Allah mempermudahkan...

PERISTIWA YANG TERJADI DALAM BULAN RAMADHAN

  1. Turunnya Al-Quran pada 17 Ramadhan
  2. Lailatul Qadar
  3. Perang Badar
  4. Penaklukan Kota Makkah

AMAL IBADAH YANG DIKERJAKAN PADA BULAN RAMADHAN

  1. Kewajipan berpuasa
  2. Mengerjakan solat tarawih
  3. Mengerjakan solat sunat witir
  4. Beriktikaf 10 hari terakhir Ramadhan
  5. Memperbanyak amal dan sedekah
  6. Memperbanyak istighfar pada malam terakhir Ramadhan
  7. Memperbanyak tadarus Al-Quran
  8. Membaca doa ketika bertemu lailatul qadar
sumber : Rahsia & Amalan Bulan Islam : Muharram - Zulhijjah

Friday 29 July 2011

My Superboy

Bakal superhero!

:: coach Husna bagi taklimat ::

:: belajar cara2 nak terbang ::

:: coach Husna membetulkan lipatan kaki seluar ::

:: tunggu kenderaan disediakan ::

:: dinner with ummy ::

Tengah kemas-kemas baju anak-anak, terjumpa baju Uncle Ijat ni.. Wancik bagi untuk Aliff pakai. La ni baru boleh pakai. Tu pun masih besar baju & seluarnye. Ingatkan takde kemana2 malam tu, tapi Ayah ajak ke Klang sekali untuk ambil GL saya. Pastu singgah Carrefour Subang untuk dinner dan beli barang dapur sikit.. Orang dok tengok aje Aliff hehe..
superboy berjalan terkedek-kedek ke sana sini.. =D

Wednesday 27 July 2011

It's my turn.. red eyes (@o@)

Assalamualaikum...
Saya sekarang sedang menghitung hari.... hehe..
Menghitung bilangan hari yang bakal MC..

Sehingga hari ni Rabu 28july, jumlah MC sudah 6 hari.. 3 MC swasta, 3 MC gomen. So baki MC swasta ade 7 hari je and MC gomen baaanyak hari hehe...

Rasanya sepanjang hidup ini la MC terlamaaa yang dah diambil.. selalu selalu tak pernah ambil MC pun. Besok pun saya akan ke PPUM untuk extend MC lagi...

Kronologinya nantila.. nak taip ni pun kabur2 mata saya..
dipendekkan cerita, saya dah berjangkit sakit mata sama macam aliff, husband dan husna. dan nampak gaya macam saya punya jenis paling teruk, highly contagious.

Sakit mata ni namanye Conjunctivitis dan saya punye Viral Conjunctivitis - jenis takde respon pada ubat.. just have to wait and wait.. sampai die hilang sendiri.. and masanye up to 3 weeks (cam my husband).. so tunggu aje la...hehe


Start Selasa lepas 19july mata kiri aje.. Mata kanan baru start merah kelmarin ni.. tu pun dah berusaha bersungguh2 utk elak dr jangkit.. tp dah mata kanan jauhnye sepelaung aje dari mata kiri, mmg susah la nak tepis...;p

Ni gambar baru.. hari ni punye. nampak kurang sikit merahnye. kalau sebelum jumpa pakar aritu, saya sendiri tak sanggup nak belek : semerah saga, mata berair memanjang and tiap kali kesat air kat mata tu nanti ade kesan pink kat tisu (airmata campur darah). scary tak?hehe..


Takpe.. ni dugaan semuanya. Dan saya bersyukur Aliff & husband dah ok and Husna tinggal sikit aje merah kat hujung mata. Syukur syukur...

Monday 18 July 2011

My Word-less Day =D

Salam..
orang wordless wednesday tapi saya wordless monday but only today as saya puasa..
lotih makcik nak bercakap hehe..
simpan tenaga so.. today is my word-less day =D..


Berrylicious Cakes dah mula buka kedai..
walaupun saya start slow aje tapi no hal lahh! =D
Jamu mata wokeyy ;D