Tuesday 21 December 2010

Kami turut bersedih..

:: Ayu & family :: (gambar dari blog uzaini)

Jumaat lepas terima berita menyedihkan..

Fawwaz Syahmi, baby kepada sahabat X-UTMviking kami, Ayu & Uzaini telah kembali kerahmatullah..

Kalau mengikut cerita Uzaini, (disebabkan baby tak dijalankan bedah siasat), baby Fawwaz meninggal waktu tidur. So mungkin SIDS (sudden infant death syndrom), tapi Allah sahaja yang tahu..

Perginya baby yang sangat comel ini memang sangat mengejutkan kami semua. Kami turut menangis..

Buat Ayu & Uzaini,
Mungkin tiada kata-kata yang dapat menenangkan perasaaan korang sekarang ni..
kami hanya melihat, pedihnya tak sama seperti yang merasakan sendiri..

Walaupun luarannya korang nampak tabah, didalam hati mungkin menangis tak siapa yang nampak.
Sebagai kawan, hanya doa yang mampu aku titipkan..
Setiap kali teringatkan korang, aku jadi sebak..
aku sentiasa doakan agar Allah beri kekuatan untuk korang berdua..
dan semoga Allah memberi ganti yang lebih baik lagi..
insyaAllah..


Fawwaz Syahmi, syurga adalah PASTI untuknya.. alhamdulillah..


2 comments:

  1. takziah utk ayu sekeluarga.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

    ReplyDelete
  2. aku pas dapat tau,trus call ina fairus.terkejut sgt..

    takziah buat ayu sekeluarga.moga tabah hadapi dugaan ni.. =(

    ReplyDelete