Thursday 30 December 2010

Pizza Mini Saya.. nyum nyum..

Salam....

yahhhh!! hari ni busy lebih sikit.. pasal besok cuti le pulak.. dah kol 6 masih tercongok kat opis ni.. nak stay sampai malam, agak menakutkan opis ni hehe.. (ye saya memang penakut yerr..)..hmm..besok maybe kena datang opis.. pasal kene setel kan semua kerja sebelum tukar unit next week..

okeh.. dah lama tak tempek pasal meroti.. actually yang ni dah lama dah tapi dok lupe copy resipi die kat buku tu. pagi ni teringat so ok lah..

Yang ni piza mini. Resipi diambil dari resipi Piza Mini Makanan Laut dari buku Chef Anuar (buku 1). Saya just ikut resipi roti nye aje..topping tak ikut..guna apa yg ade kat rumah aje..takmo susah2..

Okeh..tengok gambo dulu...


Ok? nampak sedap? hehe..memang shedapppp =D

Lihat resipi lak ye.. kalau tak silap lah saya bahagi dua resipi ni.. dapat 8 biji pizza mini.

Resipi : Pizza Mini

Bahan doh:
450g tepung gandum
10g ragi kering (instant yis)
10g gula kastor
40g marjerin
300g air
5g garam

1. Campur semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. (Saya masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan setting 'dough', tunggu sampai siap)
2. Ketepikan doh 10 minit sebelum dicanai nipis (1 cm)
3. Terap dengan acuan bulan berukuran 7cm dan ketepikan 10 minit atau sehingga kembang sekali ganda
4. Bakar sehingga kekuningan pada suhu 190degree. Sejukkan
5. Letak topping, bakar sampai cheese cair kekuningan.
6. Dah siap leh ngap ngap =D

Inti korang boleh buat ikut suka lah..
saya simple saje

just sapu sos tomato, tabur oregano kering, susun sosej, bawang then tabur keju mozarella. Done!!


Wednesday 29 December 2010

Farewell Lunch @ Istana Bambu

Last Tuesday, bos unit saya belanja makan kat luar. Kira macam farewell lunch lah sempena rotation unit yang berkuatkuasa 3Jan11 nanti. Kami pergi 7 orang semuanya termasuk 2 orang ex-staff KPI jugak. Tempat lunch di survey oleh Ija. So lokasinya..? Istana Bambu Restaurant.

Kami order siakap 3 rasa, lemon chicken, stir fry asparagus, sizzling bean curd, butter prawn & black pepper beef. Air saya pilih kedondong asam boi hehe.. best!! Overall pada pendapat saya, tempat bagus, cantik, selesa. Ada pilihan untuk nak duduk bersila cam kami and ade jugak meja kerusi can biasa tapi dibuat dari buluh (tu sebab kot depa panggil Istana Bambu). Rasa makanan pun ok. Harga makanan? takmo amek tau pasal bos yg bayar haha!!..

But tq bos!!!! Unit KPI best woo selalu makan free, bos suka belanja hehe..

Tempat ni rasanya nampak lagi cantik bila malam. Kat website diorang ade gambar malam. Semalam tengok blog Ashra, rupenye die pun ade pergi tempat ni.. best kan?

:: kami kami ::







:: habeh makan, dok posing lak ::

:: unit KPI 2010 ::

:: ija, me & aizam ::

:: entrance ::

:: me & ija ::

Tuesday 28 December 2010

Aktiviti kegemaran Aliff & Husna..

Aktiviti kegemaran Aliff & Husna..
.
.
.

berdiri tepi tingkap..?




Kalau boleh tiap-tiap hari pagi petang malam, pun nak berdiri tepi tingkap ni.

tengok ape??
.
.
.




Tengok kenderaan lalu lalang tak henti2 kat Federal Highway ni..
ade kereta, ade bas, ade lori, ade keretapi hehe...

Tu je punn.. tapi diorang sukaaa sangaatt =D


Monday 27 December 2010

Hutang Tag Ninie

Assalamualaikum..
sorry ninie.. dah sebulan tag ni.. sorry yer tak sempat nak menyinggah 'rumah' ko lately..
so ni nak bayar utang tag =D



• apa benda paling penting dalam hidup korang?

Love, faith, happiness

• benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
lunch sat tadi kat gerai no.5 + milo es

• dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
dah kahwin so taknak pikir pape =D.

• adakah korang sedang bercinta sekarang?
yup

• berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
InsyaAllah, sampai bile2..

• di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
kat rumah

• novel/buku/majalah terakhir dibeli?
ade few books beli masa hari pembudayaan ilmu tu.
novel - mikhail (tapi lom baca lagi)
buku - don't be sad, teknik urus wang individu, satu lagi tak ingat tajuk tapi pasal start bisnes camtu

• ape nama penuh korang?
norliza othman

• antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra
mase kecik2 lebih ok ngan ayah, bile dah kawin baru ok sikit ngan mak

• namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
siapa ehh.. tak boleh nak pikir..

• adakah korang basuh baju korang sendiri?
upah washing machine untuk menjalankan kerja.. =D

• dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
Korea & Jepun

• pilih salah satu, peluk atau cium
Peluk

• beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag
1 fakulti, 1 tempat keje, suka shopping hehe

• lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup anda
tak dapat nak fikirkan apa2 sebab bile baca soalan ni perkara pertama yang terlintas adalah FAMILY. suami, anak2, parents, adik2 dan semua2 ahli keluarga. tapi kalau nak pilih benda jugak, saya just boleh cakap buku-buku saya. tu je =D

• lagu yang paling anda suka dan selalu dengar
lagu This I Promise You by Nsync. sekarang takde la dengar sangat tapi tahap 'suka' tu tak kurang

• bila tarikh lahir korang dan bila korang sambut tahun lepas
5 Jun. Tahun lepas tak sambut pun

• lima rakan blogger yang korang nak tag
sesiapa yang nak jawab tag ini.. tiada paksaan =D
(actually tak leh nak pikir sesape)

Tuesday 21 December 2010

Kami turut bersedih..

:: Ayu & family :: (gambar dari blog uzaini)

Jumaat lepas terima berita menyedihkan..

Fawwaz Syahmi, baby kepada sahabat X-UTMviking kami, Ayu & Uzaini telah kembali kerahmatullah..

Kalau mengikut cerita Uzaini, (disebabkan baby tak dijalankan bedah siasat), baby Fawwaz meninggal waktu tidur. So mungkin SIDS (sudden infant death syndrom), tapi Allah sahaja yang tahu..

Perginya baby yang sangat comel ini memang sangat mengejutkan kami semua. Kami turut menangis..

Buat Ayu & Uzaini,
Mungkin tiada kata-kata yang dapat menenangkan perasaaan korang sekarang ni..
kami hanya melihat, pedihnya tak sama seperti yang merasakan sendiri..

Walaupun luarannya korang nampak tabah, didalam hati mungkin menangis tak siapa yang nampak.
Sebagai kawan, hanya doa yang mampu aku titipkan..
Setiap kali teringatkan korang, aku jadi sebak..
aku sentiasa doakan agar Allah beri kekuatan untuk korang berdua..
dan semoga Allah memberi ganti yang lebih baik lagi..
insyaAllah..


Fawwaz Syahmi, syurga adalah PASTI untuknya.. alhamdulillah..


Monday 6 December 2010

Breadmaker : brand Tesco vs Elba

A few weeks back ade membe berminat dengan breadmaker Elba. Actually saya tak pernah nampak pun BM Elba ni. Tapi lepas balik SGM last week (nanti saya buat entri pasal SGM ni), gi pyramid. Then masa jalan2 kat jusco pyramid, ternampak BM ELba ni.

Bile tengok2..

hehhhhhhh!!!!

nah korang tengok le sendiri...


ni ler BM Elba..


ni BM Tesco saya lak...


oraittttt!!

dok belek2, memang sejibikk lah BM Elba ni ngan BM Tesco yang saya ada tu.. cuma ade label "Elba" tu.. maybe diorg re-branding je bende alah ni..

but ade banyak beza dari faktor harga. my BM Tesco la ni harganya rm249 (kalau masih tak tukar la..) tapi saya beli rm229 sbb ade promotion and BM Elba harga jusco rm398 but mase tu ade sale jadi rm299.

so? mana satu pilihan anda?? =D