Skip to main content

SGM7 : Challenges in Breastfeeding Toddlers

Hari Ahad lepas 24 Oktober 2010, Susuibu.com (SI) ada organize Support Group Meeting (SGM) membincangkan tajuk Challenges in Breastfeeding Toddlers. Ni merupakan SGM kedua yang saya join. kali pertama was in February..ermm lama giler tak join.

Kalau ikutkan, saya akan pergi sorang2 dengan Aliff sebab biasala..husband saya mana minat benda2 ni..tapi pujuk punya pujuk and janji habis pukul 10 pagi terus balik, then dia agree untuk ikut. Kebetulan Aliff pun demam hari tu, agak risau gak kalau2 dia meragam tak tentu dalam kereta dengan ummy dia sorang2.

Bertolak pagi tu pun dah lambat, target agak2 sampai dalam 9.30 la paling lewat pun. Nak dekat masuk Bangi tengok2 hujan lebat. Try jugak la drive masuk kat parking Tasik Cempaka tu, tengok2 kosong aje. Pusing balik nak try tengok kat Kedai Susuibu.com, kalau ada rezeki ade la..kalau takde, balik rumah la nampak gayanya...

Sampai depan SI, nampak ramai yang pakai baju HIJAU..Alhamdulillah, ade rezeki nak join SGM kali ni. So kiranya lokasi SGM diubah ke SI.

Disebabkan hujan, SGM bermula agak lewat. Dah hampir pukul 10 kot (dah le janji ngan husband nak balik kol 10 ish ish..). Tak tau le dia marah ke tak..hehe.. anak2 yang ada riuh la berlari sana sini, main mainan bagai.. yang emak2 ni sambil berbincang sambil makan.

So antara cabaran2 yang ramai alami adalah anak suka menggigit, puting melecet/luka/berdarah, posisi anak menyusu (cam superman la, spiderman la..), lenguh pangku anak masa menyusu duduk sebab makin berat, dah tak rasa selesa bila menyusu baring (siap ada kecederaan bahu pulak), anak suka meraba2 sana sini hehe dan lain2.. ada jugak topik/perbincangan sampingan yang berkaitan dengan penyusuan. Kalau nak baca outcome SGM ni boleh jenguk Sweetstory (CikFid) dan MenyusuSiManja (Herni)

Suasana memang havoc sangat pasal semua yg datang tu masing2 dah kenal. Saya je yang orang tak kenal hehe.. dok diam2 aje dengar diorang berbincang. Nak nyampuk pun cam tak kene je hehehe..

Dah habis bincang, diadakan sambutan hari lahir untuk anak2 yang lahir pada bulan Oktober. Aliff pun nak join kapal sekali.. Kek disumbangkan oleh Hanidah (terima kasih!!).

Dah habis semua2 tu saya terpaksa minta diri lebih awal sebab risau husband bad mood pulak. Dah le janji kol 10 balik, tapi 12.30 pun tak habis lagi =D. Tak dapat join gotong royong bersihkan balik tempat discussion.. sorry ye korang2.. lain kali insyaAllah saya akan tunggu sampai habis..

Seronoknye SGM sebab yang datang semuanya orang2 yang ada passion dalam breastfeeding. Sama2 satu kapal dengan kita.. sama2 hadapi masalah macam kita, sama2 support/sokong kita... BEST!!

Saya tak snap sebarang gambar sebab tertinggal kamera.. Semua gambar2 ni dari FB/blog Hayatie, CikFid


:: sesi perbincangan ::

:: kek yang chomell ::



:: sambutan hari lahir ::

Comments

  1. liza pergi gak ekkk..wahhhh...bestnyaaaaa.....ni yg jeles meles ni..hehe...btw, ayu pergi ikea pagi tu..

    ReplyDelete
  2. pergiii.. actually berat hati gak mase tu sebab aliff demam dah 2 hari. tu sbb pujuk husband ikut gak. nk drive sorg2 dr sunway ke bangi, risau lak kalau anak tak sihat.
    next time leh jumpa ayu =D

    ReplyDelete
  3. Liza, saya n hubby mmg x utm pun... mmg my hubby ur classmate..:) u tak salah org.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …