Skip to main content

Seronoknya Husna Dapat Tudung =))

salam..
semalam ada pasar tani kat office ni, walaupun tak banyak hasil tani yang dijual. lebih banyak gerai yang jual tudung dari hasil tani.. kene tukar nama pasar le nampak gayanya.

semalam target nak shopping 4 helai tudung, siap bawak baju lagi tapi satu pun takde yang match. so patutnye takdele beli dok? tapi terrrembat gak 2 helai putih+hitam. nampak tudung untuk kids, teringat kat husna dok mengendeng tudung ummy dia. belikan 2 helai, merah+kelabu.

malam semalam bagi husna cuba. respon Husna? Seronok gilerr!!. tapi Husna memang pandai tunjuk ekpresi melampau =D.. siap cakap diri sendiri chomel pulak tu =D..

teringat selalu kalau masa dinner, Husna selalu cakap "Sedapnyeeee ummy masakkk.. sedappp sangattt!!" dengan penuh perasaan la die cakap tu.. ayah Husna cakap, "tu ayat bodek la tuu". dengki le tu ayahnye.. bukan bodek tu, tu tanda menghargai penat lelah ummynye masak setiap hari walaupun takde le sedap mane pun =p

ok back to cerita tudung, bila suruh Husna simpan, cepat2 dia ambil dua2 masuk bilik dan sibuk nak melipat tudung tu nak simpan dalam almari. dok cuba2 tapi tak jadi je, last2 die pi sangkut kat hanger tudung ummy punye. khas kan 2 slot paling bawah untuk husna. dia lah yang sangkut sendiri. taknak ummy tolong buatkan =D

:: gigih berusaha melipat tudung ::

:: sebab tak berjaya lipat, tumpang hanger ummy aje laa ::

:: ini tudung saya!! ::

Comments

  1. comel!!!! =) Qisya suke pinjam tudung aku bile tgk aku semayang.. sian, nak semayang tp xde telekung.. jadiknye tudung mama la yg jadik mangsa..

    ReplyDelete
  2. ololoo..comelnya..suka sangat dapat tudung..yang si adik terbongkang tidur..heheh

    ReplyDelete
  3. alalala...comeynyaaaaaa husna ni..dah betudung plak ye...

    ReplyDelete
  4. hehe..comel je husna.
    beskan kalu anak pandai memuji..tak kira la diri die atau kita..rasa terhibur hati ni..

    tak sabo tggu aleesya kaki bodek aku plak.keke

    ReplyDelete
  5. comey jer husna ni.. liza, asal x masuk gambar husna pakai tudung tu skali? mesti nampak sangat comey!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …