Skip to main content

Biskut Raya 4 : Honey Cornflakes

Salam..

Ni Honey Cornflake pulak dah a.k.a. Cornflake Madu ler.. hehe..

Ala cornflake madu pun nak letak kat sini ke acik oii!! suke ati acik ler =D..

Saya ada come across satu blog ni ada pembaca yg komen apesal nak susah2 buat cornflake madu/biskut2 bagai ni.. pasal dah ramai org jual, beli aje la kan.. alaa.. terpulang le nak beli ke nak buat ke.. saya suka buat sebab kalau sedap saya boleh buat baaanyaakkk2+bila2 masa+saya boleh control proses penyediaan tu..


Cornflakes madu- Resipi Oleh BAYA

Bahan:

90 gram sugar halus,
110 gram butter.
6 sudu besar madu/golden syrup (saya guna madu)


Untuk campuran cornflakes:

120gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)- (saya guna cornflake jugak, so maknanya 240g cornflakes)
100 gram kacang/badam. ( bakar dulu skit badam tu) (saya guna chunk peanuts yg dah siap bakar..senang!!)

Cara:

Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja
masaknya.
Kemudian tuangkan ke dalam campuran cornflakes.
Gaul sampai rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar
350F (lebih kurang 170 celcius) selama 11-12 minute.

Comments

  1. ni mmg feveret aku.aku tolong abeskan kalu gi kat umah org.keke.
    ingat nak buat gak,tp sok da balik kg..tak nyempat da.

    awal2 ramadan duk pening2 mabuk je..

    ReplyDelete
  2. cornflake madu mmg senang nak buat + habiskan hehe..takpela, tahun depan leh buat pulak =D

    wah besok dah balik kg eh.. hati2 di perjalanan..selamat hari raya =D

    ReplyDelete
  3. aku kalu wat kuih nie, xsempat nk tunggu raya..
    kejap je dh abes..
    kekekke...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …