Thursday, 22 July 2010

Sesi Menambah Kalori : Pot Luck Ofis ♥♥



Salam..

aiseyman.. hari ni belum wat kerja lagi.. ooppss kantoi lak =D

:: happy faces or hungry faces? hehe ::

Sejak saya menjejakkan kaki kat tempat kerja baru ni, rasanya ini la kali pertama saya join pot luck. Dulu masa kat tempat kerja lama selalu buat pot luck. Kalau yang official selalu dalam 3-4 bulan sekali, yang tak official lebih banyak. Kami pernah buat pot luck nasi lemak dan segala side dishes nye, stimbot, western food pun pernah. Siap bakar ayam kat ofis lagi.. best!! Memang kaki makan la kawan2 ofis lama dulu..

Lamaaaa tak buat pot luck.. dan akhirnya hari ni ada sesi menambah kalori.. =D

Hari ni kami buat pot luck sempena meraikan kawan2 yang yang bertukar unit dan yang akan berhenti kerja.

Menu? hmm.. boleh tahan banyak jugak.. ada mihun singapore, spageti meatballs bolognaise, sosej black pepper, roti jala, fruit salad, sandwich, burger malaysia, koktel, agar2, dadih, puding karamel, donut, cek mek molek, karipap daging, kek buah, buah-buahan (tembikai, oren, betik, epal dll).. Kira dasyat & hebat jugak sebab boleh kata semua makanan adalah home made.. dimasak sendiri.. masing2 kata bangun 4 pagi nak siapkan hidangan tu =D.. wah thanks korang... makanan semua sedap2 \(♥o♥)/


:: antara makanan untuk pot luck ::

Kepada kawan2 yang diraikan.. thanks for everything.. dan minta maaf sekiranya ada salah silap terkasar bahasa semua ya.. sangat singkat masa saya mengenali anda =D

2 comments:

  1. alahaii sedap nyer smer makanan tu..
    yg paling tak tahan tgk cocktail & caremel tu ler..
    aku mmg sker makan dessert nih =p..
    ko x wat cupcake ke??

    ReplyDelete
  2. yani,
    aku tak buat kek/cupcake. sbb aku yang bawak spageti & sosej black pepper tu. tak dan weh nak buat kek/cupcake bagai.. =D

    ReplyDelete