Skip to main content

Training Dragon Boat @ Pusat Maritim Putrajaya

Salam..

Semalam bebudak x-utmviking wat training untuk 1 Malaysia International Dragon Boat Festival 2010 18-20 Jun nanti.

Mula2 rasa cam berat hati gak nak pergi sebab badan dah penat giler lepas buat birthday party Husna semalamnya, en.suami pulak kata sakit kepala, ingat nak bawak semua gi Putrajaya pasal takkan nak suruh mak jaga anak2 hari minggu.. tak sesuwaii..

Pujuk ala-ala paksa gak la soh pergi sekali.. ye la.. dah en.suami sakit kepala, aku pulak takut sampai umah malam ke.. ape yg derang nak makan kat umah tak.. so angkut la semua2.. ala-ala nak balik kampung jugakla beg nye..

Jadual asal 3.30pm start. Aku sampai pun dah lewat dekat kol 4pm. Yang ada masa tu Jakpo & famili, Rim & famili, Fairuz, Fahmi, Nik, Bapak, Zack. Yang lain2 sampai kemudiannya cam Abg Halim, Uzaini & famili, Zal, Wari, Najmah & brother.

Dah le tak wat stretching, akibatnya hari ni menanggung kesakitan seluruh badan haha!! Urgghh dah lamaa sungguh tak 'turun air'.. rasa cuak gak la.. next week ada lagi skali training.. lom pasti dapat pergi tak..

ermm.. tapi perasaan 'turun air' tu .... SUNGGUH BEST!!

nota: semua gambar adalah dari Facebook Najmah..










:: sedang dengar penerangan pengurus sambil BF Aliff (cover dgn shawl)::

:: husna berlegar-legar ::

Comments

  1. laaaa...smlm stay sana sampai pukul berapa ye..
    ayu n family mmg ada di area2 situ..
    bawa anak ayu, hariz mandi di pusat sukan air di prescint 6 betul2 sebelah tempat org training boat tu...balik dalam pukul 6 lebih.. ^_^

    ReplyDelete
  2. husna tak berkayak??hehe

    ReplyDelete
  3. ayu : kitorang stop training kol 6, tapi tukar2 baju sume kol 7 baru gerak balik. kat situ ada tempat mandi2 utk budak2 yer.. taktau pulak.. kalau tau sure boleh bagi husna mandi situ.. takde die keboringan tunggu ummy die

    ashra : rasanya husna takde mewarisi bakat nak berkayak tu.. kalau bakat kat dapur insyaAllah =D

    ReplyDelete
  4. Hi liza. My name is Norlizayati Othman. Almost same with your name, rite? Selamat berkenalan! Do visit me. C

    ReplyDelete
  5. liza, jemput jawab tag ayu mengenai penyusuan susu ibu ye...boleh share info ngan rakan2 yg lain juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …