Skip to main content

Tag dari Ayu : Penyusuan Susu Ibu

Salam..
ni tag dari Ayu.. (ayu, saya dah jawab..dengan penuh emosi ni haha)..

Actually saya tak nak ingat kenangan silam yang tak best especially yang related dengan BF. Rasanya perasaan frust kene tinggal ngan boifren pun tak seteruk perasaan gagal BF anak (btw, saya takde boifren lain selain en.suami saya ye.. perumpamaan aje tu =D)

Perjalanan saya utk berjaya BF adalah sangat sukar (pada saya..) sebab yang paling susah nak ditepis adalah xxxx saya. Kenapalah dia tak boleh terima hasrat saya untuk BF anak dengan berlapang dada?? kenapa la dia nak halang sangat2.. kenapa dia tak boleh terima apa saya kata? kenapa? kenapa? kenapa?

So ayu, thanks sebab tag saya
so ini la jawapannya =D..


--> 1. Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
Saya tak faham apa-apa dan tak peduli apa-apa selain dengan yakin “SUSU IBU ADALAH TERBAIK!!, susuibu tu hak anak dan dalam Al-Quran ada disebut tentang galakan menyusukan anak dengan susuibu. Kalau Allah dah sebut dan galakkan, tentulah itu yang terbaik kan? =D..”

2. Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?

Masa Husna amatlah singkat hanya 2 minggu fully breastmilk. Husna mmg reject direct feeding (amat sedih ok..) so saya feed thru bottle.. saya buat relaktasi juga, pergi kursus utk relaktasi, beli PISA utk exclusive pumping, telan beratus ubat tapi tak berjaya.
Masa decide utk stop en.suami kata, "takpela.. iza dah cuba sedaya upaya kan..bukan rezeki Husna".. nangeh aje la.. :'(

Untuk Aliff Rayyan, sehingga hari ini 8 bulan 5 hari. Walaupun bukan dalam kategori exclusive breastfeeding tapi masih bersyukur.. Alhamdulillah.

3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?

Husna lahir di Pusat Perubatan Damansara Damai, Aliff Rayyan di Pertiwi Materniti.
Dua-dua pun BUKAN rakan bayi. Tapi Pertiwi masih layan jugak kalau kita mintak baby. Yang Damansara Damai tu hampeh, memang tak allow rooming in. Kalau berniat nak BF, baik toksah terfikir nak bersalin kat sini..

4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?

Sepatutnya baby disusukan secara direct dalam 1jam pertama selepas dilahirkan. Untuk mempercepatkan rangsangan pengeluaran susu.

Rooming in = baby dok skali ngan ibu sepanjang masa kat wad selepas lahir. Dua-dua tempat saya bersalin tak amalkan rooming in.

5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.

Masa pantang sangat mencabar & stressful. Sebab belum ada susu kan/susu sikit.. so orang sekeliling asek nak sumbat ABM aje..

Masa Husna tak tau apa2 so ikut aje walaupun hati memberontak.. masa Aliff dah ada ilmu tapi kene bergaduh jugak nak fully BF. Kat hospital for sure dah disumbat dengan ABM walaupun dah pesan nak BF aje.. (camne nak kontrol ye??)

Masa Aliff hari 1st balik dari hospital tu ade gak la mak saya bagi ABM 1oz, ade 3kali. Saya behempas pula pam supaya ALiff tak kene sumbat dgn ABM (tu pun selepas puas bergaduh takmo bagi ABM).

6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
Nak menerangkan hasrat kita nak fully BF especially pada mak sendiri sbb tak berapa sokong . Tak menyokong takpe lagi tapi menghalang tu yang tak sanggup tu.. Pernah cakap saya bodoh.. bodoh ye saya nak nak bagi yang terbaik utk anak saya.. kalau begitu, memang la saya bodoh =D. So what haha?

7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda ?

Internet, buku, forum, kawan2.. semua la..

8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?

Saya memang ibu yg berkerja. Saya dah siapkan stok EBM sejak dalam pantang lagi sebab nature kerja memungkin saya untuk tak berada dekat dengan baby..

9. Kenapa anda menyusukan anak anda ?

Sebab nya sama cam jawapan soalan no.1 =D..

10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa ?

Saya rasa perjalanan BF adalah TAK MUDAH.. banyak cabaran dan dugaan.. tapi dengan ILMU baru kita boleh tanganinya dan dengan banyak2 doa kepada Allah.. semoga dipermudahkan..

tapi.. memang mudah kalau nak gi jalan2.. tak payah hangkut segala mak nenek air panas segala hehe =D

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya.. masih jauh target 2 tahun tu.. amiinn..


Comments

  1. liza, entry ni sangat beremosi..ayu memahami keadaan liza...ye, kisah penyusuan liza sangat mencabar ....ayu juga mengalami keadaan sebegitu ketika anak kedua ni..cuma bukan dari family sendiri tp dari MIL..sakit telinga bila dengar dia kata dia GELI tengok ayu bf baby..tp, ayu buat dek je la..kena keraskan hati utk meneruskan bf ni..so, skrg ni dia dah terbuka minda bila tengok stok susu ayu dlm DF tu... ye la, dalam hal ni bila melibatkan hal keluarga, mmg susah nak tepis kan..betul tu, ayu sokong..BF mmg perlukan ilmu pengetahuan... kalau tak, susah kita nak menangkis fakta2 atau mitos2 penyusuan terhadap kita...thanks jawab tag dari ayu ye..

    all the best my fren...^_^

    ReplyDelete
  2. ayu,
    famili in-laws semua BF anak masing2..lagipun semuanya surirumah. sorg je yg kerje so masa kerja di bagi ABM. maybe dia taktau boleh perah susu and bagi EBM utk baby.

    camne org boleh fikir GELI tengok BF? peliknya.. takpe la ayu.. ni mmg dugaan2 dlm BF.. lain org lain dugaannya..

    sama2 kita support sesama kita utk berjaya dengan target masing2 ya =D..
    all the best to u too "\(^_^)/"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …