Thursday 10 June 2010

Info pasal road signages : part1

Pernah tak korang guna google map?

nampak tak bentuk heksagon kaler kuning tu?..tau tak apa makna die?

aku sekarang kalau guna google map ni, akan tulis nombor2 dlm heksagon kuning tu and pastu tengok signboard la masa drive..

ape guna nombor2 tu?

hari ni info teknikal sikit..

secara jujurnya, sebelum aku menjadi salah sorang warga BSFJ (walaupun kontrak post aje =D).. aku tak tahu satu mende pun pasal road signages ni.. selalu refer pada wording die aje.. segala mak nenek lain aku pun taktau/tak faham..aku ingin percaya korang kat luar pun sama juga.. =D
Sebenarnya kat papan tanda jalan ada maklumat2 lain yang berguna pada users (tapi bak kata aku..orang tak tau..)

kalau dengar info trafik kat radio mesti ada dengar ayat2 cam...
"terdapat kemalangan berlaku di Laluan 123 di kilometer 105.3 arah selatan.." gitu2 la..kalau aku dengar dulu2 mesti aku pikir"menatang ape kilometer 105.3 tu? kat mana?"

so kat sini just to share info..

jalanraya kat Malaysia ni ada 3 kategori
1. Jalan Persekutuan
2. Jalan Negeri
3. Lain-lain jalan

Tanggung jawab pengurusan jalan raya pun lain2..
tak semua jalan kat Malaysia ni under JKR.. sebab kalau ada jalan rosak ke, depan rumah kita pun kita kata JKR punya kerja hehe..


So, jalan2 under tanggungjawab
1. Menteri kerja raya -jkr
2. KP Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
3. Kerajaan Negeri
4. Pihak berkuasa tempatan (PBT)

Jalan2 kita ada sistem nombor laluan nye sendiri or kitorang panggil as 'Route No'.. (nombor yang diletak dalam bentuk heksagon kuning tu..)
contohnya gambar ni..
Ok perasan tak ada nombor kat sebelah wording tu?
yang macam bawah ni..


nombor2 tu yang disebut "route no." tu.. (ni yg ade dlm google map tu..)
untuk semua highways (jln dibawah tanggungjawab LLM), route no die start ngan huruf 'E'
contoh :
E2 - lebuhraya utara selatan
E1 - NKVE
E10 - NPE
E8 - lebuhraya pantai timur & karak highway

untuk tengok peta highway klik sini

Kalau jalan persekutuan (under tanggung jawab JKR), route no die takde sebarang huruf kat depan. Just numbers..
cam bawah ni..


bersambung lain kali... hehe penat nak taip =D

6 comments:

  1. hahaha, potong aa liza.. aku br nak menjiwai entry ko yg penuh info teknikal nih.. alih2 dh abis.. ish2..

    ReplyDelete
  2. info nie bergune utk jwb soklan induksi..haha

    ReplyDelete
  3. thanks 4 info..kalau x,hampeh saya pun tatau..hehe

    ReplyDelete
  4. err.. sorry la.. tengah banyak keje so buat part by part yer..hehe.
    tak sempat nak masuk byk2 info..kang boring lak
    =D

    ReplyDelete
  5. Hm..dulu pun xtau pape..almaklum la bkn background Civil. But then, my hubby explain.. Tp ur info lg bagus la means more details... Thanx!!

    ReplyDelete
  6. mama liza,
    actually bukan semua yg ade background civil tau mende ni.. kalau kerja building mmg taktau gak.
    rasanya sape yg kerja under jalan aje yg tau secara detail. sy pun tgh belaja lagi pasal jln ni..baru join setahun.before this wat building project aje

    ReplyDelete