Wednesday 28 April 2010

Dilema CDing

Aku dalam proses menambah bilangan CD (cloth diaper) Aliff. Aliff baru ade 5 pcs ajer..tak cukup untuk fully CDing. 5 pcs yg ade tu CD Lunatots. Buat masa ni Aliff hanya berCD kat umah mak. Kat umah kitorg masih berDD (disposable diaper).

Aku dah banyak baca review org psl bermacam2 jenis CD. Berkali2 aku baca makin pening kepala aku nak pilih brand mane. arrghh!!...

Camne? Bantulah aku ini..huhu..



BATAL: "My Funniest Wedding Photo Contest"


Salam & hi..
Sana sini saya tengok banyak contest yang menarik dan best!!..
So bersempena wedding anniversary saya yang ke-4 pada 3 Jun 2010 dan my 28th birthday pada 5 Jun 2010, untuk kali pertamanya saya nak menganjurkan

"MY FUNNIEST WEDDING PHOTO CONTEST"


mari lah join ye..!! (harap2 ada org berminat hehe..)

Syarat-syarat gambar:

1. Gambar adalah gambar perkahwinan ANDA ya..bukan gambar orang lain..
2. Hanya utk warganegara Malaysia sahaja =D
3. Gambar wajib mempunyai ANDA yang berpakaian pengantin tak kisah lah samaada pengantin perempuan sahaja/lelaki sahaja/kedua2nya. Kalau ada orang2 lain pun takpe but pengantin MESTI ada dalam gambar
4. Hantar hanya SATU keping gambar sahaja. Kalau ada banyak2 gambar, saya akan pilih gambar pertama sahaja.


Syarat2 Penyertaan:

1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Sabtu 5 Jun 2010.
2. Buat entry dengan tajuk "MY FUNNIEST WEDDING PHOTO CONTEST"
3. COPY & PASTE banner contest, letak kat sidebar & pada entry masing2. Backlink ke entry contest ini yer.
4. Jadi follower (bukan paksaan but kalau sudi jd kawan, apa salahnya =D)
5. Sertakan NAMA ANDA & PASANGAN serta TARIKH PERKAHWINAN.
6. Ceritakan pasal gambar yang dihantar, masa bila, insiden yg berlaku, kenapa kelakar etc. Nak cerita panjang2 boleh, cerita pendek pun boleh. Tapi ingat entry menarik mungkin bakal menambat hati juri.
7. Gambar mestila jelas dan mudah untuk saya copy.
8. Tinggalkan entry anda di ruangan komen entry contest ini.
9. Keputusannya insyaAllah akan diumumkan pada 7 Jun 2010.


HADIAH yang menanti????

* cabutan bertuah diantara 15 entry pertama (1 penerima)
* 1st/2nd/3rd Prize untuk FUNNIEST WEDDING PHOTO (mengikut keputusan juri)
* 3 hadiah saguhati

Buat masa ni hadiah adalah RAHSIA (buleh ker =D), but akan diputuskan dan diumumkan kemudian.. =D

Tuesday 27 April 2010

: : Jadual Memerah/Pam Susu : :

Salam..
Saya nak share jadual yang di'share' oleh seorang forumer kat Susuibu.com iaitu Needya. (Thanks Needya =D)

Nak download, boleh klik kat gambar bawah ni. Pastu klik "Download (150K)" Ikut arahan seterusnya dari situ.

Gambar ni ade kat sidebar jugak yer. Scroll sampai bawah2 (kalau tak jumpa hehe..)
Jadual ni dalam format excel. Pandai2 lah korang guna okehh.

Btw, sekarang ni diberitakan untuk tak guna perkataan 'mengepam susu' kene guna 'memerah susu' sebab nanti orang fikir kalau nak berjaya breastfeeding kene ada pam yang super canggih & super mahal..
tapi sebenarnya ramai ibu2 yang boleh perah pakai tangan ajer..tak guna pam.. memang super hebat lah!!.. aku memang ngaku kalah lah.. memang tak reti.. ya ampunnn...=D

Aliff Rayyan : Thrush??

nota : Ermm gambar thrush kat mulut Aliff tak sempat snap, semalam tengok dah beransur baik.

Khamis 22/4/2010
Balik kerja ambil Aliff & Husna dari rumah mak. Tengok2 lidah Aliff ada lapisan putih macam milk curd. Selama ni memang tak pernah putih lidah die. Dalam hati "aihh takkan mak aku bagi susu tepung kot" (curious..)

Jumaat 23/4/2010
Masih ada lapisan putih kat lidah Aliff. Bekalan EBM habis so tak mungkin lah Aliff minum susu tepung. So teringat ada baca pasal thrush, aku terfikir kot-kot Aliff kene thrush ke..

Sabtu 24/4/2010
Lidah Aliff still putih. try nak kesat tapi tak melekat. kat lelangit pun ade bintik putih, kat bibir pun dah ada.. Google kat hp carik pasal thrush, memang ada contoh gambar thrush.

Ahad 25/4/2010
Kat bahagian dalam pipi dah ada tompok2 putih.. sah lah memang thrush nih.. Terus bawak gi klinik Dr.Chua kat Kota Damansara and doktor pun sahkan memang thrush. Aku tanya jugak apa yg menyebabkan thrush ni? ada kaitan dengan kebersihan ke? Doktor kata thrush ni memang normal pada baby. Tak perlu risau.


Bibir Aliff camni lah.. tapi banyak lagi putih die

Ni dah agak teruk ni..lidah Aliff tak sampai jadi cami but bhgn dalam pipi die ada tompok2 camni

(*pics source : google)



Thrush atau candidiasis adalah sejenis yeast infection yang tak membahayakan baby (so don't worry). Thrush mungkin akan disalahertikan sebagai sisa2 susu yang melekat kat lidah baby (tapi bukan yer..). Kalau sisa susu, ia akan mudah dikesat/sapu/tertanggal tapi thrush tak. Kalau tertanggal jugak, ia akan meninggalkan kesan merah dan mungkin berdarah pada lidah/dalam pipi baby. So jangan bersihkan secara paksa. Thrush kalau dibiarkan melarat akan merebak keseluruh mulut baby. Ia mungkin akan menyebabkan rasa tak selesa baby untuk menyusu/makan/minum.

Kalau baby breastfeed, kemungkinan untuk baby pass thrush ke ibu pun ada especially kalau latching tak betul,akan menyebabkan luka dah thrush tu menyebabkan deep shooting pain dlm breast. Tapi tak semestinya lah.. kemungkinan tu ada.

Thrush kadang2 menyebabkan ada baby rasa tak selesa/sakit. Tapi ada gak baby cam takde apa2 pun yang berlaku.

Keadaan Aliff macam biasa saja. Takde cam sakit/tak selesa. Breastfeed pun ok ajer tak fussy ke or berkurangan. Macam biasa. Doktor bagi oral gel Decozol (miconazole). So balik kerja semalam tengok mulut Aliff dah ok. Alhamdulillah..

Friday 23 April 2010

: : Kakak + Adik : :


kakak sayang adik
adik sayang kakak
kakak sayang ummy
ummy sayang kakak
adik sayang ummy
ummy sayang adik
kakak sayang ayah
ayah sayang kakak
adik sayang ayah
ayah sayang adik

ummy : "kakak, tolong ambilkan pampers adik, please..kakak sayang adik kan?.."
kakak : "ummy amek sendiri lah. kakak penat"
ummy : "ek eleh...(dalam hati..)"

Thursday 22 April 2010

Emel dari Ibu Baby Hana

Salam...
Ingat tak kisah Baby Hana yang saya post semalam? bagi yang tak tahu boleh klik sini

Saya berkesempatan menghantar emel kepada ibu baby Hana iaitu Puan Rohaiza untuk bertanyakan keadaan sekarang baby Hana. Ini adalah jawapan dari ibunya.

"Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari. Maaf kerana tidak menerangkan secara detail mengenai kisah Hana. Saya fikir tak ramia yg berminat utk baca tambahan pula jika terlalu panjang. Email itu mula saya send pada 13/4/10. Alhamdulillah saudari dapat menerima dan sudi membaca coretan yg tak seberapa dr saya. Dengan kata-kata semangat dari saudari..bagaikan datang satu kuasa dalam diri saya. Tetapi saya sering rasakan kuasa itu kadang-kala ada..kadang-kala hilang. Mudah-mudahan Allah kekalkan keyakinan saya padaNya. Hana masih belum boleh menghisap dan menelan. Kudrat Hana belum kuat utk itu. Sebenarnya itulah yang paling saya harapkan agar Hana blh menghisap & menelan. Tapi masih belum Allah izinkan. Tangan Hana agak aktif bergerak, kaki kanan masih bersimen,kaki kirikurang bergerak. Mata Hana masih tiada tumpuan. Jika berjaga mata Hana akan terbuka tanpakelip2. Mungkin kerana urat sarafnya tegang. Buat pengetahuan saudari, saya mengambil cuti 2bln untuk menjaga Hana dengan harapan puteri kesayangan saya akan beransur sihat. Banyak masa saya luangkan bersama. Mungkin ini ujian agar kami menjadi lebih erat. Betapa saya menjaga Hana ketika dalam kandungan. Sehari pun saya tidak lupa memakan pil2 yang doktor bekalkan. Seawal kandungan 3 bln saya mengambil folic acid agar otak bayi saya berkembang baik. Susu anmum, air soya, buah-buahan...segalanya saya ambil bagi memastikan kandungan saya sihat. Tapi...kami diuji di saat akhir. Baru saya sedar bahawa ada kuasa yang maha Berkuasa. Dia boleh merubah sesuatu dalam sekelip mata. Kun fa ya kun..

Setakat ini perkembangan Hana masih belum boleh menghisap & menelan. Saya terlalu berharap agar Hana berupaya menghisap & menelan dngan sendiri. Pergerakan tangan agak aktirf tetapi pergerakan kaki Hana agak perlahan, di tambah pula dengan kaki kanan yg patah. Jika berjaga, mata Hana tidak berkelip dan masih tiada tumpuan.
Saya tidak putus-putus berdoa kepadaNya. Kadang-kala saya rasakan diri saya tidak sempurna dan layak untuk mendapat nikmatNya. Oleh yang demikian, saya mohon bantuan kalian. Manalah tahu jika ada di antaranya doa dari orang2 yang rapat dengan Allah. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya iaitu ibu kepada zuriat yang tidak ternilai harganya pada saya.
Di kesempatan ini..saya merayu agar saudari selitkan doa y
ang berterusan buat Hana agar dipulihkan kerosakan pada otaknya, dijauhkan dr kecacatan dan dibukakan segala pintu rezeki untuknya. Amin"



Saya mohon kawan2 panjangkan kisah baby Hana ye.. berat mata kita memandang, berat lagi beban yang ditanggung oleh keluarga ini..

Terima kasih semua..

nota: sesiapa yang nak hantar email kepada puan rohaiza, alamat emelnya ialah rozex_3056@yahoo.com

Wednesday 21 April 2010

Doakan bayi ini..

Saya baru je dapat emel ni.. harap kita sama-sama mendoakan kesihatan bayi ini...sedih hati melihat keadaan bayi ni, berat lagi beban yang ditanggung oleh keluarga Hannah terutamanya ibunya.. Semoga ibunya tetap terus tabah & kuat demi Hannah dan semoga Hannah kembali sihat dan dapat membesar seperti kanak2 biasa.. amiinn..

......................................................................................................................

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Anugerah Kualiti Pejabat Terbaik


syukur.. syukur.. syukur..
akhirnya dah selesai lawatan panel2 penilai untuk Anugerah Kualiti Pejabat Terbaik 2010 petang semalam..

bak kata nozie..macam mak pengantin jadinya..
memang macam pengantin yang kene buat semua kerja dari sekecik2 kerja sampai sebesar2 kerja..

benda ni memang banyak makan masa, tenaga dan paling penting kesabaran aku nak mengadap kerenah bos2 dari kecik sampai Dato' Pengarah..

Dari cari dokumen sokongan, kerja2 fotostat, buat report 3 salinan + 3lagi utk aku nyer cwgn, binding semua yg dekat seinci tebal setiap satu, ambil gambar untuk report, edit gambar, jumpa timb pgrh utk sign, hantar report byhand, prepare presentation slide, jumpa pengarah untuk approval, buat setting untuk presentation kat bilik meeting, kene pulak edit slide sbb MS office version lain2..order makanan/minuman, susun makanan/minuman setiap seorang, kemas balik bilik meeting, dan segala kerja 5S kat unit aku... takde ke orang tolong? sikit2 ajer adela..95% kerja aku buat sorang..lain2 just tanya, dah settle ke? dah pergi ke? dah siap ke? ni salah tu salah..edit balik..bla bla bla..tu ajer..chett!!

Btw, aku nak ucapkan terima kasih untuk semua kawan2 yang berkerjasama nak pastikan pejabat dalam keadaan yang terbaik.. terutamanya pada member2 aras 10 dan juga utk member2 UKG yg sudi dengar bebelan2 aku soh upgrade+make up office diorg =D. Untuk unit2 lain pun, terima kasih atas effort korang.. aku tak join masa panel2 round semua unit.. pasal habis taklimat kol 3.15pm, dgn belum solat zuhur & pam lagi.. biar org lain yang pergi lah..yang aku dengar, satu unit kene tegur ngan Dato' Pengarah sbb agak hampeh haha..

Dan paling best sebab tracker board yang aku buat jadi pujaan ramai hahaha!! ops, bukanlah aku buat seorang, dengan baaanyak bantuan membe KPI gak, si Wan dan idea2 penambahbaikan dari Akmal.

Di akhir hari, memang aku penat giler..

Tuesday 13 April 2010

Aliff Rayyan : Perkembangan

Aliff lagi.. nak wat camne.. kalau bukan Husna, of course cerita Aliff.. =D

**Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada kawan2 aku yg baru je menimang cahaya mata.. Ayu Ipin & Ochee (twin girls) serta Yani & Farid (girl juga).**



:: Hai!! sayalah model Kopiah ::

Aliff sekarang :
1) 6 bulan 1 minggu.
2) Berat last timbang arituh 8.3kg
3) boleh meniarap, golek2 dalam sekelip mata je dah sampai masuk bawah kerusi, pastu nangeh takleh kuar..4) Boleh sokong badan dengan 2 tangannya macam wat push-up
5) Kalau nyanyi tepuk amai2 sambil kita tadah tangan, nanti Aliff tepuk kat tangan kita tu.. (ni nenek Aliff yg ajo)
6) Kalau agah2, die seronok, akan jelir lidah die..
7) Asek mengundur jer.. pun sampai masuk bawah kerusi jugak

8) Boleh wat genggam gamit, actually ni ummy ajar kalau nak susu wat genggam gamit (belajar dr Baby Sign). =D
9) Suka masukkan jari dalam mulut, gatal gusi kot10) Kalau ada ayah die, Aliff sangat good boy, tak meragam.
11) Kalau ummy balik kerja, Aliff tengah tidur, Aliff akan jaga kalau dengar suara.
12) Aliff dah start mamam..

Sunday 11 April 2010

Aliff Rayyan : 1st time mamamm..

Hari ini ummy men'soping'kan diri utk membeli barang2 utk Aliff mamam & barang2 lain. Kami gi Babyland SS2, BMS Organic Damansara & Babyjaya.

Seperti dijanjikan sebelum ini, hari ini adalah hari 1st tbg Aliff mamam selain susu ibu..

::husna nak posing jugakk::

So utk 1st meal, ummy bagi puri pisang.

-----------------------
Resipi : Puri Pisang
1 biji pisang emas
susu ibu/air masakBold
Cara:
Blend pisang bersama sedikit susu ibu/air masak.(ummy lecek jer sampai halus)
Siap..boleh mamam..
-----------------------


So 4 hari pertama Aliff kene mamam puri pisang sebelum ummy bagi cuba makanan lain pulak. (tujuan 4 hari tu adalah utk membolehkan kita kesan kalau2 ada alahan dan bagi time utk baby biasakan diri dgn satu2 makanan tu..)

Awal2 ni ummy akan bagi puri buah-buahan (pir, pisang) dulu..pastu puri sayur2 pulak (carrot, brokoli, kentang, labu etc)..bubur nasi nanti dulu ok..

reaksi Aliff : agak2 konfius ko
t. bila suap, ngap pastu luahkan balik. bila sudu nak sampai dekat mulut, Aliff nak tolak ngan tangan die..

::habeh comot satu badan..::

Friday 9 April 2010

Wajib ke bagi makanan pejal kepada bayi selepas 6 bulan..


Bila Aliff dah masuk umur 6 bulan, dah mula ada suara2 bertanya bila nak bagi Aliff makan..
aku just boleh kata "nanti..nanti.. sabor..sabor.."

Pastu ada pulak macam2 pendapat.. ada yg kata "anak lelaki ni tak boleh biar lapar..nanti nangis 'buah' die jadi besar (angin pasang)", " lelaki ni makan banyak, susu tu tak mengenangkan. tu setakat hilang haus ajer, kene bagi makan.."
ada jugak yg cakap "4 bulan dah boleh bagi makannn.., ok ajer.."

well, kebanyakan pakar kesihatan dan pakar penyusuan bersetuju, yang terbaik adalah untuk menunggu baby sehingga 6 bulan sebelum memperkenalkan makanan pejal. Dah banyak research dibuat tentang isu ni but maklumat ni masih tak sampai kepada semua parents. (kadang2 sampai but level nenek2 ni yg tak sampai lagi..).

Pada umur 6 bulan ni, kebanyakan baby dah bersedia utk diperkenalkan dgn solid food (but bukan paksa makan yer..hanya perkenalkan. if baby still reject, ikut saja..maknanya dia belum bersedia..)

Walaubagaimanapun, kita tak perlu rigid, utk perkenalkan solid food masa baby 6 bulan.. boleh delay. Malah ada doktor2 recommend utk delay bagi solid food sehingga baby masuk 1 tahun..

Ada kebaikan utk delay solid food..iaitu:

1) Bagi baby lebih protection dari penyakit.Imuniti paling banyak diperolehi if baby exclusive BF.
2) Memberi masa utk sistem pencernaan baby utk lebih matang. Kalau awal sgt dah beri makan, makanan tak dicerna dgn baik dan akan sebabkan masalah lain cth: angin, sembelit, perut sebu dll.
3) Mengurangkan risiko alergi pada sesetengah makanan
4) melindungi baby dari iron-deficiency anemia.
5) melindungi baby dari mendapat obesiti masa dewasa
6) Membantu ibu utk maintain milk supply
7) membantu menjarakkan kehamilan. sebab BF ni antara kaedah utk perancangan keluarga.
8) memudahkan utk permulaan dlm memberi solid food kpd baby kemudian hari .

untuk lihat artikel penuh sila klik sini.

So kenapa nak rush? baby tu akan makan juga akhirnya..
pada aku takde masalah kalau baby delay ambil solid food.. kalau lewat bg makan tu adalah satu keburukan/mendatangkan penyakit pulak pada baby lelaki (angin pasang tu), kenapa pulak dalam Islam ada hukum najis mukhaffah/najis ringan iaitu air kencing anak2 lelaki yg belum sampai umur 2 tahun yg minum susu ibu sahaja..
Kalau macam tu mmg kalau tak beri anak makan sampai 2 tahun pun takpe. Even, ada sorg member forum bgtau, ada wanita arab bgtau dia, wanita2 arab mmg hanya breastfeed anak sehingga 2 tahun. Bila dah 2 tahun, baru anak tu diperkenalkan dgn solid food..takde hal pon..

Dulu2 orang bagi makan kat baby seawal 4 bulan.. (actually aku pernah dgr baby 2 bulan pun dah ada org bg makan).. konon2 tak jadi apa pun..hidup ajer..ok betul tak jadi apa masa tu. mungkin bila dewasa masalah timbul. obesiti, diabetes, darah tinggi etc.. aku pernah baca ada kajian kata wanita yg kene diabetes masa preggy ni ada kemungkinan diberi makan terlalu awal masa baby. tapi ye la.. kalau dulu2 org buat silap, takkan sampai zaman sekarang yg moden, lambakan ilmu dihujung jari ni masih nak teruskan amalan yg tak betul tu??

tak bolehkah kita berubah??

Kenapa orang kita ni pelik??

Aliff aku akan mula perkenalkan solid food mungkin lusa. Aliff baru 6 bulan 5 hari.
Kalau ikut aku, nak tunggu jer dulu.. pasal malas nak gaduh jer.. ALiff pun setakat minum dalam 9oz jer sehari..so, lapar sangat ker die..??

Aktiviti keluarga kami : Makan & makan.. =D

Salam & hi... okey ini cerita lama.. acik busy sikit lately.. semalam pun balik kol 8malam, nak stay lagi lama tapi takut dok sensorang kat level 10 ni.. (heh penakut rupenye aku ini..). tak sempat nak jenguk mailbox pun apatah lagi nak berblogging.. selepas dah hantar report utk AKPT2010 tadi kat CPK tingkat 3 ni.. barule acik leh menarik nafas lega.. and baru ler sempat nengok tenet..

just nak tempek gambar masa birthday Tok Andak (makcik ummy). actually gambar mahalnya (pada ummy lah yer..) adalah gambar di bawah ni.. Husna tolong letakkan badam dalam chocolate mould.. Husna ni kadang2 ada time asek la tanya kat ummy, "bila nak wat kek".. kadang2 berhari2.. so weekend tu buat kek untuk Tok Andak. Tok Andak said "nak kek coklat, simple ajer, 2kg..".. ok, sebab deco bebas, ummy suka suki nak cuba buat compound chocolate je, bukan jenis yg kene tempering tu (couveture chocolate)..nanti ler ade masa nanti buatlah..kes malas =D..

Disebabkan Husna beria2 nak tolong, ummy just minta dia letakkan badam2 dalam setiap petak. Part tuang coklat, ummy buat ( tu pun Husna mintak jugak nak buat sendiri..)..

::Husna tolong ummy leh??::

Husna sangat excited kalau ummy buat kek.. kesian jugak kat Husna sebab last year tak sambut birthday dia pasal kene bulan puasa.. errmm tahun ni pun bulan puasa juga.. posing kat kek orang lain aje lar ye sayang..

Ummy sebenarnya berangan nak buat kek spesel untuk Husna.. kalau saja2 buat birthday party masa bukan birthday aci tak?? =D

Btw, tema majlis arituh adalah "Arabian Night".. WHAT?? AGAINNNN???!!! =D

::Husna cam puteri arab tak? =D::

::coklat petak2 yg ada munger2 tu yg Husna tolong buat::


::kami kami::

Monday 5 April 2010

Aliff Rayyan : New Look

Huhuhu... sadis gak nengok Aliff yg telah tiada rambutnya.. semalam my SIL datang dengan famili dia sebab daughters dia nak swimming.. (kitorang yg dok situ pun dah dekat setahun tak gi kolam renang tu =D).

My SIL and en.suami yang menjalankan aktiviti membotakkan Aliff. Btw, aku rasa sangat sangat ralat sebab aku tak tau pun diorang ade projek nak botakkan Aliff (tengah sibuk masak mase tu), tengok2 je dah halfway botak dah. Ntah bile masa en.suami decide nak botakkan Aliff, aku pun tak tau.. memang rasa tak best!!..

Aliff tak duduk diam gak la..mungkin sebab rimas+miang rambut melekat kat badan dia..



..ummy akan rindukan masa2 ummy selalu cium rambut Aliff.. :'(


Aliff Rayyan (before)

Aliff Rayyan (after)