Sunday, 7 March 2010

LRT Tour...yang takde hasil..



heh..lama tak update blog. akhir bulan & awal bulan memang busy sikit kat unit baru ni. banyak paperwork nak buat.

Cuti maulidur rasul lepas, my family went to Lahad Datu untuk majlis merisik dan seterusnya bertunang untuk my brother Khushairy. Hanya 6 orang yang pergi, mak, ayah, acik, ende, alang, shairy, termasuk jugak yan (tunang shairy), kakak yan & anaknya. Aku sekeluarga pergi rumah mak (tempat berkumpul). Diorang bertolak hampir jam 12.00tengah hari. Flight ke Tawau jam 3pm.

Lepas semua bertolak, yang tinggal kat rumah masa tu aku,Husna, Aliff, anjang, T-sya,Jeehan,Hada,andak & fitrin. Kitorang decide pergi Ampang Park sebab aku & anjang dah plan nak pergi Tiny Tapir. So dengan 2 kereta, drive to stesen LRT Taman Jaya, park kereta kat situ, naik LRT ke Ampang Park. setiap kali naik & turun train, masing2 akan kira cukup tak 9 orang =D..nanti ada tertinggal pulak.Dah lama tak naik public transport especially LRT, rasa gayat le pulak..










errr dalam LRT pun nak berposing??


Sampai Ampang Park, tengok2 kedai tutup pulak. Aku ingat bukak sebab dah tgk website die, info kat situ bagitau 'open daily'.. so bukan bermakna bukak setiap hari ke including sabtu, ahad & public holiday? aku pun dah confused. Datang ramai2 tapi tak bukak..amaat menghampakan.. even ade pulak notes kat situ kedai tutup every wednesday.. oh..aku rasa tuan punya kedai should perbetulkan info dalam website ye..sangat tak betul ni...

so dengan hampanya..kitorang carik makan..semua dah kelaparan.. dari rumah dah decide nak makan pizza hut so terus head to pizza hut. tingkat satu without lift. terpaksa pikul stroller lah naik ke atas =D..kitorang yang ber9 orang ni amatlah kecoh dan mungkin memeningkan kepala staf kat situ.sorry lah yer..




















Dah siap kenyang semua, apa lagi.. naik LRT balik la.. balik rumah daaa.. Husna dah tertidur
dalam stroller dari stesen Ampang Park lagi.. Aliff maintain tidur dari dalam LRT-Ampang PArk-Pizza hut-Taman Jaya.. all the way tidur.. sampai stesen Taman Jaya nak masuk kereta
baru la Aliff terjaga.. baguihhh betu anak ummy... Juughuuhhh nyer..










so ituler aktiviti seharian.. naik LRT-makan-naik LRT balik.. misi asal tak tercapaii hadehh..

3 comments:

  1. erkk.. bersepah2 gambo.. nanti2 lah edit..tak sompat..lembaps bebenau tenet nih

    ReplyDelete
  2. mak aii..
    meriah nyer..
    tp the more the merrier kn...
    tetiber raser nk mkn pizza...
    abes la laki aku mlm nih..
    ahakssss =p

    ReplyDelete
  3. yani:
    syok jugak kan..lame tak buat bende2 ni..

    makan ler yani..selagi boleh makan tp still kene jaga okehh

    ReplyDelete