Tuesday 23 March 2010

Kalau suami minum susu isteri....?

"simpan susu tu elok2 dalam peti ais.. tulis besar2 "SUSU IBU"..nanti dollah terminum nanti ingat ape bende.. dulu ada artis tu siap bercerai dengan bini die sebab terminum susu bini die.. bini die simpan dalam peti ais la.."

erkkk.. aku diam ajer le bile mak aku bagitau cantu.. malas nak berbahas...

well, aku rasa memang ada orang akan fikir kalau suami minum susu isteri akan jadi anak susuan isteri??? biar betoll???

abeh kalau isteri tu minum susu sendiri jadi apa ya?? anak susuan sendiri??? =D. kalau emak/ayah si isteri yg terminum akan jadi anak susuan jugak ker?? dah tunggang terbalik jadinya...

So, adakah suami akan tukar status jadi anak susuan kalau terminum susu isteri? Jawapannya..TIDAK..

Kenapa?

--------------------------------------------------------------------------
Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya

Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.

2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.

3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."

(Hadis riwayat Ahmad)

nota: untuk lihat artikel penuh, sila klik laman di bawah.

***Artikel ini telah diambil dari laman web berikut: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic85_2001.htm

--------------------------------------------------------------------------------------------
Jadinya..syarat kedua itu tidak dipenuhi ya..

kenapa agaknya ditetapkan dibawah usia 2 tahun??

Pada pendapat aku, umur sekecil itu tentulah seorang dewasa yang berakal dan tahu hukum hakam memberinya susu dengan mengetahui anak itu akan jadi anak susuan.. kalau dah besar, kemungkinan untuk ambil sendiri, terminum akan ada..

Sedangkan ibu2 yang mengambil anak angkat bersusah payah nak menyusukan anak angkat sebelum anak itu sampai umur 2 tahun supaya jadi mahram...kalau dah besar panjang pun jatuh hukum anak susuan, tak perlu lah ibu2 ni bersusah payah mengejar masa tu.. anytime pun ok kan..?

Jadinya..suami boleh aje nak minum susu isteri asalkan tidak mengambil hak anaknya yang menyusu itu.. (cam nak conquer sorang2 ajer..)..

Tapi ade ke suami yang purposely nak minum susu isteri??? =D

2 comments:

  1. betol..syarat kedua itu tak dipenuhi

    x perlu riso

    ReplyDelete
  2. nozie,
    betul sangat..

    camne le org boleh fikir pelik2 ni..mengarut betul...

    ReplyDelete