Thursday 18 March 2010

Correct latch-on : Apa yang penting sangat?

Salam dan hi semua..
Kali ni aku nak menulis tentang breastfeeding juga (breastfeeding lagiiii...*sigh).. boring? well, tetikus di tangan anda..buleh aje tukar channel =D..

Memandangkan ada beberapa kawan aku baru bersalin, dan berniat untuk breastfeed tapi ada masalah pula.. ermm.. camner yer.. =D

Penulisan ni adalah berdasarkan apa yg aku tahu dan alami..bukan nasihat dari pakar laktasi yer sebab aku bukan pakar pon.. just to share..

Perkara pertama yang perlu diketahui adalah cara pelekapan (latching) yang betul. Kenapa pasal latching ni selalu ditekankan?

Actually kalau orang ajukan masalah macam:
1. anak tak puas minum
2. susu cam tak cukup sebab anak asek nangis
3. breast bengkak
4. anak menyusu berjam-jam
5. puting merekah,sakit masa nyusu

Selalunya perkara pertama yang akan disuruh adalah semak balik betul tak cara lekapan baby kat B tu. Kalau lekapan ok, baru perkara2 lain akan diambil kira.
Baby perlu masukkan sebahagian besar aereola dalam mulut die. Bibir baby macam mulut ikan, cam terjuih jer, dagu dekat dengan B.. kire ibu check la.. kalau baby just grab puting sahaja, memang sakit mak aiii.. kalau lekapan betul, kita boleh tengok baby tu hisap slow2 (bukan laju2) & nampak menelan.

::latching yg betul::


Memang ini sangat penting. Kalau tak yakin sama ada betul tak, sila dapatkan orang utk tengok (yang tahu ler..). Tolong ler jangan malu.. contohnya kalau ada nurse datang lawat kat umah tu, or pegi klinik kesihatan yg terdekat cari kaunselor laktasi (sebab not all yg tahu pun..)

Kalau latching tak betul, puting sakit satu hal..merekah..silap2 berdarah lagi yer..lagi trauma pulak. dahtu pulak, bila susu tak keluar, mungkin ada saluran susu tersumbat, yang akan menyebabkan bengkak, dah bengkak sakit, kalau masih bengkak dan tak boleh keluar susunya, akan jadi ketulan, boleh develop mastitis, breast abcess etc..bile dah camtu kene bedah untuk buang ketulan tu..

so pendek kata disebabkan masalah latching tak betul sahaja boleh menyebabkan bende lain yg lebih kritikal terjadi.

kalau nak lebih detail pasal pelekapan baby..silalah jumpa En.Google.. banyak ilmu free yang boleh diambil. Tengok video pun boleh kan??

Nak breastfeed pun kene study/belajar/dalami ilmunya jugak.. takde automatik pandai okehh..ibu kene belajar dan ajar anak..sebab baby tak belajar bende2 tu masa dlm rahim ok =D

4 comments:

  1. liza, aku suke sgt entry2 BF ko.. tp mmg betul pon.. mula2 mmg x pandai.. jiwa berkobar2 nak BF, tp awal2, almaklum xde experience, ade je mslh.. tp mmg kena kuat semangat nak BF nih kan? n yang penting kena ada org support.. (aisshhh cam nak wat entry br plak aku nih..)

    ReplyDelete
  2. ninie,
    aku dah experince 2 kali..1st gagal, 2nd alhamdulillah berjaya..

    melalui experience aku ni.. yang paling penting..
    1.ILMU
    2.ILMU
    3.ILMU
    4. sokongan suami
    5. bersalin kat hospital rakan bayi
    6. sokongan keluarga especially ibu
    7. sokongan tempat berkerja

    dan sang suami pun PERLU ada ILMU pasal BF ni.. kalau takat sokong buta2 memang out lah..

    =D

    ReplyDelete
  3. huishh tq la kuar entry ni di masa aku memerlukan..aku nak komen byk2 n nak lawat blog kwn2 pon xsempat nk bka laptop online guna Hp je la..pg tadi gi hospital check bb kuning lagi..jumpa pamplet penyusuan ibu.semangat ajak tjuk cara pelekapan yg betul..apa yg ko tulis tu sama ngn pmplet tu..mcm2 dugaan aku wei.. mlm 1st n 2nd xde susu kuar..niple aku takde lubang agaknye..tapi bb still isap..sampai...melecet dan berdarah..breast dh bengkak..bile blk kg. mak mertua aku urut kan breast br susu kuar..bnkak ketul ilang sikit..tp nipple still sakit...bila berurut 3 hari baru susu lancar.. bb kuning mybe mula2 xdpt susu.. uahahah...mnguji betullll

    ReplyDelete
  4. irma:
    bagusla dapat solve masalah bengkak tu..kalau nipple melecet tu memang problem latching beb.takde lain..

    pasni make sure baby latch betul yer.. kalau tak sampai bila2 ko akan masalah ni. pastu sentiasa bersihkan nipple takut tersumbat mane2..

    feed baby selalu..hopefully baby farrah cepat baik dr jaundis yer..

    sabar ya irma..=D

    btw,susu mmg akan keluar after 2-3days selepas bersalin.yg awal2 tu hanya ada kolostrum but memadai utk baby.

    ReplyDelete