Wednesday 31 March 2010

Bestnya zaman jadi student....

Bestnya zaman jadi student....

::Taman Negara Endau-Rompin::

:: (Majlis Sukan Antara Universiti) MASUM @ UKM::

::Cameron Highland (Gunung Irau & Brinchang)::

::Melepak2 di tepi Tasik Akademik::

::xtvt tiap2 petang tanpa jemu~kayak::


::Puncak Gunung Ayam, Dabong, Kelantan::


dan baaaanyaakkk lagiii.... =D

Tuesday 30 March 2010

Siapa nak jadi GRO???

Apa pendapat anda sekiranya terbaca iklan ini
.
.
.
.



aku?
1. kurang hajorr gi tampal iklan2 camni kat notice board lobi lif kat apartment kitorang.. hello, ni kawasan perumahan ada mak bapak datuk nenek yer.. notice board ni dah le sebelah surau..kurang hajorr!!

2. fuyyohh!! mahal gak gaji GRO yer.. ni gaji yg company2 offer mase aku fresh graduate dulu..untuk ENGINEER yer..

3. mesti target bebudak2 melayu sebab iklan dalam BM, pastu nak warganegara malaysia.. minah2 In*** & N*g** yg melambak2 kat area umah aku tu apsal ko taknak???!!
kalau iklan kerja kilang siap tulis TAKNAK warganegara malaysia yer.. melampau sungguh!!

4. disebabkan iklan ni ala-ala terang benderang dan tak tahu malu, ape kata letak post ni dalam SPA ke, jobsmalaysia ke, jobstreet ker...%^$&^%*!!

aku pun tak faham ler.. ada akal ker orang ni?? sensitiviti tiada???

....

iklan ni pada esok harinya aku tengok dah dikoyakkan..

Sunday 28 March 2010

Earth Hour..


Haiyah..actually nyer aku terlupe semalam tu ada program earth hour. Dah siap baca kat dalam lif kat JoKeR lagi.. siap remind diri sendiri nak plan utk earth hour..hampess..

Apsal leh tak ingat? sebab kitorang semua keluar gi carrefour subang jaya dekat kol 7malam..balik sampai umah dah dekat kol 10malam..
tapi kalau ikutkan memang tak bukak sebarang lampu or kipas lah kat umah.. kire aci tak?? =D

last year join earth hour program ni.. kitorang bergelap + berpanas lah.. tak pasang sebarang kipas/lampu.. mulanya en.suami pun agak blur2 time tuh nak pasang kipas tak, pasang tv tak.. iyelar.. kempen diorang tu setakat tutup lampu anda bla bla.. kitorang tengok jiran2 tutup lampu tapi ade bunyi tv terpasang..

ermmm.. tunggu next year pulak...

Friday 26 March 2010

Pasal 5s

salam & helo helo..

hari ni ada gotong royong untuk 5S..sempena anugerah kualiti pejabat..

apeke mendenye 5S?

sisih-susun-sapu-seragam-sentiasa amal..

tu bahasa melayu kalau bahasa jepung nye seiri-seiton-seiso-seiketsu-shitsuke

aku in charge upgrading 5s yang sebelum ni ngan 2 org membe but dua2 coti puler..


tapi sebab nak membuat mende2 5s ni, aku & tempat aku pule yang jadi 5s:

serabut-sengal-selekeh-se..se..se..saya nak balikkk...alamak dah kol 5pm..waktu balik daaaa...hi


::tempat aku dah jadi serabut daaa::

....ok mari tengok gambar anak2 aku ajer..

ALiff dah 5bulan setengah, berat 8.3kg.. =D



::Husna & Aliff::

Tuesday 23 March 2010

Kalau suami minum susu isteri....?

"simpan susu tu elok2 dalam peti ais.. tulis besar2 "SUSU IBU"..nanti dollah terminum nanti ingat ape bende.. dulu ada artis tu siap bercerai dengan bini die sebab terminum susu bini die.. bini die simpan dalam peti ais la.."

erkkk.. aku diam ajer le bile mak aku bagitau cantu.. malas nak berbahas...

well, aku rasa memang ada orang akan fikir kalau suami minum susu isteri akan jadi anak susuan isteri??? biar betoll???

abeh kalau isteri tu minum susu sendiri jadi apa ya?? anak susuan sendiri??? =D. kalau emak/ayah si isteri yg terminum akan jadi anak susuan jugak ker?? dah tunggang terbalik jadinya...

So, adakah suami akan tukar status jadi anak susuan kalau terminum susu isteri? Jawapannya..TIDAK..

Kenapa?

--------------------------------------------------------------------------
Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya

Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.

2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.

3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."

(Hadis riwayat Ahmad)

nota: untuk lihat artikel penuh, sila klik laman di bawah.

***Artikel ini telah diambil dari laman web berikut: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic85_2001.htm

--------------------------------------------------------------------------------------------
Jadinya..syarat kedua itu tidak dipenuhi ya..

kenapa agaknya ditetapkan dibawah usia 2 tahun??

Pada pendapat aku, umur sekecil itu tentulah seorang dewasa yang berakal dan tahu hukum hakam memberinya susu dengan mengetahui anak itu akan jadi anak susuan.. kalau dah besar, kemungkinan untuk ambil sendiri, terminum akan ada..

Sedangkan ibu2 yang mengambil anak angkat bersusah payah nak menyusukan anak angkat sebelum anak itu sampai umur 2 tahun supaya jadi mahram...kalau dah besar panjang pun jatuh hukum anak susuan, tak perlu lah ibu2 ni bersusah payah mengejar masa tu.. anytime pun ok kan..?

Jadinya..suami boleh aje nak minum susu isteri asalkan tidak mengambil hak anaknya yang menyusu itu.. (cam nak conquer sorang2 ajer..)..

Tapi ade ke suami yang purposely nak minum susu isteri??? =D

Sunday 21 March 2010

Dadih Susu Ibu =D

salam dan hi..

yaa.. akhirnya aku berjaya merajinkan diri sedikit dari kebiasaan untuk menyediakan dadih ni.. itupun lepas tengok deep freezer tu dah tak boleh nak menampung EBM lagi..

so aku telah mengeluarkan 6 botol (5-6oz) + 22 bekas dadih (4oz) untuk tujuan itu lah.. amaun nyer lebih kurang 115oz (dlm 3liter). EBM tu mostly adalah bulan Oktober punyer.. (nota: EBM tahan 6bulan dlm deep freezer).

::antara bekas EBM yg terlibat (sila abaikan pandangan yg menyemakkan dibelakang itu =D)::

::EBM dicairkan::

::dadih siap::

::balance EBM yg masih ada dlm deep freezer..err belum luak suku pun::

::husna menikmati dadih susuibu perisa mangga::

so dadih mangga ni memang khas untuk Husna lah..dan Husna pun sangat suke hihi..risau jugak mula2 tu Husna nak ke makan.. sebab bila aku keluarkan bekas2 EBM tu and cakap nak buat jelly, dia bagitau ayahnya yang ummy nak buat jelly Aliff.. cuak gak.. tapi kalau Husna takmo makan pun, alamatnya aku lebur ajer lah semuanya masuk En,Tong (tong sampah).

Lepas habis semua nak buat pulak dadih perisa coklat ker stoberi ker.. tapi yg pasti bukan perisa laici sebab nanti warnanya putih..Husna akan reject sebab tu susu Aliff katanya..

nota: dadih ni guna dadih segera ajer..

Friday 19 March 2010

:: Demam Kuning / Jaundis ::

Ok.. harini cerita pasal Jaundis/demam kuning.. still related dgn BF..(lagi?? *sigh)=D..

Melalui beberapa bahan bacaan aku..

50% baby yg lahir cukup bulan akan kene jaundis dan berlanjutan sehingga 14hari.
80% baby pramatang akan kene jaundis dan mungkin mencapai sehingga 2bulan.

so nampak cam normal kan? tapi bukanlah bermaksud boleh ambil ringan yer..

Asyrani Husna dan Aliff Rayyan. Kedua-duanya kena demam kuning/jaundis masa awal2 kelahirannya. Tapi Aliff paling lama.. lebih 2 minggu jugak. Keadaan lebih sukar disebabkan Aliff ni sleepy baby. Berdasarkan apa yg aku pernah baca, memang jaundis menyebabkan baby tend to sleep all day dan baby yg sleep all day mmg akan develop jaundis sebab diorg akan kurang BF.

Boleh tengok gambar2 diorg ni

::Asyrani Husna~nampak tak kuningnya?tengok mata die::

::Aliff Rayyan~mmg ketara kuning::


Biasanya untuk ibu2 yg BF, kalau baby kene jaundis, disarankan untuk menyusukan bayi dengan kerap setiap 2 jam. Kalau baby baru hisap sikit dah tertidur,kena kejutkan jugak untuk BF. Ada banyak cara untuk kejut baby..contohnya cuit dagu die masa terlelap tu, urut2 badan die slow..but yang paling berkesan utk Aliff ialah dengan tanggalkan baju die, kira apakai diaper aje..(cara lain tak lut =D).

Memang adalah sangat best kalau baby tido lama2 kalau masa pantang kan.. sebab ibunya sangat busy dengan nak berurut,bengkung,berbedak, param, tungku bla..bla..jadi sangat penat and nak rehat lebih..biasanya kalau baby tido, mesti rasa ohh bestnyaa...(hahaha..ni aku pon sama hehe..)

Tapi actually ini adalah antara kesilapan yg berlaku. Adalah sangat penting untuk bayi kerap menyusu supaya bayi dapat buang air besar dan kecil dengan kerap. Susuibu tu sejenis laxative (betul ke aku eja ni..), yg buatkan baby mudah buang air besar. Bila semua bende2 tu dibuang dengan kerap, najis bayi yg warna hijau kehitaman (mekomium) tu dapat dikeluarkan dengan cepat yang membolehkan jaundis tu cepat surut. Mekomium tu kalau masih terkumpul dalam badan baby, meningkatkan paras bilirubin dalam darah yang meningkatkan risiko baby dapat jaundis (err..aku memang malas tulis ayat teknikal haha). Untuk pengetahuan, najis BF babies adalah warna kuning mustard. (Najis Aliff pun masih maintain cantu =D).

Lagi satu yang perlu dibuat adalah 'jemur baby'.

Masa bersalin Aliff, doktor siap pesan utk 'jemur' baby waktu pagi (kol 8-10am). Masa tu pulak musim tak panas..pagi2 mendung ajer..boleh kata dalam seminggu dapat jemur sekali ajer tu pun sekejap hish..

Jemur bukan direct yer cam jemur baju/sunbathing haha..tu salah!!. (Ada tau membe aku buat camni..kesian baby die habih sunburn..). Cukup sekadar letak baby kat area yg cahayanya masuk cam porch, dalam bilik dekat dgn tingkap pun takpe janji memang kene. Dahtu baby hanya pakai diaper..bukan pakai baju cantik2 siap bedung yer..(err..yg ni aku yg buat masa Husna,takde ilmu masa tu..) kita nak kenakan cahaya tu direct pada kulit die. kalau treatment kat hospital pun diorg letak bawah lampu biru tu, baby mana ada pakai baju kan? =D

Ada beberapa jenis jaundis. Ada jaundis fisiologi, jaundis phatologic dan ada salah satu disebut jaundis disebabkan BF. Kalau jaundis jenis BF ni, tidak berbahaya dan teruskan sahaja dengan penyusuan. Ibu2 should elak dari makan apa2 jamu/herba (selain ubat yg dibekalkan doktor) sebab kadang2 dipercayai ada efek jugak kat baby. Jangan risau, bila baby dah besar sikit (let say few weeks, boleh start makan jamu tu..).

Betul nak kene jaga badan bagi mantop balik la ketat sana sini la..takut suami cari lain la.. bla bla bla.. but time pantang adalah kritikal untuk bayi. Apa2 pun ibu2 should decide yang mana lagi penting : nak cantik cepat ke kesihatan bayi...=D. Ada banyak masa untuk cantik... kalau ada suami yang tak memahami tu..ermm..pada aku tak layak jadi suami/bapa.. sorry laa..

la la la la.....

Thursday 18 March 2010

Correct latch-on : Apa yang penting sangat?

Salam dan hi semua..
Kali ni aku nak menulis tentang breastfeeding juga (breastfeeding lagiiii...*sigh).. boring? well, tetikus di tangan anda..buleh aje tukar channel =D..

Memandangkan ada beberapa kawan aku baru bersalin, dan berniat untuk breastfeed tapi ada masalah pula.. ermm.. camner yer.. =D

Penulisan ni adalah berdasarkan apa yg aku tahu dan alami..bukan nasihat dari pakar laktasi yer sebab aku bukan pakar pon.. just to share..

Perkara pertama yang perlu diketahui adalah cara pelekapan (latching) yang betul. Kenapa pasal latching ni selalu ditekankan?

Actually kalau orang ajukan masalah macam:
1. anak tak puas minum
2. susu cam tak cukup sebab anak asek nangis
3. breast bengkak
4. anak menyusu berjam-jam
5. puting merekah,sakit masa nyusu

Selalunya perkara pertama yang akan disuruh adalah semak balik betul tak cara lekapan baby kat B tu. Kalau lekapan ok, baru perkara2 lain akan diambil kira.
Baby perlu masukkan sebahagian besar aereola dalam mulut die. Bibir baby macam mulut ikan, cam terjuih jer, dagu dekat dengan B.. kire ibu check la.. kalau baby just grab puting sahaja, memang sakit mak aiii.. kalau lekapan betul, kita boleh tengok baby tu hisap slow2 (bukan laju2) & nampak menelan.

::latching yg betul::


Memang ini sangat penting. Kalau tak yakin sama ada betul tak, sila dapatkan orang utk tengok (yang tahu ler..). Tolong ler jangan malu.. contohnya kalau ada nurse datang lawat kat umah tu, or pegi klinik kesihatan yg terdekat cari kaunselor laktasi (sebab not all yg tahu pun..)

Kalau latching tak betul, puting sakit satu hal..merekah..silap2 berdarah lagi yer..lagi trauma pulak. dahtu pulak, bila susu tak keluar, mungkin ada saluran susu tersumbat, yang akan menyebabkan bengkak, dah bengkak sakit, kalau masih bengkak dan tak boleh keluar susunya, akan jadi ketulan, boleh develop mastitis, breast abcess etc..bile dah camtu kene bedah untuk buang ketulan tu..

so pendek kata disebabkan masalah latching tak betul sahaja boleh menyebabkan bende lain yg lebih kritikal terjadi.

kalau nak lebih detail pasal pelekapan baby..silalah jumpa En.Google.. banyak ilmu free yang boleh diambil. Tengok video pun boleh kan??

Nak breastfeed pun kene study/belajar/dalami ilmunya jugak.. takde automatik pandai okehh..ibu kene belajar dan ajar anak..sebab baby tak belajar bende2 tu masa dlm rahim ok =D

Monday 15 March 2010

Peranan Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Salam & Hi..

Pagi2 cari Encik Google cari any artikel berkaitan peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. Sengaja ajer nak cari info untuk tambahan maklumat dan untuk dikongsikan kepada kawan2.

Salah satu perkara yang boleh menjayakan dan menggagalkan BF adalah 'suami'. Kadang2 ada isteri mengeluh suami tidak menyokong BF. Artikel ni saya jumpa di Sarakids. Artikel ini ditulis sendiri oleh suami Farah ni yer.. so from husband to husband lah kiranya..

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi .

Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan.

Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak.

Suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu .

Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. (amboi…..-farah-)

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah.

Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama .

Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public).

Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk).

Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berulang alik ke klinik.

Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu.

Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Allah berfirman (utk kaum suami):

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

----

Bagus kan suami Farah ni.. lebih ramai suami yang ada pengetahuan tentang BF ni insyaAllah akan menjayakan lebih banyak lagi penyusuan susu ibu..

sekian, terima kasih..

nota : to en.suami, terima kasih sebab menyokong keputusan saya untuk BF.. tapi kene kasi 'up' lagi ehh, sebab belum cover semua ni hehe =D (errrr...boleh yer request kat sini..)

Marahkan Husna Kerusi Dibakar..

Pernah dengar pepatah 'kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar'?..
Haaaa... semalam ada ada pepatah baru..'kerana marahkan Husna, kerusi mau dibakar'..

Apa kes?
Husna ni ada fi'il yang memang akan menaikkan darah ummy & ayahnya iaitu makan sambil mengotorkan segala tempat berdekatan tempat makan itulah..
kalau makan kat meja,habis satu meja kotor dengan makanannya. Baju kotor tak usah cakap, memang satu hari 3-4 kali tukar baju. Kadang2 memang rasa dia sengaja kotorkan, macam satu keseronokan kot untuk dia.

Kitorang limit kan jugak area tempat makan Husna but kalau makan sambil jalan sana sini cam makan biskut, memang merata lah kotornya.

Salah satu spot favourite Husna adalah kerusi panjang/sofa (layakkah dipanggil sofa ya?=D). Memang amat pantang untuk Ayah kalau Husna makan dan sepahkan makanan kat sofa tu. Even kalau bawah sofa tu macam2 barang Husna campak..sudahnya ayah cabut kaki sofa tu taknak ada ruang kosong bawah sofa =D..Pernah jugak Husna selit biskut, remote TV, biji kurma, mainan kat celah2 sofa tu.. Hangin aje Ayah.. =D

Kes semalam macam biasalah Husna makan biskut..bersepah serdak2 biskut atas sofa..hangin juge lah ayahnya..
lalu terkeluar dari mulut.. "Husna, karang ayah bakar kerusi semua ni karang!!!..."

Kah kah kah..tergelak sakan aku.. marahkan Husna mau dibakar sofanye? adoyaiii!!! bolehkah anda bayangkan??=D

lalu ummy cakap dengan ayah.."besok nak tulis blog lah dengan tajuk 'marahkan husna, kerusi dibakar' kahkahkah.."..

ayah buat muka bengang hehe..
(balik rumah nanti jangan marah yer.. =D)

::alahai anak manja ayah ni..::

Sunday 7 March 2010

Husna buat apa tuuuu???

Cuba teka apa Husna sedang buat?



Husna is breastfeeding 'in public' =D.

oh sila berhati-hati ye sayang sebab nampak auratss. Cover dengan nursing cover okehh..
Don't worry sayang, when the time comes, ummy will guide you through it.. i love you.. =D

LRT Tour...yang takde hasil..

heh..lama tak update blog. akhir bulan & awal bulan memang busy sikit kat unit baru ni. banyak paperwork nak buat.

Cuti maulidur rasul lepas, my family went to Lahad Datu untuk majlis merisik dan seterusnya bertunang untuk my brother Khushairy. Hanya 6 orang yang pergi, mak, ayah, acik, ende, alang, shairy, termasuk jugak yan (tunang shairy), kakak yan & anaknya. Aku sekeluarga pergi rumah mak (tempat berkumpul). Diorang bertolak hampir jam 12.00tengah hari. Flight ke Tawau jam 3pm.

Lepas semua bertolak, yang tinggal kat rumah masa tu aku,Husna, Aliff, anjang, T-sya,Jeehan,Hada,andak & fitrin. Kitorang decide pergi Ampang Park sebab aku & anjang dah plan nak pergi Tiny Tapir. So dengan 2 kereta, drive to stesen LRT Taman Jaya, park kereta kat situ, naik LRT ke Ampang Park. setiap kali naik & turun train, masing2 akan kira cukup tak 9 orang =D..nanti ada tertinggal pulak.Dah lama tak naik public transport especially LRT, rasa gayat le pulak..










errr dalam LRT pun nak berposing??


Sampai Ampang Park, tengok2 kedai tutup pulak. Aku ingat bukak sebab dah tgk website die, info kat situ bagitau 'open daily'.. so bukan bermakna bukak setiap hari ke including sabtu, ahad & public holiday? aku pun dah confused. Datang ramai2 tapi tak bukak..amaat menghampakan.. even ade pulak notes kat situ kedai tutup every wednesday.. oh..aku rasa tuan punya kedai should perbetulkan info dalam website ye..sangat tak betul ni...

so dengan hampanya..kitorang carik makan..semua dah kelaparan.. dari rumah dah decide nak makan pizza hut so terus head to pizza hut. tingkat satu without lift. terpaksa pikul stroller lah naik ke atas =D..kitorang yang ber9 orang ni amatlah kecoh dan mungkin memeningkan kepala staf kat situ.sorry lah yer..




















Dah siap kenyang semua, apa lagi.. naik LRT balik la.. balik rumah daaa.. Husna dah tertidur
dalam stroller dari stesen Ampang Park lagi.. Aliff maintain tidur dari dalam LRT-Ampang PArk-Pizza hut-Taman Jaya.. all the way tidur.. sampai stesen Taman Jaya nak masuk kereta
baru la Aliff terjaga.. baguihhh betu anak ummy... Juughuuhhh nyer..










so ituler aktiviti seharian.. naik LRT-makan-naik LRT balik.. misi asal tak tercapaii hadehh..

Aliff Rayyan : meniarap

Gambar2 ajer..
*backdated*
golek-golek terus tertiarap..
dah berjaya ummy.. tapi tangan Aliff tersepit..

isk isk..camne ummy.. tangan takleh kuar..

try lagi..try lagi..

haaaaa.... legaaa.. dapat keluarkan tangan..

uh uh uh.. ummy.. kepala Aliff rasa berat lah.. camne nak tegakkan??

Aliff nak rehat..penat..
nota:
Aliff boleh meniarap tapi kepalanya masih belum dapat bertahan lama2... kali pertama ummy tengok Aliff meniarap adalah pada 13Februari2010 kat umah Tok Andak/Tok Su di Bukit Subang. Tahniah Aliff!!







Friday 5 March 2010

Mood...hilang..

salam..
ermmm..wa takdak mood harini.. nak datang kerja pun takde hati..
nasib harini ada kursus je, kalau tak..hmm..

Dah 2 hari EL sebab Aliff demam, kejap surut kejap naik balik suhu badan dia. Semalam pukul 2.30pagi kitorang pergi klinik sebab panas sangat badan Aliff. Check kat rumah, suhu dekat 39darjah.

Aliff, senyum pun dia tak larat.. 2 hari tak dapat tengok Aliff senyum.. sayu je pandangan mata dia..
owwhhh sedihnya hati ummy.. huhuhu..

nota: Husna pun selsema tapi masih dalam tahap boleh dikawal..

Tuesday 2 March 2010

Kisah pengorbanan ibu menyusukan anaknya

Cerita ni aku ambil dari laman Susuibu.com. Di'post' oleh mnorhuda, dia pun dapat dr emel. Siapa pemilik cerita ni aku pun tatau (kalau pemiliknya baca, minta izin yer paste kat sini..)

just to share..
sharing is caring =D

---------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

Mak..
Mak igt tak adik dr kecil smpi besar
Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn perangai
Anak bongsu mak sorang nie

Disaat spt itu lah mak suka
Bercerita dgn adik ..terutamanya
Pengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik
Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan ??
Mak bersalin kan adik semasa
Kandungan berusia 7 bulan

Mak cakap mak mengalami kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan
Mak pula ketika itu hanya
Menaiki basikal tua tuk
Menjual kuih..masa mak cerita tu
Adik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?

Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan
Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH
Adik selamat…

Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
mcm mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg

Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu
Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan ??

Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagu pon mak kata kita tak mampu
Nak beli pam sebab bapak pon
Kerja sebagai tukang kebun jer
Di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
Belikan mak pam& nak beli susu tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nie
MAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!
Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik
Kena guna tiub yg disediakan…masa tu
Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan
Yg mcm tue…

Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad
Sebab mak terlalu lama kat sana & adik pulak
Masih kena tinggal di dlm kotak oksigen tu lagi..

Mak tanya doctor susu mcm mana??
Doktor cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu
Doctor tak ada pilihan melainkan
Setuju dengan mak..

Bila adik tanya mak cam mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…

Mak…
Walaupon mak jawab ngan senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..
Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse…

Mak..

Mak igt tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘
Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..


Mak cakap hanya guna susu mak jer
Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??
Hehehe mak senyum jer..
mak cakap mak tak tau byk
Cuma mak tau byk antibody jer…

Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH
Itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie…
Mak cakap tak der susu lain yg terbaik
Selain dari susu mak kan ??

Mak
3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
Tapi mak kata adik dah tak dok dlm ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu
Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2…adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak
Hehehehe kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.
Mak igt tak???

Mak ...
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan ??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
Bila adik tanya mak naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2
mak tak nak adik sakit lagi

Mak...
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan ..
Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan ??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak …
Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan ??

Mak..
Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana penat lelah mu mak
Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..

Mak…
Mak igt tak semasa adik balik dr ngaji
Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan ??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam
Belakang surau tu..mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marah
Adik takut kena pukul..tapi bila malam tiba
Adik cakap terus terang jer..
Mak terus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
Sebab anak yg minum susu ibu nya dengan baik
Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..
Maafkan la nyah…tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue...
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..
Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan ???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..
Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak
Begitu kuat pendirian mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mastu seronok kan ??
Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan ??

Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…
Mak marah adik…

Mak terus cakap kat kawan adik
Kalo betol suka kan adik
Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi

Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie
Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..
Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..


Mak
Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..

Mak
Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saraf tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2
Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan

Mak..
Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk adik tak tahan mak …
Tak tahan tgk mak seperti itu…

Mak…
Selepas mak dikeluarkan hospital
Kami adik beradik beli
Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak
Melakukan fisioterapi di umah

Mak..
Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik
Tak akan putus asa adik akan ikut
Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..
Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali
Adik balik kerja?? mak igt tak??
Ada satu hari lepas adik mandikan mak
Adik terus cium mak adik cakap kat mak
Yang adik mengandungkan??
Masa tu mak suka betol…manis betol senyuman mak

Mak
Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..
Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak
Gi toilet ngan menantu mak tue…

Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …
Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan ??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…

Mak..
Tak lama lagi kita nak raya..
Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…

Mak
Lagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..
Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2
Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis

Mak..
Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..
Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..
Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun
Adik tau mak dah tak ada deria rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak
Berikan pada adik
Ya Allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..

Mak
Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni adik tido ngan mak kan ??
Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi takut nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…
Tapi mak senyum jer...

Mak..
Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan ??
Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…
Mak suruh adik Janji ngan mak kan ???
Mak igt tak??

Mak
Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak…
Hari nak malam nie…
Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah
Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..
Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..
Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ...
Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan ..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…mak nmpk kan ??
Lepas tu mak di kapan kan ..dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan

Mak ..
Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan …

Mak
Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat ..
Rupa nya surat mak kepada anak2 mak...
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh
Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..
Sejak ari tu mmg kami adik beradik
Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..
Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan ??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH


MAk..
Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..
Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..
Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan ??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..
Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI...
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak…
Cukuplah sampai disini dulu..
Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…
Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..

Mak..
Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
Supaya menjadi renungan…

Mak..
Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..
Adik berenti dulu yer mak… ASSALAMUALAIKUM