Friday, 19 February 2010

Kalau stok EBM habis kat rumah pengasuh nak buat ape?



"kalau susu habis kat rumah pengasuh/nursery, kita nak buat apa?.. Kalau EBM habis kat nursery nak stand by apa utk bagi baby?baby saya baru 3 bulan..."

ok, nanti2...jangan bagi air masak ke..glucose ker..nestum ker..bubur ker.. baby awak tu kecik lagi...

cadangan saya:

1. bekalkan EBM lebih sikit dari yang baby minum kpd bbsitter.jangan bagi ngam2.

bbsitter/pengasuh kebiasaannya dah tau berapa banyak bb akan minum setiap hari.. so tanyalah bbsitter tu berapa banyak baby minum and berapa kali dalam masa sepanjang kita bekerja. so katakan baby minum 3ozx4kali=12oz, silalah bekalkan lebih. cadangan saya, bekalkan 12oz+3oz lagi so jadi 15oz. sebaiknya berilah baby fresh EBM. kalau dapat, bekalkan 4botol fresh EBM + 1botol frozen EBM. Pesan kat bbsitter, habiskan yg frozen dulu baru bg fresh EBM. kalau tak habis bekalan yg fresh tu masih boleh dibekukan selepas tu.

2. Kalau ofis berdekatan dgn nursery, hantar EBM yg telah dipam kat office segera. Kalau stok EBM habis tu dah tentu la dekat2 petang gitu kan? takkan pagi2 buta EBM dah habis..tak masuk akal betul takkk? so mesti paling tidak pun dah ada 2 sesi mengepam.

3. Amek ler half day ke emergency leave ke, amek baby, direct feed baby. pastu besoknya bagi bekal EBM lebih kpd pengasuh ye..


4.Kalau stok takde/licin, ambillah cuti 2-3hari ke, buat power pumping. kadang2 pam office pun tak berapa nak bagus hasilnya disebabkan stress,penat dll..

usaha dulu okeh..jangan mudah mengalah..

chaiyokk!!


oopppsss!! kat malaysia takley wat canni ekk..

kalau baby baru 3bulan atau dibawah 6bulan, saya percaya masalah takde stok ni antaranya disebabkan masa pantang tak mula buat stok.

so utk kawan2 saya esp yg tengah preggy, saya pesan, tolong la buat stok awal2 dan bila masuk kerja, pastikan schedule mengepam tu dipenuhi.. awal2 seeloknya 4 kali pam, kalau tak dapat pun mesti at least 3 kali. kalau 2 kali jer memang boleh merudum pengeluaran susu anda ye.. nak nya nature kerja kita yg banyak dok luar/site visit/audit luar/outstation..kalau naik kereta dengan staff lain, kene tebalkan jugak muka utk pam.. kalau gi site naik kereta sendiri, boleh pam dlm kereta, sambil drive pun boleh (hands free) =D.

No comments:

Post a Comment