Monday, 22 February 2010

Masa yang sesuai untuk beli pam



kebanyakan parents especially untuk new parents lah.. excited dengan kelahiran anak yang dinanti2 selama ni so segala jenis barangan bayi dah dibeli dari katil, bantal, selimut, cadar, disposable/cloth diapers, botol susu..alaaa kira segala lah.. termasuk yang tak perlu beli cam puting tiruan, buaian, stroller, walker pun ada.. tengok brand amboiii!! ade combi, graco, guess baby.. kalau setakat anakku, sweet cherry, pigeon tak mainn laa...hahaha..

so dah excited beli semua barang canggih2.. bile baby lahir.. tengok2 alamakkk!! kene beli pam susu lah.. tengah pantang, takley kuar..camne ni? soh suami beli..die pegi beli pam hon mamak jual roti tu..takde brand pulak tuu.. bile pam, sakit, tak kuar susu pon..so pikir, susu takde, sikit, tak boleh BF anak lah.. sumbat artifial milk/susu lembu jer..end of story hahaha!!!

okeh.. itu pun ANTARA bende yg aku alami masa anak 1st okeh (kecuali membeli barang2 branded..tak kuase den =D).. tapi kes aku lagi best, belum sempat beli semua barang, baby dah nak lahir sangat. baru survey2 barang kat internet, dah terberanak.. note: Husna lahir masa 35wks =D

ada yang menyuarakan persoalan masa bila nak beli pam? sebelum bersalin or selepas bersalin..

pendapat aku (ditekankan disini), aku vote untuk beli pam sebelum bersalin. bila kandungan mencapai umur 7bulan atau masa tengah segar bugar berjalan sana sini cari/beli barang baby, masa ni lah yang sesuai beli pam. beli pam ni bukan cam beli baju baby okehh.. perlu survey dari segi kemampuan dan penggunaannya supaya dapat guna pam secara optimum setanding dengan harga dan spesifikasinya.

oh ya.. kalau perlu beli pam yg super baik, sila jangan carik di carrefour,tesco, 99 speedmart, 7eleven, jusco (but jusco ade brand Avent) bla bla.. sila cari di kedai khas menjual barang2 baby cth: mothercare, bebehaus (contoh ajer okeh..).atau kedai bb online cam susuibu.com etc.

kenapa perlu beli pam sebelum bersalin?

1. selepas bersalin pam diperlukan untuk merangsang pengeluaran SI (susu ibu) terutamanya sekiranya bayi tidak dapat memberi rangsangan secara terus cth: baby premature/bermasalah dok NICU ke (nauzubillah).. baby tidor sepanjang masa takmo bangun nyusu ker.. jaundice kene tahan kat wad..etc..

2. kebanyakan suami tak tau pam apa yang bagus untuk digunakan. kebanyakannya kalau sebut pam susu akan terbayang pam hon mamak tu jer.. tak percaya? cuba la tanya mane2 lelaki. syabas buat lelaki yang ambil berat tentang gajet2 penyusuan SI ni..
memang ada segelintir ibu2 yg berjaya dgn setakat guna pam hon ni tapi pada saya kebanyakannya tak berjaya. pam yang baik adalah yang menyamai atau hampir menyamai suction baby. barulah boleh merangsang let-down refleks dan seterusnya menjayakan penyusuan SI.

3. pam juga akan digunakan semasa pantang untuk melegakan breast (B) yang engorged atau blocked duct akibat kegagalan bayi mengosongkan B sepenuhnya. kadang2 baby ni asek le nak tido, kadang2 skip meal time die.. kadang2 baby minum tak banyak, B masih rasa full..so ibu2 perlu pam dan simpan susu as EBM.

4.untuk membuat stok EBM sebagai persediaan untuk kembali berkerja. owh..silalah buat stok awal2.. sangat penting..

5. kalau housewife? perlu pam tak? pada saya perlu jugak sekurang-kurangnya pam manual. kenapa? ntah..untuk emergency..ermm.. saya pernah baca sorang housewife pakai Medela Freestyle (FS) okehh..jangan tak caye..

nota: FS adalah pam idaman aku dulu tapi lambat benaw masuk M'sia so aku rembat Pump In Style Advance Backpack (PISA). kalau sekarang mengeluarkan statement nak beli FS mau kene pancung dgn en.suami haha!! why?bcoz rege FS adalah rm2299.

ada seorang membe kat ofis akan melahirkan anak tak lama lagi.. ada gak die tanya2 aku pasal pam ni.. mulanya die pun tak pasti nak beli sebelum bersalin atau tak sebabnya suaminye kata tengok dulu la baby nanti boleh breastfeed tak.. kalau boleh baru beli, kalau tak boleh takpayah beli pam..

pergghh.. aku cakap (dgn nada lembutttss giteww..), pemikiran begitu sebenarnya memberi peluang untuk kita tidak mem'BF'kan anak kita sebab kita dah letak option kat situ.. kalau kita betul2 determine nak BF bb, silalah buat keputusan yg betul dan yakin..jangan menoleh kepada option lain okehh..

btw, membe tu dah pun beli pam.. alhamdulillahh... =D






Cerita-cerita tak best sepanjang Februari



6/2
Dapat sms dari Azeem bgtau KPPK UPPJ Selatan Hj Sharom passed away. Agak mengejut sebab the day before baru nampak die sihat je dalam perjumpaan mentor-menti kat office. Menurut Hafis (ex-unit member =D), arwah mengalami sesak nafas selepas berjoging, meninggal semasa dalam perjalan ke hospital. innalillah.. takziah buat keluarga Hj Sharom.

9/2
En.suami called bagitau kak bah (my SIL) dah bersalin but baby passed away. my SIL said dapat rase bb gerak but few minutes later dah tak gerak. mase tu she was only 5months preggy. (is this consider as miscarriage?).


11/2-21/2 (Not sure bile tarikh sebenar sbb aku selalu dapat berita paling last je..)
Pak ngah sesak nafas. Gi Hospital Tanjung Karang, transfer ke Hosp Sg Buloh. Admitted few days kat ICU, tak sedarkan diri (di'pengsan'kan). Alhamdulillah, last Monday ende said, pak ngah dah sedar.
And yesterday went to Hosp Sg. Buloh . pak ngah cakap nak keluar hospital petang tu. tengah menguruskan dokumentasi2 terlibat. Ok selesaii..syukurrr!!.. sila kurangkan (lebih baik hapuskan) tabiat merokok anda dan amalkan gaya hidup yg sihat..sekian terima kasih..=D

19/2
Last Friday masa nak amek Aliff and Husna (kat umah mak), mak cakap Liya anak maklong nizah accident ngan Merc. Moto ngan merc. Mase tu dah 4jam Liya under surgery sbb ada darah beku kat kepala.. Yesterday called Usu (nak tanya pak ngah wad berapa jer..), she said Liya's getting better..alhamdulillah..

20/2
Sabtu petang dapat sms dari Kak Ros WUSB bgtau ibu kepada Cik Wan Mastura SPNB telah kembali kerahmatullah. Cik Mas ni pernah berkerja bersama2 masa aku kat ofis lama dulu. Takziah buat keluarga Cik Mas.

Owh Februari masih belum habis.. semoga lebih banyak cerita yang lebih ceria okehh!!

Friday, 19 February 2010

Kalau stok EBM habis kat rumah pengasuh nak buat ape?



"kalau susu habis kat rumah pengasuh/nursery, kita nak buat apa?.. Kalau EBM habis kat nursery nak stand by apa utk bagi baby?baby saya baru 3 bulan..."

ok, nanti2...jangan bagi air masak ke..glucose ker..nestum ker..bubur ker.. baby awak tu kecik lagi...

cadangan saya:

1. bekalkan EBM lebih sikit dari yang baby minum kpd bbsitter.jangan bagi ngam2.

bbsitter/pengasuh kebiasaannya dah tau berapa banyak bb akan minum setiap hari.. so tanyalah bbsitter tu berapa banyak baby minum and berapa kali dalam masa sepanjang kita bekerja. so katakan baby minum 3ozx4kali=12oz, silalah bekalkan lebih. cadangan saya, bekalkan 12oz+3oz lagi so jadi 15oz. sebaiknya berilah baby fresh EBM. kalau dapat, bekalkan 4botol fresh EBM + 1botol frozen EBM. Pesan kat bbsitter, habiskan yg frozen dulu baru bg fresh EBM. kalau tak habis bekalan yg fresh tu masih boleh dibekukan selepas tu.

2. Kalau ofis berdekatan dgn nursery, hantar EBM yg telah dipam kat office segera. Kalau stok EBM habis tu dah tentu la dekat2 petang gitu kan? takkan pagi2 buta EBM dah habis..tak masuk akal betul takkk? so mesti paling tidak pun dah ada 2 sesi mengepam.

3. Amek ler half day ke emergency leave ke, amek baby, direct feed baby. pastu besoknya bagi bekal EBM lebih kpd pengasuh ye..


4.Kalau stok takde/licin, ambillah cuti 2-3hari ke, buat power pumping. kadang2 pam office pun tak berapa nak bagus hasilnya disebabkan stress,penat dll..

usaha dulu okeh..jangan mudah mengalah..

chaiyokk!!


oopppsss!! kat malaysia takley wat canni ekk..

kalau baby baru 3bulan atau dibawah 6bulan, saya percaya masalah takde stok ni antaranya disebabkan masa pantang tak mula buat stok.

so utk kawan2 saya esp yg tengah preggy, saya pesan, tolong la buat stok awal2 dan bila masuk kerja, pastikan schedule mengepam tu dipenuhi.. awal2 seeloknya 4 kali pam, kalau tak dapat pun mesti at least 3 kali. kalau 2 kali jer memang boleh merudum pengeluaran susu anda ye.. nak nya nature kerja kita yg banyak dok luar/site visit/audit luar/outstation..kalau naik kereta dengan staff lain, kene tebalkan jugak muka utk pam.. kalau gi site naik kereta sendiri, boleh pam dlm kereta, sambil drive pun boleh (hands free) =D.

Wednesday, 17 February 2010

: : Rumah Baru : :



salam..
dah pindah rumah baru ni..
rumah sebelum ni nampak sempit dan serabut pulak so tukar angin pulak..

so ok tak rumah baru ni??

rumah baru = template blog baru =D

nota kaki: kalau boleh pindah2 rumah semudah ini kan baguss..

Another Family Gath : Birthday Fitrin Izzati



Received a call from my aunt at 13:25. Confirmed nak buat majlis birthday Ftrin. Ada ura2 tak jadi buat since keadaan pak ngah yang di ICU tak memuaskan sebelum ni. So that day, ende said pakngah dah sedar..Alhamdulillah..

urmmm nasib baik stay kat rumah jer.. ada gak berfikir2 nak berjalan2 kalau tak ke sunway pyramid pun paling cikai nak gi carrefour subang jaya:D.

Dalam pada tu Husna & Aliff still nak perhatian. Sorang nak tu sorang nak ni.. belum jugak start bake cake huhu..

En.suami pulak that time dah pergi office ada kerja. Later en.suami called (just about to call him for help hihi..) and bagitau malam tu jadik gi rumah ende.

Dah siap adunan, masukkan dalam oven (of course.. =D), bawak Aliff masuk bilik BF+tidurkan dia. Husna pun nantok but still main2 sana sini, kacau sana sini..(fi'il nak tidur lah ni..). So pura2 tidur (sebab Husna kalau semua orang tidur, baru die tidur sebab takde orang nak diganggu lagi..hihi..)but end up memang lelap terus but praying terjaga before kek hangus hehe..dah set alarm about 4.10pm kek masak. terjaga when en.suami kejutkan. cemas & terus tanya "dah kol 4 ke??".belum katanya. tengok2 Husna dah tido pun sebelah Aliff =D.

Kek siap pun about 6pm (setelah berhempas pulas walaupun ala kadar jer..banyak silap pulak tu haihhhh..). gerak ke puteri subang dah masuk jam 7pm..

Btw, tak snap banyak gambar pun.. sibuk mengisi perut jer..lapo lapo.. haihhh..=D

Ho ho ho.. Husna menang pakaian mengikut tema terbaik!! Susah tu nak menang sebab slalu auntie Tisya je conquered hihi..

Aliff? oh, Aliff sentiasa jadi good boy.. =D

the cake *source

Aliff Rayyan

Husna

My dear aunts =D

Wednesday, 10 February 2010

SusuIbu.com : Support Group Meeting (SGM)




Support Group Meeting 1 – Bagi Tahun 2010 (Tema: Kuning+Putih)

Tajuk: "Overcoming Low Weight Gain"
Tarikh: 28 Febuari 2010 - Ahad
Tempat: Tasik Cempaka, Bangi
Masa: 9am-10am
Style: Potluck (yang hadir bawa makanan)

9am – 10am – Support Group Meeting
10am – 11am – Makan sambil demo mengenai baby wearing / jualan barangan bayi
12noon – sesi photografi dan bersurai, sekian terima kasih

wah!! nampaknya awal2 tahun 2010 dah ada SGM a.k.a. gathering buat member2 SI. sebelum 2 kali aku plan nak join tapi tak dapat pergi. yang 1st tu, ada aral pulak. yang 2nd pulak terbersalin awal pulak.. so melepas lah..

kali nih nak pergi gak.. doa2 dapat la pergi..nak jugak bersua muka dengan otai2 kat SI. dan yg paling aku nak tengok adalah sesi demo babywearing. dah bagi hint2 kat en.suami but belum dapat kata putus lagi..

seminggu lepas aku tak masuk SI, hari masuk tup tup ada co-moderator baru.. wahh!! tahniah diucapkan kepada kak Azrina a.k.a. mamaAnA, kak Fid a.k.a lovebaby dan Dr. shiha di atas perlantikan mereka. seronok rasanya bila orang yg betul2 memperjuangkan BF sama2 menerajui forum SI ni..

Monday, 8 February 2010

Nenek punye pengaruh..



ermm..apa nak dikata...
kalau dah mak/ mertua yang mengasuh anak kita, memang tak sama hasil cam anak2 yg duduk di nursery..
begitu jugaklah anak-anak saya Asyrani Husna & Aliff Rayyan.. buat pengetahuan, Aliff & Husna dijaga oleh mak saya (a.k.a nenek disini)
untuk Aliff belum nampak lagi fi'il nya.. tapi Husna memang macam2 lah..

mai tengok ape yg selalu berlaku..

Husna : ummy..nak tido..
Ummy : mai baring kat sini..(sambil tepuk2 tilam kat sebelah ummy..)
Husna : nak tepuk..
Husna soh tepuk2 peha dia lah..so ummy pun tepuk2..
Husna : ummy..nyanyi...
Heh!!nyanyi?? reti ke ummy nyanyi? so terpaksa lah ummy nyanyi..nyanyi lagu nasyid/baca surah2 je ehh.. takkan nak nyanyi lagu kelly clarkson lak haihhh..=D

nota: nenek memang akan dodoi2 lah sampai Husna tido.

Ahad lepas Husna as usual cam cerita atas tu..nak tido+kene tepuk2 peha+nyanyi.. sekarang ni nak nyanyi pun kene lagu yg slalu nenek nyanyi.. siap request tu yg tak tahan..

so ummy nyanyi ler lagu yg nenek selalu nyanyi kat Husna..kali ni ummy tidurkan Husna & Aliff..sebelah menyebelah ok...

sambil tepuk2 peha putra putri ku ini..
Ummy: Aliff kusayang..(nyanyi ler ni yer..=D)
Husna : Salah salah.. cucucucayanggg...
Ummy : Hah? What? (terpinga2 ummy sebab tak faham ape Husna cakap..)
Husna : cucucucayangg..
Ummy ingat Husna tak kasi sebut nama Aliff so ummy tukar lah lirik nyer..
Ummy : Husna kusayang (nyanyi lagi..)
Husna : bukann.. cucucucayangg...
Ummy : Hah? Husna cakap ape tu ? ummy tak fahamm..

setelah puas ummy fikir punya fikir..

Ummy : OOhhh!! Cucuku sayang yer..?
Husna : Haaaa.. cucucucayanggg..

Ummy tergelak2 rase nak terguling2 dah..

Ummy : cucuku sayang tu lirik nenek lar.. Husna ngan Aliff anak2 ummy camne nak jadi cucu pulak haha..

Aliff tersengih-sengih (cam faham sangat jer..), Husna gelak2 ajer..hahh kacau kacau..hihi..

Situasi lain..

Ummy tengah sikat rambut Husna lepas mandi.. Ummy dah terbiasa 'belah rambut' dari belah kanan ummy

Husna : salah..salah...
Husna serabaikan balik rambut die.. ummy nak hangin lah ni..
Husna : canni cannii.. (sambil tunjuk cara nak belah rambut belah kiri..)
Ummy : ok ok..

well.. 'belah rambut' belah kiri tu ikut style my mom okeh.. nasib nasibb... =D

Btw, benda2 tu semua tak menggangu gugat pun rutin harian saya dan en.suami.. kitorang ok jer.. walaupun semua nak ikut style nenek..camno tuhh?=D.. lagipun Husna & Aliff spend masa lebih banyak kat umah nenek berbanding waktu malam yg singkat bersama kitorang..

banyak gak bende2 bagus yang Husna belajar..contohnya Husna boleh mengira dah masuk nombor belas2, baca ABC, baca Alif,Ba,Ta sampai Ya. Of course banyak lah salah2/skip..masuk akal lah kan.. Husna baru 2 tahun 5 bulan jer..

Dan yang paling utama adalah Husna dah lama diaperless siang dan malam..

Tu semua effort yang nenek buat utk cucu2nye.. terima kasih mak.. =D


gambar kat desktop ummy =D

Thursday, 4 February 2010

My dear Asyrani Husna



situasi 1

ummy sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Ayah pula sedang menonton tv selepas selesai 1 jam sesi men'drill' dinding konkrit untuk memasang railing untuk sangkut2 periuk/kuali and ntah hape ntah..

tiba2 Husna mendekati ummi..

Husna: ummy... nak susu...
Ummy : suruh lah ayah buat (cakap slow2 so that ayah tak dengar..=D)
Husna : ayah.. ayah penat...

chett!! ummy pun tengah wat keje tu bukan lepak2 taw =D..

Ummy : ok, kejap ye..ummi masak air dulu..air dah habis ni k..
Husna : ok..

dah siap bagi Husna susu, ummi tanya ayah kot-kot ayah punye idea suruh cakap kat ummy yg ayah penat.. takde katanya..

situasi 2
ummy tengah runsing & stress + sedih2 gak sebab sang kancil buat perangai lagi.. kene tukar compressor air-cond pulak.. rabak duit.. baru jer rasenye ummy habih dekat 1k pasal kene top oberol sang kancil tu..

Husna : nape ummy.. (slow je nada suara nye..)
Ummy : ummy sedih..

Ummy peluk Husna, Husna pun peluk ummy..

Haihhh tak leh sedih depan Husna.. karang die nangis sekali.. hatta cerita Doraemon pun kalau ade adegan sedih, die nangis sama..haihhh..

situasi 3
ummy baru2 ni tak sihat, kepala asek berdenyut-denyut..ummy baring2 sambil picit kepala..

Husna : ummy sakit pale(kepala) ke?
Ummy : ha'ah..ummy sakit kepala..
Husna : ummy nak makan ubat?..
Ummy : takpe..nanti ummy makan ubat.. Husna meh picit pale ummy..

Husna pun terkedek2 datang picit kepala ummy nyer..

Husna : ummy sakit pale yer..
Ummy : hmmm..
Ye..itulah Husna.. penyayang & sensitif tau.. ikut ummy hehe..

Wednesday, 3 February 2010

Ummy punyer stok frozen EBM



Salam..

ermm ni stok EBM Aliff Rayyan up-to-31jan2010. Stok EBM ni disimpan dalam chest freezer seperti dalam entry ni.




Heh, nak kata ummy bangga riak takabburr? hehe.. idak ler..
rasa bangga?? yes, sebab berjaya memberikan anak yang terbaik adalah kebanggaan setiap ibu bukan? hendaknya bila kita berhempas pulas mengepam setiap hari..

tujuan entry ni untuk membangkitkan semangat kawan2ku untuk mengepam.. yahh!! jangan malass (pesanan itu utk haku juga :D)

btw, frozen EBM ni tidak digunakan buat masa sekarang memandangkan Aliff Rayyan kurang minum EBM semasa ummy bekerja/di pejabat. Aliff hanya minum paling banyak 10oz. Hasil EBM setiap hari adalah dalam anggaran 15-20oz++.

Ummy bekalkan Aliff chilled EBM yang dipam pada hari sebelumnya. Kalau ummy sempat pam sebelum pergi kerja, ummy akan bekalkan yang fresh ajer..

Ada kawan yang menyaran gunakan frozen EBM aje tapi ummy lebih suka bagi EBM yang paling baru. Frozen EBM ni stok untuk waktu2 kecemasan macam bila Aliff ada growth spurt ke..

ermmm.. kalau ditengok2 kat gambar ni, ruang kosong untuk menyimpan EBM lagi tinggal sikit jer.. ummy pun tak pasti macam mana keadaannya nanti. tapi ummy dah plan nak buatkan dadih instant untuk Husna lah.. especially stok bulan oktober & november 2009. ummy dah beli tapi penyakit 'M' masih tak hilang2.. ermm nantiler..

p/s:
aku nak beli lagi satu cooler bag lah.. beg cam gambar ni cam menarik..tapi tak pasti performance nye camne..ade sesape guna tak??kasik review sket.. =D. nozie?adakah engkau guna yg ni?? haku tak hengat..
gambar *source