Thursday 17 September 2009

Bedak talkum bayi

Tadi ronda-ronda kat forum susuibu.com ade mommies yang bincang isu ni.. hmm nampaknye aku ni ketinggalan jugak lah..

ARKIB : 18/02/2009

Bedak talkum undang maut?

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.


artikel dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

Tuesday 15 September 2009

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum kawan2 semua..
Memandangkan hari lebaran bakal tiba tak lama lagi.. saya mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa2 kesalahan saya kepada kawan2 semua.. kepada pelanggan-pelanggan Berrylicious Cakes, jutaan terima kasih saya ucapkan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

Bebel lagii..

Jelesnyer nengok kengkawan yang still bergelumang ngan kekkers and cuppies.. wa ni dok cuti lelame konfem berkarat otak, tangan pun kaku ler nanti.. huhu sedihnyer...kalau bukan disebabkan tak larat, sure masih wat projek baking ni.. takpela... isk isk..

Thursday 10 September 2009

Majlis Berbuka Puasa UtmViking Zon KL

Majlis ni dah lepas, hari Sabtu 5/9/2009 di kediaman Uzaini & Ayu Haris.

Asalnya planning beria tapi tak jadi.. but yang ni memang takde rancang lame2.. petang2 jumaat Uzaini call kalau boleh datang hari Sabtu and aku kate ok. Then Sabtu pagi aku sms je tanye jadi tak, tengok2 jadi pulak.. pas zohor gi Carrefour Subang Jaya tengok2 ape aku nak prepare untuk pot luck tu. Then Uzaini call tanye aku bawak ape, since aku kat depan ayam, aku decide le nak buat ayam black pepper.. sampai umah dah kol 5pm, siap2kan barang, kol 5.30pm baru dapat start masak. Siap, gi mandi, solat, 6.15pm kitorang bertolak ke Selayang.. Huh pantas sekali =D

Sape yang ade? Tuan rumah a.k.a Uzaini, Ayu, Baby Iffah, Aku, en.suami, Husna, Hailwa, Sa, As (wife Sa), mamat, Zurin, Wari, Kluang (Shahid), lagi sorang aku tak sure (adik As/Sa kot)..

Bile tengok gambo yang Uzaini post kat emel, hish beso nyer aku.. memang tak gemo amek gambo mase preggy, kembang semacam hehe =D..

ok, layan lah gambar2 nye yer.. ihsan dari Uzaini. tq






Resipi : Popia Daging Lada Hitam


Semalam sesaje buat popia ni untuk makan after tarawih.. kire cam supper lah.. selalu popia inti sayur je, but kali ni try buat lain dari lain.. Semalam goreng 11 ketul jer, habis jugak walaupun makan berdua je ngan suami..

Semalam makan popia ni dengan mayonis dan sos cili, makan begitu aje pun ok gak. Rasenye inti ni boleh jugak dimakan dengan salad/coleslaw & roti bakar ke.. & boleh jugak dijadikan inti telur bungkus.

Resipi : Popia Daging Lada Hitam Maveles
(Dapat dalam 20 biji popia)

Bahan:
kulit popia
250g daging kisar
1/2 biji (60g) lada benggala (dadu kecil2)
1/2 biji bawang besar kuning (dadu kecil2)
100g kobis (dihiris nipis) + lobak merah (hiris nipis & memanjang cam mancis)
1 1/2 sudu makan lada hitam biji (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tomato
sedikit minyak untuk menumis


Cara:
1. Tumis bawang merah & putih sekejap, masukkan lada hitam dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan kacau sekejap.
3. Masukkan kicap, sos tiram & sos tomato. Masak sehingga air dari daging hampir kering.
4. Masukkan lobak merah, kobis, lada benggala & bawang besar. Kacau sehingga air kering.
5. Bila inti dah agak sejuk boleh letak 1 sudu makan bumbum (agak2 lah yer) kat kulit popia dan gorengkan.. siap sedia untuk dimakan..

Nota: inti mungkin akan berminyak sangat kalau pakai banyak minyak mase menumis. Boleh letak inti dalam penapis untuk toskan minyak.. tapi saya belasah je nak cepat hehe..

Wednesday 9 September 2009

Selipar

Hari ni dah start jualan 'Bazar Syawal' kat dewan sampai Jumaat ni..

Aku beli selipar ni jerr.. bukan untuk aku but for my mom.. harap2 saiz ngam, kalau tak ngam besok leh tukar lah..

Call en.suami cakap ade gerai yg jual selipar ni.. agaknya secepat kilat die terus gi datang opis aku ni sebab a few minutes later aku call die dah on the way hahaha =D.. so tunggu gak en.suami datang and temankan die pilih selipar ler.. so die beli sepasang untuk diri sendiri, sepasang untuk adek die and sepasang untuk Husna..

Monday 7 September 2009

Raya Cookies~Cadangan Ajer..

Berikut adalah senarai cadangan untuk biskut raye tahun ni..
Cadangan jer baru.. buat belum tentu hahaha... setiap biskut yang berjaya dibuat akan ditempek kat sini k..

1. Chocolate Treasure
2. Biskut Denmark
3. Chocolate Almond Slice
4. Snow Almond
5. Snowball Cookies
6. Chocolate Chip Spotties

Sebenarnya panjang lagi senarai biskut yang nak dicuba buat.. tapi cam tak logik lah pulak kan, dengan masa yang terhad ni..
Aku tak buat banyak2 pun.. setakat 1-2 adunan jer.. nak buat banyak2 pun bukan ade orang datang umah hehehe...

Nak Shopping Raya

Malam ni aku tak masak.. dah calling2 en.suami, plan nak gi pyramid lepas kerje.. disebabkan aku sorang jer yang keje arini (selangor cuti nuzul Quran), plan balik umah terus amek en.suami & Husna and terus gi pyramid..

Actually idea ni tetibe jer mucul tengahari tadi.. sebab en.suami dah tanye bile nak carik baju untuk raye.. so aku piker harini ok kot.. jangan die tertinggal mask udahler.. sebab kalu nak gi weekend would be this weekend je lah yang tinggal pon.. but kitorang banyak plan nak buat kat rumah tu.. weekdays should be ok kot.. lagipun takyah spend mase lelame kat shopping complex, mase nye limited ajer.. Tapi for sure baju untuk aku takde.. ade ke baju raya orang design untuk 33wks preggy moms eh..?

Baju Raya

Hehe.. selamat duit ummi tahun ni.. ade orang sponsorkan baju raye untuk Husna nampaknye.. Ni Husna tengah try test baju kurung yang dijahit oleh Mak Long Husna lah.. Mak Long datang dari Kelantan nak kasik baju ni kat Husna.. 2 pasang lagi tuu..

Kitorang pegi umah Kak Ta (kakak en.suami) kat Kg Melayu Sg Buloh lepas berbuka puasa ngan bebudak UtmViking kat umah Uzaini & Ayuz hari Sabtu lepas (5/9/09).. Mase kitorang sampai, yang ade adek en.suami jer.. kakak2 en.suami & famili baru keluar nak gi shopping kat mane ntah.. tangok2 diorang semua patah balik sebab kitorang datang.. tu ler en.suami tak calling2 dulu sebelum pegi..tapi diorang gi jugak shopping tu sebab kedainya bukak 24jam =D..

Memula Husna cam takde mood jer.. tu yang tengok gambo die masam mencuka jer.. actually die dah ngantuk, tapi ummi & ayah tak kasi die tido.. karang gi umah orang tido jer pulak.. dah lama2 kat umah Kak Ta, baruler Husna dapat mood die.. main sana-sini dengan sepupu2 die.. sudahnye time balik, takmo ikut pulak sebab nak main lagi.. tu pun dah kol 11p.m... Ummi ngan ayah pulak yang ngantuk..huarrgghhh..



Husna & cousins

Tuesday 1 September 2009

Resipi : Nasi Goreng Kerabu


Mende ni dah lame tak lame gak lah aku wat.. sebelum poser.. tengah2 orang poser letak pulak gambo makanan heh.. nasib arrr... resipi ni asalnye dari Puteri membe opis lame.. tapi kasi ejas ikut selera sendiri lah yer..
oooyerr... measurement bahan kat bawah ni adalah anggaran sahaja yer.. sebab aku tak ukur pun.. belasah agak2 jer..

Nasi Goreng Kerabu Cincai Punyer

Bahan:
Nasi putih
1 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
Isi ayam (dipotong kecik)
Isi udang (dipotong kecik)
1 batang bunga kantan - hiris nipis
3 helai daun limau purut - hiris nipis
1 batang serai - hiris nipis
daun selom sikit - dihiris (tak yah pun takpe..)
1-2 sudu makan sos ikan
1-2 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
1-2 biji cili api (aku tak letak sebab nak kasi Husna makan..)

Cara:1. Tumis bawang merah & putih. Masukkan isi ayam & udang, sos ikan & sos tiram, cili api. Goreng sampai ayam & udang hampir masak.
2. Masukkan kerabu2 dan nasi.. goreng lah lagi..
3. Rasakan garam.. kalau poser.. agak2 lah yer.. toksah banyak sangat pun takpe, sos ikan dah sedia masin..

Bebel ajerr..

Hari ini
Dah 1 September..
Hari ni try test masuk kol 7.30am.. pagi kuar umah kol 6.45 ngam ngam.. lif pun cun je, aku tunggu jap jer.. tapi tak best kene tolak 3 kereta lagik.. harini pun mentari court start guna 'kad' untuk kuar masuk situ.. beratur sket lah nak kuar.. try lalu federal hiway.. not so bad jugak la sebab awal lagi kan.. but dah mula sesak dah.. takut gak nak drive lelaju kat federal hiway mengingatkan kes accident ngan treler tu.. ngeri.. lalu kat tempat kejadian pun, jeling jugaklah nak tahu camne tahap keseriusannya.. rasenye kalau kereta yang langgar barrier tu tak dasyat sangat kot.. tak menjejaskan orang 'sebelah'.. dah ajal, Allah lebih mengetahui...

Baru-baru ni..
Weekend yang panjang sket ni (sebab Isnin cuti Merdeka kan..), aku balik kampung Kuala Selangor.. balik sabtu petang naik kete mak sebab en.suami nak wat obertime.. die balik ahad petang.. isnin pas zuhur baru balik kl. buat ape kat kampung? takde ape.. lepak jer..

Semalam sampai kl kol 4.10pm.. berbuka kat umah mak.. balik umah sendiri.. semua pengsan keletihan.. heheh.. masing2 tido awal..