Skip to main content

Parking Problem di Mentari Court

Pagi-pagi ni dah rasa nak menyumpah dah.. sebabnya pasal kereta double park ni lah.. semalam dah kene tolak avanza sebijik. Pagi ni 3 biji kereta pulak kene tolak untuk keluarkan kereta sendiri.. nak-nak pulak sebijik tu gen2 oren plat perak.. adoii.. 3 kali try tolak tak gerak2 kereta.. berat nak mampus.. just imagine sorang pompuan pregnant 30wks kene tolak kereta.. mau terberanak kat situ.. memang rase nak terajang je kereta tu.. menyusahkan..

Penduduk kat sini memang kureng sikit.. semuanya nak senangkan diri sendiri.. tak pikir pun orang lain.. kengkadang tengok memang ade orang yang sengaja park kereta halang kereta orang lain sebab taknak dihalang kereta org lain pulak (eh paham ke?).. meaning walaupun ade petak kosong, diorang sengaja tak parking dalam petak parking yang betul..

Sebenarnya sape yang bodo dalam hal ni? pada aku yang tak betulnye developer lah.. sebab diorang jual rumah separate dengan parking bertingkatnya.. boleh pulak beli parking tu as optional je.. so memangle ramai orang tak beli parking.. parking yang bertingkat2 tu kosong je jadi rumah hantu.. sudahtu bile ade orang yang nak beli parking, harga diorang increase kan pulak.. sebelum serah kunci haritu harga rm12000 cash pastu lepas serah kunci, harga naik jadi rm15000 pulak.. sape yang mampu nak beli? aku rase kalau tanya sekarang silap2 dah jadi rm20000 pulak sepetak parking..

Dalam area Mentari Court ni, jalannya diorang buat one way two carriageway.. tapi sekarang disebabkan tak cukup parking, masing2 park kat satu lane menyebabkan hanya tinggal satu lane untuk dipakai lah.. and diorang allow untuk double park.. TAPII kalau dah tau korang bagi orang double park, sediakanlah korang punya orang untuk tolakkan kereta, bukan setakat duduk depan lobi lif tu.. ronda2 sikit tengok sape perlu bantuan.. kadang2 ade gak manusia sewel sikit, dah le double park kereta orang, pergi tarik hand brake pulak tu.. tu kene sediakan kereta tunda tarik kereta tu.. setakat nak clamp kereta, tak menyelesaikan masalah orang yang tak dapat keluar tu pun.. hampehhh..

Pengalaman aku sendiri, aku pernah kene tolak 5 biji kereta untuk keluarkan kereta aku.. diorang ni double park pastu park rapat2.. so kene tolak yang paling hujung sampai ke tempat sendiri.. dan yang paling bangang pernah aku kene, ade sebiji kereta block kereta aku, tapi kereta yang parking depan dan belakang kereta tu tarik hand brake.. yang block tu memang boleh tolak tapi yang depan belakang tak boleh gerak.. geram giler aku dibuatnye.. memang tak boleh keluarlah unless salah satu dari tuan punya kereta tu alihkan kereta diorang.. boleh bayang tak camne? kirenye kalau sorang pun tak alih kereta, aku hanya boleh keluarkan kereta aku kalau aku ade superman power untuk angkat kereta yang block tu, campak jauh2.. haaa baru leh kuar..

Susahlah camni.. kene ade solution.. masalah ni cam dah kronik sangat dah.. same ade developer promote/lelong parking bertingkat yang ade tu (of course dengan harga yang murah) or tambahlah bilangan parking.. ni kes nak kaut untung tapi pegi mampus lah kalau penduduk2 nya kene tanggung susah..

Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …