Skip to main content

2 tahun bakal berlalu...

Husna berumur sehari

26 Ogos 2009, genap usia Husna 2 tahun.. tahun ni ummi cam tak buat birthday party untuk Husna sebab kene dalam bulan puase pule.. tak dapat ummi nak buat kek besday untuk Husna.. last year ummi buatkan kek bentuk teddy bear.. tahun ni ingatkan kalau sempat nak buat kek lagi canggih.. kalau sempat pun mungkin lepas raya ye.. tu pun kalau 'adik' lom lahir lagi.. =D


Hari-hari terawal Husna


Cepatnye mase berlalu.. rasenye baru je Husna lahir.. tengok2 dah 2 tahun.. tak lame lagi nak skolah pulak.. sekejap jer rasenye.. Nama Husna, ayah yang bagi.. maksudnya yang indah, yang baik, yang cantik. Ayah nak guna nama junior die mase kat IKM dulu.. nama Asyrani, ummi yang bagi. Maksudnya periang, kebanggaanku. Nenek nak letak nama Alia Husna tapi ummi tak nak sebab sepupu Husna (sebelah ayah) dah ade nama Alia Maisara.. ummi nak lain sikit.. mula2 pun ayah selalu tersasul sebut nama Husna jadi Ariani lah ape lah.. Atok je yang boleh ingat nama Husna (selain ummi, of course.. =D).. so gabungannya jadilah nama Asyrani Husna binti Abdullah. Ummi decided untuk letak nama anak2 ummi dua sukukata je.. macam 'Hus-na' supaya orang panggil nama sepenuhnya..takde singkat2.. so kalau orang tanya nak panggil ape, ummi cakap "Hus-na".. tapi famili sebelah ayah tukar jugak panggilan tu.. jadi "Dik-Na" lah.. "U-na" lah.. mungkin ayah lah yang kene bagitau so that maksud nama tu tak lari dari asal..

Aidilfitri pertama

Hari Aqiqah



Aksi-aksi Husna

Ummi berdoa ummi panjang umur supaya dapat melihat perkembangan Husna dari tahun ke tahun.. ummi harap dapat jadi bestfriend Husna selain jadi ummi yang sebaik mungkin.. ummi akan cuba kurangkan baran ummi, kurangkan marah pada Husna..sebab Husna sensitif sangat, manja..


Meniarap buat kali pertama
Kali pertama duduk dalam car seat besar
Menikmati solid food buat kali pertama (umur 6bulan)

Menjejakkan kaki di pantai buat kali pertama
Demam

Hari lahir pertama

Mungkin ummi ade lupe2 tarikh2 penting dalam hidup Husna sebelum ni macam bile Husna mule ade gigi, mula berjalan, merangkak dan lain-lain sebab ummi ni memang pelupa.. tapi ummi akan cuba ingat tarikh2 yang penting dalam hidup Husna pada masa akan datang....insyaAllah..

Husna dulu


Husna kini

Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …