Wednesday, 29 July 2009

Resipi : Blueberry Cheesetart



ok.. this is the 1st entry..
resipi ni dalam list nak dicuba buat, tapi belum buat lagi..barang2 je dah ade.. resipi dari Siti Haminah Jait dari JB, diposkan dalam yahoogrup resipi.net..

Blueberry Cheese Tart

Bahan-bahan
PASTRY
200 gm butter
100 gm gula aising
1 st vanilla esen
30 gm telur (1/2 telur A)
330 gm tepung gandum

BAHAN ISIAN CHEESE
250 gm cream cheese ( Philadelphia )
50 gm butter
60 gm gula kastor
1 biji telur
Sedikit whipping cream
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara Utk Doh Pastri:
Pukul butter bersama gula, esen vanilla, sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
Dough di simpan dalam fridge selama 15 minit sebelum ditekan ke acuan.
Tekan doh pada acuan tart.
Bakar 170 degree Celcius selama 20-25 minit.
Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.
Utk bahan isian cheese:
Pukul cheese, butter dan gula hingga sebati
Masukkan telur dan whipping cream.
Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.(sekejap shj)
Isikan blueberry filling ke dalam pastri tadi dan pamkan cheese sehingga penuh
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit pada suhu 170 darj cel.
Sejukkan


gambar ihsan Siti Haminah Jait (http://batrisyiadelightscake.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment